PUSPAL

PUSPAL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PUSPAL, Government Official, Aras 24, Kompleks Kementerian Komunikasi, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Putrajaya.

PUSPAL: Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara

adalah sebuah agensi setempat yang menyelaras permohonan penggambaran filem asing dan persembahan artis luar negara.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026 | 69 Tahun Malaysia MerdekaHari Kebangsaan menjadi wadah untuk...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 | 69 Tahun Malaysia Merdeka

Hari Kebangsaan menjadi wadah untuk kita menghayati kembali erti kemerdekaan serta menghargai pengorbanan dan jasa para pejuang terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan memelihara keharmonian demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu, progresif dan saling menghormati.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.


30/08/2026

PEMANTAUAN UNIT PUSPAL
29.8.2026
GRASSHOPPER THREE IN LOVE CONCERT MALAYSIA 2026

MAKLUMAN: KESINAMBUNGAN PROSEDUR ONE STOP CENTRE (OSC) BAGI PERMOHONAN KONSERT ARTIS LUAR NEGARA (ALN) DI WPKL SELEPAS 3...
27/08/2026

MAKLUMAN: KESINAMBUNGAN PROSEDUR ONE STOP CENTRE (OSC) BAGI PERMOHONAN KONSERT ARTIS LUAR NEGARA (ALN) DI WPKL SELEPAS 30 APRIL 2026

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan tamatnya tempoh Pilot Test Fasa Kedua Inisiatif OSC pada 30 April 2026, Kementerian Komunikasi melalui PUSPAL telah menetapkan seperti yang berikut:

Penerusan Inisiatif OSC: Semua permohonan baharu bagi penganjuran konsert ALN di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang diterima selepas 30 April 2026 akan terus mengguna pakai inisiatif OSC. (Ketetapan ini akan berterusan sehingga makluman lanjut).
Garis Masa Permohonan: Penganjur wajib memastikan setiap permohonan dikemukakan seawal 30 hari sebelum tarikh konsert berlangsung.
Tujuan: Langkah ini bagi memastikan kelancaran dan kesinambungan proses kelulusan yang teratur sepertimana sesi libat urus sebelum ini.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia PUSPAL di talian 03-8911 5356 atau emel ke [email protected].

MAKLUMAN: ALAMAT TERKINI BAGI URUSAN SURAT MENYURAT KEPADA PUSPALUntuk makluman, sila pastikan alamat surat menyurat unt...
27/08/2026

MAKLUMAN: ALAMAT TERKINI BAGI URUSAN SURAT MENYURAT KEPADA PUSPAL

Untuk makluman, sila pastikan alamat surat menyurat untuk semua permohonan PUSPAL menggunakan alamat seperti di bawah:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan Kandungan
Kementerian Komunikasi
Aras 33, Menara Komunikasi,
Lot 4G9, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, kita terus menyem...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026

Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, kita terus menyemai rasa cinta kepada Baginda, mencontohi akhlak terpuji serta mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.”

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

23/08/2026

PEMANTAUAN UNIT PUSPAL
23.8.2026
BLAK ARENA - KODEX

Address

Aras 24, Kompleks Kementerian Komunikasi, Lot 4G9, Persiaran Perdana
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60389115356

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPAL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PUSPAL:

Shortcuts

Share