02/07/2024
PERINGATAN MESRA 2️⃣ HARI LAGI SEBELUM PENUTUPAN SISTEM HRMIS JAPEN❗❗❗ ❗❗❗❗❗❗
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/YBrs. Ts./Tuan/Puan
PENUTUPAN SISTEM HRMIS BAGI PENGEMASKINIAN DATA PERJAWATAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Unit HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan menjalankan penyelenggaraan Sistem HRMIS Jabatan bagi tujuan pengemaskinian data perjawatan Jabatan Penerangan Malaysia berikutan Perubahan Struktur Perjawatan Kementerian Komunikasi selaras dengan perubahan Waran Perjawatan Kementerian Komunikasi yang berkuat kuasa pada 12 Disember 2023.
3. Justeru, Sistem HRMIS akan ditutup sepenuhnya mulai 6 Julai 2024 (Sabtu) sehingga 31 Julai 2024 (Rabu) bagi memberi ruang kepada Pasukan HRMIS untuk menyelenggara sistem tersebut. Oleh itu, kerjasama YBhg. Dato’/YBrs. Ts./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan seperti berikut :
🔴 Memastikan maklumat rekod peribadi dan harta telah dikemaskini;
🔴Merancang serta melaksanakan proses permohonan cuti lebih awal;
🔴 Menyokong dan Meluluskan Permohonan Cuti Pegawai
🔴 Merancang dan melaksanakan proses permohonan tuntutan perjalanan, tuntutan elaun lebih masa, tuntutan pendahuluan diri dan permohonan keluar negara sebelum penutupan sistem sepenuhnya;
🔴 Menyimpan Deskripsi Tugas dan MyPortfolio Pemilik Kompetensi kerana pengemaskinian ini akan menyebabkan kesemua data hilang sepenuhnya;
🔴 Mengemaskini dan mengosongkan peti simpanan dari semasa ke semasa.dan
Jika terdapat sebarang masalah dan persoalan tentang HRMIS JABATAN tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami ditalian 03-89113526/3572/3529 atau e-mail ke [email protected]
Sekian ,Terima Kasih
UNIT HRMIS JAPEN
Jabatan Penerangan Malaysia