Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Perdana Menteri Akaun Rasmi Jabatan Perdana Menteri
Official Account of The Prime Ministerโ€™s Department, Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jika anda mempunyai sebarang komen, maklumbalas atau soalan mengenai JPM, boleh dikemukakan terus di

https://pajpm.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Terima kasih.

04/09/2026
04/09/2026
04/09/2026

YANG DI-PERTUAN AGONG PERKENAN ISYTIHAR DARURAT DI SELURUH BAHAGIAN SERIAN, SARAWAK

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, telah memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira nasihat YAB Perdana Menteri dan YAB Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.

PEJABAT PERDANA MENTERI
4 September 2026

04/09/2026

l CIKU MANIS, SEJUK & CONFIRM NAK LAGI!

Jalan-jalan MAHA, jangan lupa singgah rasa CIKU!
Buah ciku yang manis dan lembut, siap dipotong untuk terus dinikmati. ๐ŸคŽ

๐Ÿˆ BUAH CIKU POTONG โ€” RM5/CUP
๐Ÿฅค ICE BLENDED CIKU โ€” RM6/CUP

Haus? ๐Ÿฅต
Penat pusing MAHA? ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ
Nak rasa sesuatu yang lain daripada biasa? ๐Ÿ‘€

Singgah MARDI Kundang!
Cuba sendiri keenakan ciku dalam versi buah potong atau ice blended. Memang ngam untuk cuaca panas! โ˜€๏ธโ„๏ธ

๐Ÿ“ MAHA 2026 โ€“ Laman Agro Madani
๐ŸŒฑ MARDI Kundang

Datang MAHA bukan sekadar tengokโ€ฆ
Jom RASA keistimewaan ciku! ๐Ÿˆ๐ŸคŽ

RM5 dah boleh layan ciku. RM6 terus sejukkan tekak! ๐Ÿ”ฅ

04/09/2026

๐Ÿšš JUMAAT DI FOOD TRUCK FIESTA MAHA 2026 MEMANG PADAT DENGAN AKTIVITI!

Kalau anda merancang untuk singgah MAHA. Jangan datang setakat untuk makan sahaja. Di Segmen Food Truck Fiesta MAHA 2026, pelbagai aktiviti santai dan hiburan disusun dari pagi sampai malam. ๐ŸŽ‰

Bermula jam 10.00 pagi, anda boleh sertai aktiviti seperti Cup Tower Challenge, Newspaper Dance, Teka Teki, Baling Tin dan Chopstick Challenge. Datang bersama keluarga atau kawan-kawan, pilih aktiviti yang anda s**a dan sama-sama meriahkan suasana.

โœจ Antara tarikan utama ialah FOOD TRUCK INNOVATION SHOWCASE yang berlangsung dari 4.00 petang hingga 6.00 petang. Ini peluang untuk anda lihat sendiri pelbagai idea kreatif dan inovasi menarik dalam dunia food truck.

Sebelah malam p**a, suasana diteruskan dengan persembahan busking dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam, sambil anda menikmati pelbagai pilihan juadah yang ada. ๐ŸŽถ๐Ÿ”๐Ÿ•๐Ÿฅค

๐Ÿ“… 4 September 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Segmen Food Truck Fiesta, MAHA 2026, MAEPS Serdang
โฐ 10.00 pagi โ€“ 10.00 malam

Jom singgah, rasa sendiri kemeriahan Food Truck Fiesta 2026 โ€” makanan ada, aktiviti ada, hiburan pun ada.

๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐‹๐„๐๐’๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐“๐”๐†๐” ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐, ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐”Di sebalik keindahan Kota Kinabalu, berdiri sebuah tugu...
04/09/2026

๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐‹๐„๐๐’๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐“๐”๐†๐” ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐, ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐ˆ๐๐€๐๐€๐‹๐”

Di sebalik keindahan Kota Kinabalu, berdiri sebuah tugu yang menyimpan kisah keberanian, pengorbanan dan kesetiaan kepada tanah air.

Terletak di Taman Ujana Rimba Tropika, Tugu Pahlawan menjadi simbol penghormatan kepada wira-wira yang telah berjuang mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Jasa mereka mungkin terpahat pada batu, tetapi pengorbanannya terpahat dalam sejarah dan sanubari kita.

Kerana Malaysia yang kita nikmati hari ini dibina atas keberanian mereka yang sanggup berkorban demi tanah air tercinta.

Mengenang jasa. Menghargai pengorbanan. Menjunjung kedaulatan.

Nantikan kisah seterusnya.






Pejabat Perdana Menteri Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Shamsul Azri bin Abu Bakar

๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐“๐‘๐ˆ๐•๐ˆ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€: ๐Š๐„๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐‘๐€๐‰๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€Tahukah anda mengapa โ€œKesetiaan kepada ...
03/09/2026

๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐“๐‘๐ˆ๐•๐ˆ๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐”๐Š๐”๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€: ๐Š๐„๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐‘๐€๐‰๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Tahukah anda mengapa โ€œKesetiaan kepada Raja dan Negaraโ€ menjadi prinsip kedua Rukun Negara?

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, institusi Raja mempunyai kedudukan penting dalam sistem pemerintahan serta kehidupan bernegara di Malaysia.

Prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada tanah air bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan dan kesungguhan untuk memelihara keamanan serta keharmonian negara.

Pada masa yang sama, hubungan antara Raja, pemerintah dan rakyat berteraskan tanggungjawab serta amanah yang saling melengkapi. Kesepaduan inilah yang menjadi antara asas kepada kestabilan, perpaduan dan keharmonian Malaysia.

Sempena Hari Kebangsaan 2026, marilah kita bersama-sama menghayati makna prinsip kedua Rukun Negara dan menjadikannya pedoman dalam kehidupan sebagai rakyat Malaysia.

Kerana kesetiaan kepada Raja dan Negara bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi nilai yang kita junjung, amalkan dan wariskan kepada generasi seterusnya.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Jiwa patriotik, asas Malaysia yang bersatu.






Pejabat Perdana Menteri Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Shamsul Azri bin Abu Bakar

Address

Jabatan Perdana Menteri Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perdana Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share