Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan

Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan KELAB PERBENDAHARAAN MALAYSIA PUTRAJAYA
Pertubuhan No: PPM-009-16-22101974
Pertubuhan Nama: KELAB PE

Sumbangan Bantuan Kematian kepada Puan Siti Nur Athirah binti Ahmad Shukri daripada Kelab Perbendaharaan Putrajaya telah...
25/06/2026

Sumbangan Bantuan Kematian kepada Puan Siti Nur Athirah binti Ahmad Shukri daripada Kelab Perbendaharaan Putrajaya telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim bin Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Kehormat Kelab Perbendaharaan Putrajaya, dengan kehadiran wakil Biro Kebajikan, Kelab Perbendaharaan Putrajaya.

Untuk makluman, ibu, dua (2) orang adik lelaki, adik ipar serta dua (2) orang anak saudara kepada Puan Siti Nur Athirah dari Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di Kuala Muda, Kedah pada 7 Jun 2026. Seorang lagi anak saudara beliau kini masih menerima rawatan di hospital dalam keadaan kritikal.

Kelab Perbendaharaan Putrajaya merakamkan ucapan takziah kepada Puan Siti Nur Athirah dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan yang amat besar ini. Semoga roh mereka yang telah kembali ke rahmatullah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, serta keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

🎣 PROGRAM MEMANCING JORAN PERBENDAHARAAN 2026 🎣Program Memancing Joran Perbendaharaan 2026 telah dianjurkan hari ini seb...
20/06/2026

🎣 PROGRAM MEMANCING JORAN PERBENDAHARAAN 2026 🎣

Program Memancing Joran Perbendaharaan 2026 telah dianjurkan hari ini sebagai satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim, meningkatkan semangat kerjasama serta memupuk budaya kerja yang positif dalam kalangan warga Perbendaharaan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Sri Ab Rahim bin Ab Rahman, Setiausaha kehormat Kelab Perbendaharaan bersama-sama YBrs. Tuan Haji Mohd Azraai bin Md Adnan dan YBrs. Puan Nor Azizati bin Hamzah.

Seramai 120 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada warga Perbendaharaan Malaysia dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Diharapkan penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyokong kesejahteraan warga kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni dan produktif.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang berjaya dalam pertandingan ini. Berikut adalah senarai pemenang:

🥇 Johan
Mohd Afri bin Aziz

🥈 Naib Johan
Mohd Reduan bin Abdullah

🥉 Tempat Ketiga
Iqmal Hafidz bin Jamal

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Semoga berjumpa lagi pada pertandingan akan datang.

07/06/2026

Pertandingan Mencandat Sotong anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 2026

Tahniah kepada pasukan M*F yang berjaya merangkul Johan di Pertandingan Mencandat Sotong anjuran Majlis Kebajikan dan Su...
07/06/2026

Tahniah kepada pasukan M*F yang berjaya merangkul Johan di Pertandingan Mencandat Sotong anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia, yang telah diadakan pada 6 hingga 7 Jun 2026 di Marang, Terengganu.

Pertandingan ini disertai oleh kementerian dan agensi yang bernaung di bawah MAKSAK Malaysia dengan penyertaan sebanyak 1 buah bot bagi setiap kementerian/agensi.

Seramai 10 orang pemancing mewakili M*F dalam pertandingan ini.

Tahniah sekali lagi!

*FHebat

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH! Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha ...
01/06/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH!

Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ikhlas daripada,
Warga Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan

Sekitar penganjuran Festival Ilmu dan Seni Kementerian Kewangan Tahun 2026 yang telah diadakan di Kompleks Kementerian K...
12/02/2026

Sekitar penganjuran Festival Ilmu dan Seni Kementerian Kewangan Tahun 2026 yang telah diadakan di Kompleks Kementerian Kewangan pada 10 dan 11 Februari 2026. Festival ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk kecintaan terhadap ilmu dan seni berteraskan nilai-nilai Islam, memperkasa usaha dakwah melalui pelbagai aktiviti yang berstruktur serta membudayakan amalan integriti dan kesejahteraan rohani dalam usaha memperkukuhkan perpaduan warga.

Sepanjang penganjuran festival ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Bicarawara, Pertandingan Nasyid, Bengkel Asas Seni Khat serta Sesi Perkongsian (Pocket Talk) bersama-sama agensi jemputan seperti Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Restu, Lembaga Tabung Haji, Amanah Raya Berhad, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Festival ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu, malah turut menyemarakkan semangat kebersamaan serta memperkukuh nilai murni dalam kalangan warga Kementerian.

Tahniah kepada pasukan Nasyid BSN, Gema Wahyu yang menjadi Johan bagi Pertandingan Nasyid sempena Festival Ilmu dan Seni Kementerian Kewangan 2026!

*FHebat

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah menganjurkan Pertandingan Sukan ...
20/12/2025

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah menganjurkan Pertandingan Sukan Integrasi bagi kakitangan kerajaan Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Negeri Perlis bermula pada 19 hingga 21 Disember 2025.

Sukan integrasi ini mempertandingkan tiga acara sukan utama iaitu Bola Sepak 9 Sebelah, Bola Tampar Pantai dan Bola Jaring.

Bagi acara Bola Sepak 9 Sebelah, Kementerian Kewangan (M*F) telah menghantar dua pasukan iaitu M*F A dan M*F B.

Perlawanan peringkat kump**an yang berlangsung pada 19 Disember 2025 telah berakhir dengan kedua-dua pasukan M*F berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua (kalah singkir) yang dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2025.

Diharapkan agar pasukan M*F berjaya melangkah lebih jauh dalam pertandingan ini serta memperoleh keputusan yang membanggakan.

Mesyuarat Agung Kelab Perbendaharaan Putrajaya (KPP) kali ke-42 telah diadakan pada 19 Disember 2025 (Jumaat) bertempat ...
20/12/2025

Mesyuarat Agung Kelab Perbendaharaan Putrajaya (KPP) kali ke-42 telah diadakan pada 19 Disember 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh
YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) merangkap Timbalan Yang Di-Pertua KPP, dan dihadiri seramai 825 orang ahli.

Mesyuarat tahunan ini memberi peluang kepada ahli KPP untuk menyampaikan cadangan penambahbaikan perkhidmatan dan faedah yang disediakan kepada ahli.


*FHebat

Program Integrasi Perbendaharaan (PIP) Siri 2 anjuran Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Perbendaharaan Putrajaya telah berl...
10/12/2025

Program Integrasi Perbendaharaan (PIP) Siri 2 anjuran Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Perbendaharaan Putrajaya telah berlangsung pada 27 hingga 30 November 2025 dengan penyertaan seramai 61 peserta daripada Perbendaharaan Malaysia (PM) Putrajaya (54 orang), PM Sabah (1 orang) dan PM Sarawak (6 orang).

Penganjuran ini berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta aktiviti sukan lasak dan rekreasi. Program CSR bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan warga M*F bersama komuniti setempat, di samping mengenali budaya wilayah terlibat. Aktiviti sukan lasak p**a bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal warga M*F melalui penglibatan dalam aktiviti luar yang mencabar. Program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara tiga agensi iaitu PM Putrajaya, PM Sabah dan PM Sarawak.

Program CSR dijalankan di Kampung Orang Asli Kuala Atok meliputi aktiviti pembersihan kawasan wakaf yang dihempap pokok tumbang dan kawasan sekitar kampung, penyediaan kerepek pisang serta penyerahan sumbangan seperti almari buku kepada anak-anak serta lampu solar bagi kemudahan setempat.

Aktiviti sukan lasak p**a merangkumi Night Jungle Walk, Jungle Trekking ke Puncak Bukit Teresek sejauh 5 kilometer, Cooking Survival menggunakan buluh, demonstrasi penggunaan sumpit oleh Orang Asli Puak Batik di Kem Nusa serta Rapid Shooting di Sungai Tembeling. Pada malam kedua, peserta turut menikmati makan malam dan diserikan juga acara singing challenge yang menyerlahkan bakat terpendam.

Secara keseluruhannya, PIP Siri 2 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif penganjuran, di samping memberikan pengalaman serta kenangan bermakna kepada semua peserta.

*FHebat

Address

Presint 2
Putrajaya
62592

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 15:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Perbendaharaan Kementerian Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share