Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Bhd.

Tujuan utama JPP ditubuhkan adalah untuk mengawal selia perkhidmatan dan sistem pembetungan sedia ada dan dikendalikan oleh sama ada pihak kerajaan atau persendirian di seluruh Negara. Sehingga kini operasi pembetungan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung Malaysia telah diambil alih oleh JPP kecuali PBT di Negeri Kelantan, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan PBT Pasir Gudang juga PBT di Neger

i Sawarak dan Sabah. Sebaik sahaja AKTA 508 diluluskan semua pembetungan awam yang asalnya di bawah bidang kuasa dan dikendalikan Pihak Berkuasa Tempatan telah dipindahkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa JPP. Sementara itu pihak kerajaan telah menandatangani satu perjanjian konsesi dengan Indah Water Konsortium Sdn. (IWK) untuk mengoperasi dan menyelenggara sistem-sistem pembetungan tersebut. Di samping itu, di bawah perjanjian konsesi, IWK bertanggungjawab membangun dan menyediakan fasiliti baru bagi memenuhi permintaan semasa dan akan datang dengan mendapat pinjaman mudah dari kerajaan. Ekoran dari kegawatan ekonomi pada tahun 1998 pada bulan Jun 2000, pihak Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih saham IWK dan tanggungjawab IWK hanya terhad kepada kerja operasi dan penyelenggaraan sahaja di samping memungut caj pembetungan. Sementara itu, pelaksanaan semua projek capital pembetungan dan kerja-kerja baik pulih sistem pembetungan sedia ada melalui bajet Rancangan Malaysia (RMK) telah dipertanggungjawabkan kepada JPP termasuk memantau perbelanjaan pembangunan dan peruntukan sektor pembetungan untuk Negeri Sabah dan Sarawak (melalui pinjaman Kerajaan Persekutuan). Senario baru ini telah menyebabkan fungsi JPP bukan sahaja terhad kepada kawal selia Syarikat Konsesi sahaja tetapi juga bertanggungjawab secara langsung dalam pembangunan, perolehan, pelaksanaan, reka bentuk dan lain-lain. Fungsi sebagai badan kawal selia ini berakhir pada 31 Disember 2007.

JOM KENALI KOMPONEN SISTEM PEMBETUNGAN ANDA!Setiap hari, kita menghasilkan air sisa kumbahan melalui pelbagai aktiviti s...
04/09/2026

JOM KENALI KOMPONEN SISTEM PEMBETUNGAN ANDA!

Setiap hari, kita menghasilkan air sisa kumbahan melalui pelbagai aktiviti seperti mandi, membasuh, memasak dan menggunakan tandas. Namun, pernahkah kita terfikir apakah yang berlaku kepada air sisa tersebut selepas ia mengalir keluar dari rumah?

Sebenarnya, air sisa kumbahan akan melalui satu sistem yang saling berkait bermula daripada premis atau bangunan sehingga ke loji rawatan kumbahan sebelum efluen terawat dilepaskan ke alam sekitar.

Jadi, jom kenali antara komponen penting dalam sistem pembetungan yang membantu memastikan pengurusan air sisa kumbahan dapat dilaksanakan dengan baik:

1. Sistem Pembetungan
Merupakan rangkaian paip pembetungan yang mengumpul dan mengalirkan air sisa kumbahan dari premis ke sistem rawatan untuk dirawat.

2. Air Sisa Kumbahan
Air buangan yang terhasil daripada aktiviti harian seperti penggunaan tandas, dapur, bilik mandi dan sebagainya yang mengandungi bahan pencemar.

3. Tangki Septik Individu (IST)
Tangki yang berfungsi mengumpul dan menguraikan air sisa kumbahan secara separa sebelum melalui proses rawatan atau pelupusan seterusnya.

4. Lurang Pembetungan (Manhole)
Bukaan akses yang penting untuk tujuan pemeriksaan, pembersihan dan penyelenggaraan rangkaian paip pembetungan.

5. Paip Pembetungan
Saluran paip bawah tanah yang membawa air sisa kumbahan dari bangunan atau premis ke sistem rawatan kumbahan.

6. Stesen Pam
Kemudahan yang membantu mengepam air sisa kumbahan ke aras yang lebih tinggi atau ke lokasi rawatan apabila aliran secara graviti tidak mencukupi.

7. Loji Rawatan Kumbahan
Kemudahan yang merawat air sisa kumbahan melalui proses rawatan tertentu bagi mengurangkan bahan pencemar sebelum efluen dilepaskan.

8. Efluen Terawat
Air sisa kumbahan yang telah melalui proses rawatan di loji dan memenuhi keperluan kualiti sebelum dilepaskan ke alam sekitar.

9. Enap Cemar
Sisa pepejal atau separa pepejal yang terhasil sepanjang proses rawatan kumbahan dan perlu diuruskan dengan kaedah yang bersesuaian.

10. Perangkap Gris
Peralatan yang membantu memerangkap minyak dan lemak daripada air sisa supaya tidak memasuki sistem pembetungan dan menyebabkan gangguan atau sumbatan.

11. Makmal
Kemudahan untuk menjalankan analisis dan ujian terhadap sampel air sisa kumbahan bagi memantau kualiti serta memastikan pematuhan kepada standard rawatan.

12. Penyelenggaraan Berkala
Kerja pemeriksaan, pembersihan, penyelenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan bagi memastikan sistem pembetungan terus berfungsi dengan baik.

DARI RUMAH KE ALAM SEKITAR

Secara ringkasnya, aliran asas sistem pembetungan boleh difahami seperti berikut:

Sumber Air Sisa โ†’ Paip Pembetungan โ†’ Lurang/Stesen Pam โ†’ Loji Rawatan Kumbahan โ†’ Efluen Terawat

Setiap komponen memainkan peranan tersendiri. Jika satu komponen sistem pembetungan mengalami masalah, ia boleh memberi kesan kepada keseluruhan sistem pembetungan dan kelestarian alam sekitar.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พHari Kebangsaan bukan sekadar sebuah sambutan tetapi menjadi peringatan da...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari Kebangsaan bukan sekadar sebuah sambutan tetapi menjadi peringatan dan penghargaan terhadap perjuangan serta pengorbanan yang telah membawa kita kepada sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Setinggi-tinggi penghargaan kita titipkan kepada para pejuang tanah air yang telah berjuang dengan penuh keberanian, mengorbankan masa, tenaga, harta dan jiwa demi membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Jasa dan pengorbanan mereka akan terus dikenang sebagai warisan bangsa dan sumber inspirasi kepada generasi hari ini dan akan datang.

Kini, tanggungjawab untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan adalah amanah kita bersama. Marilah kita terus menyemarakkan semangat cinta akan tanah air, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara demi Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga, hayati erti kemerdekaan dan terus melangkah bersama sebagai sebuah bangsa Malaysia yang bersatu. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP)

๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mengucapkan Selamat Menyambut Mau...
24/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H/2026

Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ๏ทบ kepada seluruh umat Islam.

Sempena Maulidur Rasul ๏ทบ, marilah kita bersama-sama menghayati kembali perjalanan hidup dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Baginda bukan sahaja menjadi contoh dalam ibadah malah mengajar kita erti amanah, kasih sayang, kesabaran, kejujuran, ihsan dan kepedulian terhadap sesama manusia.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi ruang untuk kita muhasabah, memperbaiki diri dan memperbanyakkan selawat agar akhlak dan sunnah Rasulullah SAW terus menjadi panduan dalam setiap perkara.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

"Madani Dihayati, Ummah Diberkati'

PROGRAM BRISK WALK PUSPANITA CAWANGAN KECIL JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN19 OGOS 2026 (RABU) | Dataran Wawasan, Presi...
22/08/2026

PROGRAM BRISK WALK PUSPANITA CAWANGAN KECIL JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN

19 OGOS 2026 (RABU) | Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) melalui PUSPANITA Cawangan Kecil JPP telah mengadakan Program Brisk Walk PUSPANITA bertempat di Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya.

Program ini diadakan sempena Majlis Peluncuran PUSPANITA JPP oleh Ketua Pengarah JPP, YBrs. Ir. Hj. Alias bin Mohamed, sebagai salah satu aktiviti dalam menyemarakkan lagi penubuhan dan peranan PUSPANITA di peringkat jabatan.

Aktiviti Brisk Walk ini merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kecergasan fizikal dalam kalangan warga JPP. Pada masa yang sama, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan dan mewujudkan suasana yang lebih positif dalam kalangan warga jabatan.

Penganjuran aktiviti seperti ini diharap dapat menyokong usaha PUSPANITA dalam memperkasakan kesejahteraan warga JPP melalui aktiviti yang sihat, santai dan bermanfaat.

Semoga semangat kebersamaan yang diterapkan melalui program ini terus diperkukuh selaras dengan tema โ€œWanita Sepakat, Negara Meningkatโ€.





21/08/2026
21/08/2026

๐€๐Š๐” ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐‰๐ˆ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Mari kita sama-sama mendengar dan menghayati lagu tema rasmi Hari Kebagsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, 'Aku Berjanji' yang dinyanyikan Faizal Tahir.

Lagu 'Aku Berjanji' mengajak kita untuk terus melangkah bersama, mempertahankan keharmonian serta menjunjung kedaulatan tanah air.

Ayuh semarakkan Bulan Kebangsaan dengan penuh rasa cinta kepada tanah air.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Aku Berjanji Kita Pertahan Bersama.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

LAWATAN TEKNIKAL JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN (JPP)18 Ogos 2026 (Selasa) | Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) te...
18/08/2026

LAWATAN TEKNIKAL JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN (JPP)

18 Ogos 2026 (Selasa) | Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Loji Rawatan Kumbahan Titiwangsa 2 (KLR403), Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 30 orang peserta daripada JPP.

Lawatan teknikal ini bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada pegawai dan kakitangan baru di JPP berkaitan pengoperasian, penyelenggaraan serta pengurusan loji rawatan kumbahan, di samping memperkukuh pengetahuan dan perkongsian pengalaman dalam aspek teknikal serta operasi loji. Taklimat teknikal telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Suriya Narhayhanen Rama Naidu selaku Pengurus Operasi dan YBrs. Tuan Mohd Rais bin Ab Kadir, Ketua Seksyen di Unit Operasi Kuala Lumpur.

Antara perkara yang dikongsikan merangkumi pengenalan kepada loji, reka bentuk serta aliran proses rawatan kumbahan (process flow), operasi dan penyelenggaraan (O&M), pengoptimuman proses (process optimization), inisiatif pengurangan kos operasi (OPEX), kecekapan tenaga (energy efficiency) serta penggunaan teknologi dalam operasi loji.

Turut dibincangkan ialah cabaran operasi, amalan terbaik (best practices) dan pendekatan penambahbaikan berterusan (continuous improvement) bagi memastikan operasi loji dapat dilaksanakan secara cekap, berkesan dan mampan.

Sesi perkongsian ini turut disusuli dengan sesi soal jawab serta lawatan ke fasiliti loji, sekali gus memberikan peserta gambaran yang lebih menyeluruh mengenai pengurusan dan operasi sistem rawatan kumbahan di lapangan.

Program seperti ini merupakan platform penting dalam memperkukuh perkongsian ilmu, kepakaran dan amalan terbaik antara JPP dan pihak industri, di samping menyokong usaha berterusan ke arah peningkatan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembetungan negara.

Lawatan Teknikal ini telah diuruskan oleh Bahagian Inovasi, Rekabentuk dan Kompetensi (BINORKOM) JPP.





12 Ogos 2026 (Rabu) I Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah menyempurnakan Bengkel Program Kerja (Work Programme)...
15/08/2026

12 Ogos 2026 (Rabu) I Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah menyempurnakan Bengkel Program Kerja (Work Programme) bagi Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau KLR071 Lower Kerayong, Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah difasilitasi oleh YBrs. Ir. Wan Ibrahim bin Wan Yusoff dengan memberi tumpuan kepada penyelarasan Struktur Pecahan Kerja (Work Breakdown Structure โ€“ WBS) serta Laluan Kritikal (Critical Path Method โ€“ CPM) bagi memastikan perancangan pelaksanaan projek lebih tersusun dan menyeluruh.

Program kerja yang dimuktamadkan melalui bengkel ini akan menjadi roadmap utama dalam merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek di samping berperanan sebagai instrumen kawalan kemajuan fizikal yang sistematik sepanjang tempoh kontrak 60 bulan.

Pemuktamadan program kerja ini merupakan langkah penting bagi memastikan setiap aktiviti, tempoh pelaksanaan serta kebergantungan antara kerja dapat dikenal pasti dan dipantau dengan lebih berkesan. Pendekatan ini turut memperkukuh penyelarasan antara semua pihak berkepentingan serta membantu memastikan projek dilaksanakan secara terancang, tersusun dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh YBrs. Ir. Mustafa Kamal bin Yed Pengarah Bahagian Pengurusan Projek 2 (BPP2), wakil kontraktor, wakil perunding serta kakitangan JPP.





11 Ogos 2026 (Selasa) | Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah menganjurkan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko bagi P...
14/08/2026

11 Ogos 2026 (Selasa) | Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah menganjurkan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko bagi Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau KLR071 Lower Kerayong, Kuala Lumpur.

Bengkel yang berlangsung selama sehari ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders) termasuk JPP, Indah Water Konsortium (IWK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kontraktor utama serta barisan perunding projek.

Bengkel ini dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), YBrs. Ir. Mohd Ridhuan bin Abdullah Din dengan memberi tumpuan kepada penyediaan Daftar Risiko (Risk Register) dan Pelan Mitigasi Bersepadu.

Pendekatan ini penting bagi memastikan pelbagai potensi risiko khususnya yang melibatkan aspek teknikal, alam sekitar dan pengoperasian, dapat dikenal pasti, dinilai dan ditangani pada peringkat awal. Pelan mitigasi yang sistematik dan bersepadu turut membantu meminimumkan impak risiko terhadap pelaksanaan projek sekali gus mengurangkan kemungkinan berlakunya kelewatan, peningkatan kos serta pembaziran sumber.

Melalui penglibatan dan kerjasama erat semua pihak berkepentingan, bengkel ini diharapkan dapat memperkukuh pengurusan risiko projek serta memastikan Projek KLR071 Lower Kerayong dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan.





10 OGOS 2026 (Isnin)I Satu lawatan kerja oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM),  Kementerian Ekonomi (KE) serta Jabatan Wil...
13/08/2026

10 OGOS 2026 (Isnin)I Satu lawatan kerja oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Ekonomi (KE) serta Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ke Projek Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Batu, Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur (Pakej D43) telah diadakan bertujuan untuk memantau prestasi fizikal projek serta memberi gambaran sebenar isu di tapak bina.

Lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Natrah binti Mohd Zahari, Setiausaha Bahagian (Pembangunan), JPM dan turut disertai oleh YBrs. Puan Nur Syahidah Chia Binti Abdullah, Timbalan Pengarah Seksyen Pemantauan dan Projek Khas JWP, wakil KE dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), serta YBrs. Puan Suraya binti Dikar, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek 3, JPP. Turut hadir ialah wakil Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) selaku Perunding Pengurusan Projek (PMC) dan pihak kontraktor.

Kemajuan fizikal projek terkini telah mencapai 95.98%. Apabila beroperasi kelak, projek ini akan memberikan manfaat dari segi kemudahan infrastruktur kumbahan yang berpusat kepada 250 ribu PE (penduduk setara) di kawasan Jinjang, Kepong dan Kuala Lumpur serta membolehkan penutupan 51 buah loji kumbahan awam dan 10 premis kerajaan yang usang demi kelestarian alam sekitar.

Kerajaan Persekutuan melalui JPP komited untuk menyediakan infrastruktur pembetungan yang moden dan efisien melalui pelbagai projek yang sedang dan akan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.





Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Pembetungan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share