02/08/2026
๐ ๐๐ฅ๐๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ ๐จ๐ ๐ ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐ฃ๐ ๐๐๐๐ก๐ง๐๐ง๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐๐ก๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ
๐๐จ๐ ๐จ๐ง, ๐ฎ ๐ข๐ด๐ผ๐ โ Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak telah menemui mayat seorang lelaki tanpa identiti yang terapung di perairan Tanjung Hantu, Pulau Pangkor, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob berkata, Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada jam 10.31 pagi berhubung penemuan satu mayat terapung pada kedudukan kira-kira 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu.
Susulan laporan tersebut, Bot Penggalang 1639 telah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan pengesahan dan tindakan lanjut.
Beliau berkata, bot berkenaan tiba di lokasi pada jam 11.22 pagi sebelum mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai warga Indonesia, berpakaian baju berwarna hitam dan berseluar pendek.
"Siasatan awal mendapati mayat tersebut telah ditemui terlebih dahulu oleh sebuah bot pancing pada kedudukan kira-kira 1.4 batu nautika barat Tanjung Hantu sebelum maklumat disalurkan kepada Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut," katanya.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan pengecaman identiti, bedah siasat dan siasatan lanjut.
Maritim Malaysia menyeru komuniti maritim dan orang ramai supaya terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan, kemalangan atau aktiviti mencurigakan di laut dengan menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.
Kementerian Dalam Negeri (KDN)Saifuddin Nasution IsmailPMO MalaysiaShamsul Anuar Nasarah