Nutritionistkkm

Call Directions Website Contact the organization

Nutritionistkkm Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1 Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya
(201)

Peneraju utama pemakanan negara ke arah pembangunan generasi yang sihat.

- Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
- Mempromosikan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
- Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan zat makanan.
- Merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan dalam empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan advokasi pemakanan.

🍎🥦 REMAJA, DAH CUKUP MAKAN BUAH & SAYUR HARI INI? 👀🚨 13% sahaja remaja mengambil buah yang mencukupi, manakala hanya 5% ...
13/10/2026

🍎🥦 REMAJA, DAH CUKUP MAKAN BUAH & SAYUR HARI INI? 👀

🚨 13% sahaja remaja mengambil buah yang mencukupi, manakala hanya 5% memenuhi saranan pengambilan sayur! 😱

Buah dan sayur bukan sekadar pelengkap hidangan. Kedua-duanya membekalkan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh, terutamanya ketika remaja sedang membesar. 💪🏻✨

🍊 Vitamin A penting untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imuniti.
🥦 Vitamin C membantu pembentukan kolagen, menguatkan sistem imuniti dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Jadi, jangan pandang remeh pengambilan buah dan sayur! 🌟

💚 JOM CABAR DIRI!
🥬Makan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur setiap hari.
🍎 Ambil 2 sajian buah setiap hari.

Tak perlu tunggu sakit untuk mula menjaga kesihatan. Mulakan dengan pilihan makanan yang lebih sihat, demi tubuh yang cergas dan masa depan yang lebih sihat! 🔥

INGAT! AMBIL SAYUR & BUAH SETIAP HARI, REMAJA SIHAT, HIDUP LEBIH BERKUALITI! 💚






❤️ CEGAH ANEMIA SEMASA HAMIL — DEMI IBU & SI MANJAKehamilan adalah fasa yang memerlukan perhatian lebih terhadap kesihat...
12/10/2026

❤️ CEGAH ANEMIA SEMASA HAMIL — DEMI IBU & SI MANJA

Kehamilan adalah fasa yang memerlukan perhatian lebih terhadap kesihatan dan pemakanan ibu. Anemia semasa hamil bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Anemia sewaktu hamil meningkatkan risiko bayi lahir pramatang serta berat lahir bayi kurang daripada 2.5 kg.

⚠️ Kenali tanda-tandanya!
Antara tanda anemia semasa hamil yang mudah dilihat ialah kulit ibu kelihatan pucat dan ibu cepat berasa keletihan.

Namun, anemia boleh dicegah. 💪🏻
🥩 Amalkan pengambilan makanan tinggi zat besi
💊 Ambil pil hematinik setiap hari

Jaga pengambilan zat besi, jaga kesihatan ibu. Jaga ibu, jaga si manja. ❤️

Jom bersama-sama cegah anemia semasa hamil demi kesejahteraan ibu dan bayi.






Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyertai MySihat – Malaysia Healthcare, Wellness & Sport...
12/10/2026

Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyertai MySihat – Malaysia Healthcare, Wellness & Sports Expo 2026 yang berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2026 di MAEPS, Serdang.

Pelbagai informasi dan aktiviti berkaitan pemakanan sihat dikongsikan kepada pengunjung bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup aktif. 🥗💪🏻

Lebih menarik, pada 10 Oktober 2026, sesi ceramah KiBaR (Kira. Bakar. Rekod.) turut diadakan untuk menggalakkan orang ramai lebih cakna tentang pengambilan kalori, pembakaran tenaga dan kepentingan merekod kemajuan dalam usaha mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Ingat, perubahan kecil yang konsisten mampu membawa impak besar kepada kesihatan! ❤️






SihatItuMalaysia

Mesyuarat Teknikal Pemakanan Negeri KedahUnit Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah m...
11/10/2026

Mesyuarat Teknikal Pemakanan Negeri Kedah

Unit Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah mengadakan Mesyuarat Teknikal Program Pemakanan Negeri Kedah pada 11 Oktober 2026 (Ahad) bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

Antara pengisian utama mesyuarat tersebut adalah Pembentangan Profail Pencapaian Pelaksanaan Program Pemakanan dan perancangan Perkhidmatan Pemakanan di Negeri Kedah bagi tahun 2027. Dalam mesyuarat ini juga, YBrs. Encik Nazli Suhardi bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pemakanan KKM turut menyampaikan mandat dan hala tuju reformasi perkhidmatan pemakanan kepada semua Pegawai Sains (Pemakanan) negeri Kedah.

Melalui mesyuarat ini, adalah diharapkan agar dapat memperkukuh pelaksanaan perkhidmatan pemakanan di peringkat negeri dan daerah untuk menjayakan agenda reformasi perkhidmatan pemakanan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

📸 MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INTERVENSI BERSASAR 1000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN DI KOMUNITI & SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN MALAY...
11/10/2026

📸 MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INTERVENSI BERSASAR 1000 HARI PERTAMA KEHIDUPAN DI KOMUNITI & SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2026

Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu)
Tempat: Tapak Arkeologi Kampung Pengkalan Bujang, Merbok, Kedah
Anjuran: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara Zon Utara dan JPKKP Kg. Pengkalan Bujang

Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan program ini, antaranya:
✅Saringan kesihatan
✅Reruai kesihatan interaktif
✅Wellness on Wheels (WoW)
✅Pocket Talk:
1) 1000 Hari Pertama Kehidupan, Sejuta Harapan
2) Jaga Perut, Jaga Minda: Bila Makan Kena Gaya, Stres Pun Hilang!
✅Pertandingan Bento Sihat
✅Pertandingan Ukiran Buah
✅Pertandingan Mewarna
✅Pertandingan Masakan Daripada Bakul Makanan
✅Perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat
✅Pameran dan Jualan Produk PPDK

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Nazli Suhardi bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut hadir, Tuan Mohamad Muda bin Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, YBrs. Encik Kosim bin Saad, Pengerusi JPKKP Kg. Pengkalan Bujang, YBrs. Dr Suziana binti Redzuan, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Muda dan YBrs. Puan Suriana binti Johari, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Semoga dengan penganjuran program ini, amalan pemakanan sihat sepanjang hayat khususnya bermula daripada 1000 Hari Pertama Kehidupan (bermula kehamilan sehingga 2 tahun pertama) dapat diterapkan dan diamalkan dalam kalangan komuniti. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, rakan strategik, penaja, petugas dan komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

“Ibu Sihat, Generasi Hebat!”

“Jangan Bertangguh Lagi - Makan Sihat, Kekal Aktif Bermula Hari Ini!”

11/10/2026

🥤 TIPS UNTUK REMAJA: CARA KURANGKAN GULA TANPA RASA TERTEKAN 😫

Tahukah anda, sekitar 1 daripada 3 remaja Malaysia mengambil minuman berkarbonat sekurang-kurangnya sekali sehari? Pengambilan minuman manis yang kerap boleh menyumbang kepada pengambilan gula berlebihan dalam diet harian.

Nak kurangkan gula? Mulakan dengan perubahan kecil yang lebih mudah dikekalkan. 💪

✅ Tukar satu minuman manis sehari kepada air kosong
✅ Latih lidah dengan tahap kemanisan yang lebih rendah secara berperingkat
✅ Bila membeli minuman, cuba pesan “kurang manis”
✅ Bawa air kosong supaya lebih mudah membuat pilihan yang sihat
✅ Semak jumlah gula pada label pemakanan dan bandingkan antara produk
✅ Kalau teringin rasa manis, pilih buah-buahan segar berbanding jus atau minuman manis 🍎🍊

Tidak perlu berubah semuanya dalam sehari. Mulakan satu perubahan kecil dahulu, kemudian jadikan ia satu kebiasaan. 💧

Address

Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan, Presint 1
Putrajaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388924503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nutritionistkkm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nutritionistkkm:

Shortcuts

Share