21/07/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐ (๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง) - Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (BPP), PLANMalaysia telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Perpisahan bagi meraikan Puan Norhasliza binti Rohan, yang akan meneruskan khidmat bakti di Pejabat Projek Zon Selatan, Melaka.
Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) BPP ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin TPr. Dr. Chee Ping Ngang, Pengarah BPP, serta dihadiri oleh hampir seluruh warga kerja BPP.
Sepanjang berkhidmat di BPP, Puan Norhasliza telah memberikan komitmen, kerjasama dan sumbangan yang amat bermakna kepada bahagian serta rakan-rakan sekerja. Segala jasa, kenangan dan ukhuwah yang terjalin akan sentiasa dikenang dan dihargai.
Seluruh warga BPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga pertukaran ke Pejabat Projek Zon Selatan, Melaka membuka ruang kepada lebih banyak kejayaan, pengalaman baharu dan kecemerlangan dalam meneruskan amanah perkhidmatan.
Majlis ini turut meraikan mantan pelatih amali BPP, Saudari Nur Azneeza Abdul Manaf, yang telah menamatkan latihan amali pada 22 Mei 2026. Semoga segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh sepanjang berada di BPP menjadi bekalan berguna dalam meneruskan perjalanan kerjaya pada masa hadapan.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga kerja, KMT BPP turut menyampaikan sumbangan kepada warga BPP serta ahli keluarga warga kerja yang sedang menghadapi ujian kesihatan dan menerima rawatan di hospital. Inisiatif ini mencerminkan semangat kekeluargaan, empati dan kebersamaan yang sentiasa menjadi amalan dalam kalangan warga BPP.
Program seumpama ini merupakan antara amalan nilai terbaik yang perlu diteruskan dalam sesebuah organisasi. Selain menghargai jasa dan sumbangan warga kerja, program ini dapat memperkukuh hubungan silaturahim, memupuk budaya saling menghormati serta membina persekitaran kerja yang prihatin, harmoni dan saling menyokong.
โJauh di mata, namun segala jasa, kenangan dan persahabatan akan sentiasa dekat di hati.โ
Selamat maju jaya kepada Puan Norhasliza binti Rohan di Pejabat Projek Zon Selatan, Melaka. Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan dalam setiap urusan.