Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan The official Facebook fanpage of the Ministry of Finance, Malaysia. Learn more at: www.mof.gov.my

Disclaimer : Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, juga berkesempatan meluangkan masa mengadakan lawatan ker...
15/08/2026

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, juga berkesempatan meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke kilang pemprosesan rumpai laut Teejoy Marine Sdn. Bhd. di Semporna, Sabah.

Teejoy Marine Sdn. Bhd. merupakan antara pemain utama industri pemprosesan rumpai laut di Sabah. Syarikat ini menghasilkan Washed Dried Seaweed (WDS), Alkali Treated Cottonii (ATC) dan Semi-Refined Carrageenan (SRC), yang menjadi input penting kepada pelbagai industri hiliran serta dieksport ke pasaran antarabangsa.

Sepanjang lawatan, YB Datuk Seri Amir Hamzah telah diberikan penerangan oleh Encik Choo Chee Wei, pemilik Teejoy Marine Sdn. Bhd., mengenai keseluruhan rantaian pengeluaran, daripada penerimaan dan pemprosesan rumpai laut mentah sehingga pembungkusan produk untuk pasaran eksport. Cabaran yang dihadapi oleh pihak syarikat turut diluahkan, khususnya berkaitan kekurangan bekalan bahan mentah yang menjejaskan penggunaan kapasiti optimum kilang.

Lawatan yang merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Belanjawan 2027 ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan, Jabatan Perikanan Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Kementerian Kewangan komited untuk terus mendapatkan pandangan, memahami cabaran dan mengenal pasti keperluan sebenar pemain industri di lapangan dalam proses penyediaan Belanjawan 2027 agar ia dapat menyokong pembangunan ekonomi mampan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.



YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II hari ini turun padang meninjau pelaksanaan Sumbangan Asas ...
15/08/2026

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II hari ini turun padang meninjau pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Koperasi Anugerah Hj. Badji, Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah.

SARA merupakan antara ikhtiar Kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas menerusi kredit yang disalurkan terus melalui MyKad dan boleh digunakan di Rakan Niaga SARA yang berdaftar.

Koperasi Anugerah Hj. Badji merupakan Rakan Niaga SARA ke-33 di daerah Semporna dan satu-satunya Rakan Niaga SARA di Pulau Bum Bum.

Sebelum ini, penduduk Pulau Bum Bum perlu menaiki bot ke Semporna bagi mendapatkan barangan keperluan menggunakan manfaat SARA. Kini, kemudahan tersebut dibawa lebih dekat kepada komuniti setempat untuk mengurangkan kekangan jarak dan memudahkan rakyat mendapatkan keperluan asas.

Kewujudan Rakan Niaga SARA di pulau ini akan memberi manfaat kepada lebih 25,000 penduduk Pulau Bum Bum yang layak menerima SARA Untuk Semua, termasuk sekitar 3,300 penerima yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bulanan.

Kerajaan akan terus mengenal pasti kawasan yang berdepan kekangan akses bagi memastikan manfaat SARA dapat dinikmati dengan lebih mudah oleh rakyat, termasuk komuniti di kawasan luar bandar dan kepulauan.

Bantuan bukan sekadar perlu disediakan tapi perlu sampai dan mudah diakses oleh rakyat yang memerlukan.





15/08/2026


💰 STR Fasa 3 mula disalurkan hari ini, 15 Ogos 2026!👥 5.3 juta penerima meningkat 300,000 berbanding awal tahun.💵 RM1.2 ...
15/08/2026

💰 STR Fasa 3 mula disalurkan hari ini, 15 Ogos 2026!

👥 5.3 juta penerima meningkat 300,000 berbanding awal tahun.

💵 RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pembayaran STR Fasa 3

🇲🇾 Kerajaan MADANI akan terus memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, di samping memperkukuh ekonomi serta meringankan kos sara hidup rakyat






Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia
Erwin Khairul Ahmad

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGANFahmi FadzilKementerian KomunikasiJabatan Penerangan MalaysiaErwin Khairul Ahmad
15/08/2026

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN

Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia
Erwin Khairul Ahmad

15/08/2026

SESI LIBAT URUS BELANJAWAN 2027 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT BERSAMA PASUKAN BELANJAWAN KEMENTERIAN KEWANGAN


SUARA PEMEGANG TARUH, ASPIRASI RAKYAT: MEMPERKUKUH PERSIAPAN BELANJAWAN 2027Pasukan Belanjawan, Kementerian Kewangan (M*...
14/08/2026

SUARA PEMEGANG TARUH, ASPIRASI RAKYAT: MEMPERKUKUH PERSIAPAN BELANJAWAN 2027

Pasukan Belanjawan, Kementerian Kewangan (M*F) telah menghadiri Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kumpulan Sasar, yang menghimpunkan seramai 250 peserta terdiri daripada wakil NGO serta kumpulan sasar KPWKM.

Sesi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini menjadi wadah penting untuk mendengar sendiri pandangan, pengalaman di lapangan serta cadangan daripada pihak yang dekat dengan realiti dan keperluan masyarakat.

Kehadiran Pasukan Belanjawan M*F dalam sesi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendengar, memahami dan meneliti input pemegang taruh dalam proses penyediaan Belanjawan 2027.

Input daripada kementerian, NGO dan kumpulan sasar penting bagi membantu Kerajaan menilai keutamaan serta merangka langkah yang bersasar, berimpak dan berorientasikan keberhasilan, khususnya dalam memperkukuh kesejahteraan wanita, institusi keluarga dan kumpulan masyarakat yang memerlukan sokongan.

Setiap pandangan membawa perspektif. Setiap cadangan membantu memperhalusi keutamaan.

Kerajaan kekal komited memastikan proses penyediaan Belanjawan 2027 dilaksanakan secara inklusif dan berpaksikan keperluan rakyat, supaya sumber negara dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan impaknya dirasai oleh mereka yang memerlukan.


SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN Fahmi FadzilKementerian KomunikasiJabatan Penerangan MalaysiaErwin Khairul Ahmad
14/08/2026

SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN

Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia
Erwin Khairul Ahmad

SESI LIBAT URUS CADANGAN INISIATIF BELANJAWAN 2027 BERSAMA PETRAKementerian Kewangan (M*F) hari ini mengadakan Sesi Liba...
13/08/2026

SESI LIBAT URUS CADANGAN INISIATIF BELANJAWAN 2027 BERSAMA PETRA

Kementerian Kewangan (M*F) hari ini mengadakan Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi meneliti cadangan serta keutamaan kementerian dalam memperkukuh agenda peralihan tenaga, keterjaminan bekalan air dan kelestarian alam sekitar.

Sesi libat urus tersebut dihadiri YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha meningkatkan kecekapan tenaga dan penjimatan air, memperluas akses serta keterjaminan bekalan air bersih, memperkasa penggunaan tenaga boleh baharu serta memperkukuh ekonomi kitaran dan kelestarian alam sekitar.

Perbincangan ini mencerminkan pendekatan berterusan Kerajaan dalam mendapatkan pandangan kementerian dan pihak berkepentingan bagi memastikan cadangan inisiatif Belanjawan 2027 disusun secara menyeluruh, bersasar dan memberi impak kepada rakyat serta pembangunan negara.

Turut hadir YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), PETRA, pegawai-pegawai kanan M*F dan PETRA serta Pasukan Belanjawan 2027.


Address

Putrajaya

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60380008000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share