24/06/2026
Kuala Lumpur | 23 Jun 2026
Menteri Sumber Manusia, Ramanan Ramakrishnan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2026 Peringkat Semenanjung Malaysia yang berlangsung di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
Kesatuan Pemandu-Pemandu Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JHEKS atas kelulusan Geran PHEKS yang diberikan. Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkasakan program pembangunan kesatuan, meningkatkan kebajikan ahli serta memperkukuhkan peranan kesatuan dalam memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada ahli-ahli.”