Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia Laman Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). An official page for Ministry Of Education Malaysia.

15 JULAI 2026 | LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN KE SJKT LADANG ST. HELIER, BAHAUTimbalan Menteri Pendidikan, Y...
15/07/2026

15 JULAI 2026 | LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN KE SJKT LADANG ST. HELIER, BAHAU

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh telah mengadakan lawatan kerja ke SJKT Ladang St. Helier, Bahau pada hari ini bagi meninjau kemajuan pembinaan blok tambahan yang merangkumi enam bilik darjah serta kemudahan berkaitan. Projek tersebut kini mencapai kemajuan 95 peratus dan dijangka diserahkan kepada pihak sekolah pada penghujung Julai.

Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited memastikan projek pembangunan infrastruktur pendidikan disiapkan mengikut perancangan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif serta memenuhi keperluan murid dan warga sekolah.

Tahun Ini, Tahun Kita
Guru Bitara Nadi Negara







15/07/2026

The Capital Post KPM Adakan Libat Urus Penggredan Sekolah Bersama Kesatuan Guru Malaysia The Capital Post Nation News

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor O...
15/07/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) atas pengurniaan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.).

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







15/07/2026

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kerajaan berjaya merapatkan jurang pencapaian murid bandar dan luar bandar, mengikut gred purata Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sebanyak 26.23 peratus di bawah Pelan…

KPM komited memperkukuh pendidikan khas bagi memastikan setiap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mendapat akses ...
15/07/2026

KPM komited memperkukuh pendidikan khas bagi memastikan setiap Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti, inklusif dan saksama.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"







14 JULAI 2026 | SESI LIBAT URUS BERSAMA KESATUAN/PERSATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN BERHUBUNG PENGGREDAN SEKOLAH KEMENTERI...
15/07/2026

14 JULAI 2026 | SESI LIBAT URUS BERSAMA KESATUAN/PERSATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN BERHUBUNG PENGGREDAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Kesatuan/Persatuan Perkhidmatan Perguruan Berhubung Penggredan Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) semalam.

Sesi libat urus ini mencerminkan komitmen KPM untuk memastikan setiap penambahbaikan dasar dilaksanakan secara inklusif, telus dan berteraskan semangat kebersamaan. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 ke arah memperkukuh sistem pendidikan yang berkualiti, responsif dan mampan.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"







15/07/2026

KUALA LUMPUR: Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 digubal bukan sekadar kesinambungan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, sebaliknya ia adalah intervensi strategik untuk memastikan sistem pendidikan negara kekal r...

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026Ayuh kibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan, ...
15/07/2026

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan, kedaulatan dan kecintaan kepada tanah air.✨🇲🇾

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"







⏳ 1 HARI LAGI MENJELANG ANUGERAH SUKAN KPM-MSSM-MILO 2025! 🏆Kecemerlangan tidak hadir tanpa usaha, disiplin dan semangat...
15/07/2026

⏳ 1 HARI LAGI MENJELANG ANUGERAH SUKAN KPM-MSSM-MILO 2025! 🏆

Kecemerlangan tidak hadir tanpa usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2025 bakal menjadi wadah penghargaan kepada para atlet, jurulatih serta seluruh warga sukan pendidikan yang telah menyumbang kepada kejayaan dan kegemilangan sukan murid.

📅 16 Julai 2026 (Khamis)
📍 Tenera Hotel & Suites, Bangi
⏰ 2.00 petang

Sama-sama kita nantikan kemeriahan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO 2025! 🏆✨

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"







Address

Putrajaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kementerian Pendidikan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kementerian Pendidikan Malaysia:

Shortcuts

Share