Kementerian Perpaduan Negara

Kementerian Perpaduan Negara Facebook Rasmi Kementerian Perpaduan Negara
Harmoni Dalam Kepelbagaian
(7)

EDUSPARK 2026: PELAJAR SEBAGAI EJEN PERPADUAN, PEMACU PEMBANGUNAN MAMPAN 🇲🇾🌱KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2026–YBrs. Tuan Mohama...
16/08/2026

EDUSPARK 2026: PELAJAR SEBAGAI EJEN PERPADUAN, PEMACU PEMBANGUNAN MAMPAN 🇲🇾🌱

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2026–YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Penutupan Program Eduspark 2026 di Universiti Malaya.

Program yang berlangsung selama dua hari ini dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia melibatkan 200 pelajar. Diketuai oleh Sekretariat Kesukarelawanan Universiti Malaya (SEKRUM), EduSpark 2026 mengangkat semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan perpaduan, di samping memberi pendedahan serta motivasi kepada pelajar dalam meneroka potensi diri dan hala tuju pendidikan.

Lebih daripada sekadar sukarelawan, pelajar hari ini merupakan Ejen Perpaduan anak muda yang membawa nilai saling menghormati, empati, kerjasama dan semangat kebersamaan ke dalam masyarakat. Melalui Eduspark 2026, golongan mahasiswa diberi ruang untuk turun ke lapangan, memahami realiti komuniti dan menjadi penghubung yang merapatkan perbezaan serta memperkukuh keharmonian masyarakat.

Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan dan SDG 17: Kerjasama demi Matlamat.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Universiti Malaya
Majlis Belia Malaysia




15 Ogos 2026-Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diketuai oleh YBhg.Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbal...
16/08/2026

15 Ogos 2026-Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diketuai oleh YBhg.Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara telah menghadiri Majlis Penutupan 33rd Green Summer Volunteer Campaign 2026 yang berlangsung di University of Social Sciences and Humanities (USSH).

Dalam ucapan penutupan, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para sukarelawan atas dedikasi dan komitmen sepanjang 26 hari misi, yang menyaksikan para sukarelawan keluar daripada zon selesa, merentasi sempadan, menyesuaikan diri dengan komuniti baharu serta bersama-sama berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau turut menekankan kepentingan people-to-people diplomacy dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan Vietnam, khususnya apabila pelajar bertemu pelajar, komuniti menerima komuniti dan golongan muda daripada kedua-dua negara bekerja bersama, berkongsi pengalaman serta membina persefahaman.

Turut berucap pada majlis tersebut, Comrade Nguyen Minh Son, Timbalan Setiausaha dan Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksaan Kesatuan Belia Bandar Ho Chi Minh, menegaskan bahawa aktiviti kesukarelawanan antarabangsa di Ho Chi Minh bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti setempat, malah turut memupuk persahabatan, persefahaman dan hubungan erat dalam kalangan belia dari pelbagai negara.

Pada misi kali ini, seramai 48 pelajar Malaysia, bersama lebih 150 ahli Kesatuan Belia, golongan muda dan pelajar Vietnam, 15 sukarelawan Indonesia, serta sukarelawan dari Laos dan Kemboja telah menyertai pelbagai aktiviti di seluruh bandar, menyemarakkan semangat perkongsian, tanggungjawab dan solidariti antarabangsa.

Program ini turut menampilkan sesi perkongsian antara sukarelawan Vietnam dan Malaysia serta wakil belia dari Shanghai, China, yang membuka lebih banyak ruang untuk pertukaran pengalaman, pembelajaran dan kerjasama dalam kalangan belia antarabangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Yayasan Sukarelawan Siswa




14 Ogos 2026- Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diketuai oleh YBhg.Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timba...
16/08/2026

14 Ogos 2026- Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diketuai oleh YBhg.Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara, telah menghadiri Majlis Penutupan Green Summer Volunteer Campaign 2026 di Phu Loi Ward, Vietnam.

Delegasi turut berpeluang meninjau beberapa tapak projek yang dilaksanakan oleh sukarelawan YSS, termasuk Vietnam-Malaysia Friendship Mural di Phu Loi Park 3, serta beramah mesra bersama para sukarelawan yang terlibat.Mural ini bukan sekadar menceriakan ruang awam, malah menjadi simbol persahabatan, perpaduan dan persefahaman antara Malaysia dan Vietnam. Projek yang dilaksanakan di sekitar Phu Loi Park 3 turut memberi manfaat kepada 6,349 orang penduduk komuniti dan kawasan kejiranan setempat.

Impak ini memperlihatkan bahawa kesukarelawanan bukan hanya memberi manfaat kepada peserta program, tetapi turut membawa perubahan yang dapat dirasai secara langsung oleh komuniti melalui pembangunan ruang awam, penglibatan masyarakat dan hubungan antara generasi muda.Penglibatan sukarelawan YSS di Phu Loi juga mencerminkan peranan people-to-people diplomacy, apabila belia Malaysia dan Vietnam berinteraksi, bekerjasama dan membina persefahaman melalui pengalaman bersama.

Inisiatif ini turut menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDGs), khususnya SDG 11: Sustainable Cities and Communities dan SDG 17: Partnerships for the Goals, melalui usaha membangunkan komuniti yang lebih inklusif serta memperkukuh kerjasama rentas negara.

Lebih daripada sebuah projek fizikal, Vietnam-Malaysia Friendship Mural menjadi simbol persahabatan yang kekal dalam komuniti, membawa mesej bahawa hubungan kukuh antara dua negara turut dibina melalui masyarakat dan generasi muda. Kesukarelawanan bukan sekadar mencipta impak, tetapi membina jambatan antara manusia, budaya dan negara.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Yayasan Sukarelawan Siswa




LAWATAN RASMI DELEGASI KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA SEMPENA GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN KE-3314 OGOS 2026- Kunjungan...
14/08/2026

LAWATAN RASMI DELEGASI KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA SEMPENA GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN KE-33

14 OGOS 2026- Kunjungan Hormat Delegasi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara kepada YBrs.Tuan Nguyen Loc Ha, Naib Presiden Tetap Jawatankuasa Rakyat Bandar Raya Ho Chi Minh telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Green Summer Volunteer Campaign ke-33.

Pertemuan ini turut menjadi platform bagi KPN dan YSS untuk mendapatkan perkongsian berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan dan mobilisasi sukarelawan dalam skala besar, khususnya dari aspek penglibatan belia yang tersusun, sistematik, berintegriti dan berimpak.

Kepimpinan Kesatuan Belia Bandar Raya Ho Chi Minh turut menekankan kepentingan hubungan Malaysia–Vietnam serta menyatakan komitmen untuk meneruskan kerjasama dalam bidang kesukarelawanan dan pembangunan belia, susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama YSS pada Februari 2025. Kerjasama berterusan ini berpotensi memperkukuh diplomasi belia, memperluas jaringan kesukarelawanan serta menyokong aspirasi kerjasama belia di peringkat ASEAN.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Yayasan Sukarelawan Siswa




KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 –Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah membantu lebih 12 ribu anak muda Malaysia dengan nil...
14/08/2026

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 –Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah membantu lebih 12 ribu anak muda Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM96.6 juta menerusi biasiswa, bantuan kewangan dan program pembangunan kepimpinan merentasi kaum dan agama sepanjang penubuhannya sejak tahun 1966.

Perkara tersebut diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-60 YTAR di ibu negara. YTAR telah membuka peluang kepada anak muda Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di samping memperkasa potensi diri, membina kempimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Dalam ucapannya, YB Datuk Aaron berkata, “Peranan YTAR bukan lagi sekadar menyediakan biasiswa tetapi mengenal pasti bakat, membuka akses dan membangunkan potensi anak muda”. Beliau turut menyeru agar lebih banyak syarikat menjadikan pendidikan dan pembangunan bakat sebagai sebahagian agenda penting Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) organisasi masing-masing.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Yayasan Tunku Abdul Rahman




MOH TEGHOJAH KO MUZIUM ADAT! 🔥Kalau hujung minggu ni belum ada plan… INI PLAN KITA! 😎🎉 Fiesta Uniti  Adat 2026 kembali d...
14/08/2026

MOH TEGHOJAH KO MUZIUM ADAT! 🔥

Kalau hujung minggu ni belum ada plan… INI PLAN KITA! 😎

🎉 Fiesta Uniti Adat 2026 kembali dengan tema “Dinamika Adat”!

📅 22–23 Ogos 2026
📍 Muzium Adat

Apa yang ada? BANYAK! 👇
🏆 Pertandingan
🥁 Persembahan kebudayaan
👀 Demonstrasi adat & warisan
💪 Sukan warisan rakyat
🛍️ Jualan
🎊 Dan macam-macam lagi!

Jom datang beramai-ramai!!

👨‍👩‍👧‍👦 Bawa keluarga
👯 Ajak kawan-kawan
📸 Jangan lupa abadikan momen paling menarik!

Sebab adat bukan sekadar untuk dikenang…
adat untuk dihayati, diwarisi dan diraikan bersama!

📢 MOH TEGHOJAH KO MUZIUM ADAT!

Kita jumpa pada 22–23 Ogos 2026 nanti!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Muzium Adat




13/08/2026
Peraduan Cerita Malaysia Kita masih dibuka hingga 11 September 2026. Ini peluang untuk jadikan momen kecil anda sebahagi...
13/08/2026

Peraduan Cerita Malaysia Kita masih dibuka hingga 11 September 2026. Ini peluang untuk jadikan momen kecil anda sebahagian daripada cerita Malaysia sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Kalau ada gambar atau video yang buat anda rasa “inilah Malaysia”, mungkin itulah cerita yang patut dikongsi sekarang. 🇲🇾

Cara penyertaan:
1️⃣ Muat naik gambar JPEG atau video MP4 HD (maksimum 30 saat), momen perpaduan anda
2️⃣ Tulis caption ringkas tentang cerita di sebalik momen tersebut
3️⃣ Ikuti semua akaun rasmi dan sertakan supaya kami boleh temui penyertaan anda!

*Pastikan akaun anda dalam tetapan umum.

Penyertaan terpilih akan kami kongsikan di media sosial kami, bersama tag akaun anda supaya orang ramai boleh tahu cerita anda.

📅 Peraduan tamat: 11 September 2026, 11.59 malam

Ago Dagang Yuneswaran Ramaraj Sobri Daud




SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA SEDUNIA 2026“Belia Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan.” 🇲🇾Belia bukan sekadar pewaris masa dep...
12/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA SEDUNIA 2026

“Belia Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan.” 🇲🇾

Belia bukan sekadar pewaris masa depan, tetapi penggerak perubahan hari ini. Dengan penuh semangat, keberanian dan kepelbagaian yang dimiliki, anak muda menjadi kekuatan penting dalam membina sebuah negara Malaysia yang lebih harmoni, inklusif dan bersatu.

Di sebalik perbezaan bangsa, agama dan latar belakang, kita berkongsi satu impian Malaysia yang terus aman, maju dan bersatu.

Ayuh anak muda Malaysia,

Teruskan melangkah.
Teruskan bersuara.
Teruskan mencipta perubahan.

Masa depan Negara Bangsa adalah sesuatu yang kita bina bersama. 🤝🇲🇾

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




SEJARAH DI DINDING, PERPADUAN DI HATIPAHANG, 11 Ogos 2026 –Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dipelajari...
11/08/2026

SEJARAH DI DINDING, PERPADUAN DI HATI

PAHANG, 11 Ogos 2026 –Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dipelajari, dihargai dan diwariskan kepada generasi seterusnya.

YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Melukis Mural Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 dan Program Arkib@Sekolah.

Menariknya, melalui Program Arkib@Sekolah, sekolah bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi turut menjadi ruang untuk anak-anak mengenali sejarah, menghargai warisan dan memahami perjalanan negara yang dibina bersama. Galeri dan sudut sejarah yang diwujudkan menjadi ‘jendela masa’ yang menghubungkan generasi hari ini dengan kisah perjuangan, kejayaan dan pengalaman terdahulu.

Apabila anak-anak mengenali sejarah negara, mereka akan lebih menghargai kepelbagaian, memahami pengorbanan dan menyedari bahawa Malaysia yang kita nikmati hari ini dibina oleh kita semua. Inilah usaha kecil yang meninggalkan makna besar membina generasi yang mengenal sejarah, menghargai warisan dan bersama-sama membina Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Arkib Negara Malaysia




Address

Aras 5-10 Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Putrajaya
62000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60380918000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Perpaduan Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Perpaduan Negara:

Shortcuts

Share