Jabatan Wilayah Persekutuan

Jabatan Wilayah Persekutuan Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan.
(8)

04/08/2026

SIAPA YANG TEKA BETUL TU? ๐Ÿ‘€๐ŸŽ‰

Tahniah! Jawapannya memang tepat. ๐Ÿ˜‰โœจ

Dua tahun lepas, Pavilion Wilayah Persekutuan meriah dengan pelbagai aktiviti dan tarikan yang mencipta kenangan manis buat para pengunjung.

Tahun ini p**a, apa yang menanti anda? ๐Ÿ‘€

Jom datang dan alami sendiri pelbagai tarikan menarik di Pavilion Wilayah Persekutuan sempena MAHA 2026.

Jumpa kami di MAEPS Serdang. Jangan lupa singgah! ๐ŸŒพ๐Ÿ’™

SENJA PALING CANTIK? ๐ŸŒ…โœจBila dapat nikmati bersama.Kalau ke Labuan, jangan lupa luangkan masa menikmati matahari terbenam...
04/08/2026

SENJA PALING CANTIK? ๐ŸŒ…โœจ

Bila dapat nikmati bersama.

Kalau ke Labuan, jangan lupa luangkan masa menikmati matahari terbenam. Percayalah, satu gambar memang takkan pernah cukup. ๐Ÿ“ธ๐Ÿค

๐Ÿ“Pantai Layang-Layangan, Labuan

9 LAGI KAWASAN LAPANG DIWARTAKAN ๐ŸŒณ๐Ÿž๏ธJabatan Wilayah Persekutuan bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persek...
04/08/2026

9 LAGI KAWASAN LAPANG DIWARTAKAN ๐ŸŒณ๐Ÿž๏ธ

Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) telah mewartakan sembilan lagi kawasan lapang di Kuala Lumpur bagi memastikan kawasan hijau terus dipelihara untuk kepentingan awam.

Pewartaan ini merupakan langkah proaktif untuk melindungi kawasan lapang daripada pembangunan yang tidak terkawal, di samping memastikan masyarakat terus menikmati ruang rekreasi yang selamat, selesa dan berkualiti.

Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memelihara kawasan hijau, meningkatkan kualiti hidup warga kota serta mewujudkan bandar yang lebih lestari untuk generasi akan datang.

MEMANTAU. MENGESAN. BERTINDAK. ๐Ÿ“นDi sebalik rangkaian CCTV di Putrajaya, Putrajaya Command Centre (PCC) menyokong tindaka...
04/08/2026

MEMANTAU. MENGESAN. BERTINDAK. ๐Ÿ“น

Di sebalik rangkaian CCTV di Putrajaya, Putrajaya Command Centre (PCC) menyokong tindakan pantas bersama agensi berkaitan demi memastikan keselamatan Putrajaya sentiasa terpelihara.

INFO MERDEKA | Detik Pemasyhuran KemerdekaanTahukah anda? Pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra telah membacakan P...
04/08/2026

INFO MERDEKA | Detik Pemasyhuran Kemerdekaan

Tahukah anda? Pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra telah membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pembacaan pengisytiharan ini menjadi detik bersejarah yang menandakan lahirnya sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Laungan "Merdeka!" yang bergema sebanyak tujuh kali terus terpahat sebagai simbol semangat kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia.

๐Ÿ“š Sumber: Arkib Negara Malaysia

๐ŸŒณ 9 LAGI KAWASAN LAPANG DI KUALA LUMPUR KINI DIWARTAKAN DEMI MASA DEPAN YANG LESTARI!YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan ...
04/08/2026

๐ŸŒณ 9 LAGI KAWASAN LAPANG DI KUALA LUMPUR KINI DIWARTAKAN DEMI MASA DEPAN YANG LESTARI!

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dan YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, mengumumkan pewartaan sembilan (9) lagi kawasan lapang di Kuala Lumpur.

Pewartaan ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan kawasan lapang terus dipelihara sebagai ruang rekreasi, riadah dan kegunaan komuniti, di samping menyokong pembangunan bandar yang mampan serta seimbang.

Sehingga kini, sebanyak 552 lot kawasan lapang melibatkan keluasan keseluruhan 468.36 hektar telah diwartakan di Kuala Lumpur, sekali gus memperkukuh komitmen Kerajaan MADANI dalam memelihara ruang hijau demi kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan dan kelestarian alam sekitar.

Turut hadir, YBhg. Dato' Seri Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, serta pegawai-pegawai kanan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP).


BERSIH BERMULA DENGAN KITA ๐ŸซตBandar yang bersih bukan berlaku secara kebetulan. Ia bermula dengan sikap.Amalkan:โœ… Asingka...
04/08/2026

BERSIH BERMULA DENGAN KITA ๐Ÿซต

Bandar yang bersih bukan berlaku secara kebetulan. Ia bermula dengan sikap.

Amalkan:
โœ… Asingkan sampah.
โœ… Buang di tempat yang betul.
โœ… Hormati jadual kutipan.

Tindakan kecil setiap hari memberi impak besar kepada komuniti.

RAMAI YANG MASIH KELIRU! ๐Ÿ‘€Label "mesra alam" tidak semestinya bermaksud produk itu biodegradasi.Contohnya, beg plastik e...
04/08/2026

RAMAI YANG MASIH KELIRU! ๐Ÿ‘€

Label "mesra alam" tidak semestinya bermaksud produk itu biodegradasi.

Contohnya, beg plastik eco-friendly mungkin boleh dikitar semula, tetapi tidak semestinya boleh terurai secara semula jadi. ๐ŸŒฟ

04/08/2026

[Siaran Langsung]

Sidang Media : 9 lagi kawasan lapang berjaya diwartakan di Kuala Lumpur sebagai usaha berterusan melindungi ruang hijau untuk generasi akan datang.

๐Ÿ—๏ธ TINJAUAN TIGA PROJEK PEMBANGUNAN STRATEGIK DI WP PUTRAJAYAYBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Ja...
04/08/2026

๐Ÿ—๏ธ TINJAUAN TIGA PROJEK PEMBANGUNAN STRATEGIK DI WP PUTRAJAYA

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd. Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, telah mengadakan lawatan kerja ke tiga projek pembangunan strategik di Putrajaya bagi meninjau kemajuan semasa dan menyelaras gerak kerja agar setiap projek dapat disiapkan mengikut jadual yang dirancang.

Lawatan dimulakan dengan Projek Cadangan Pembangunan Quran Village dan Masjid di Presint 14 yang turut disertai oleh YBhg. Datoโ€™ Ahmad Suhaimi bin Endut, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri. Lawatan kemudiannya diteruskan ke Projek Pembinaan Kompleks Kejiranan Presint 18 serta Projek Pemuliharaan Jambatan Gantung Monorel yang bakal memberi nilai tambah kepada kemudahan komuniti dan memperkukuh tarikan pelancongan di Putrajaya.

Ketiga-tiga projek ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan dalam memperkasakan pembangunan Wilayah Persekutuan demi kesejahteraan rakyat serta mewujudkan persekitaran bandar yang moden, kondusif dan berdaya huni.

Turut hadir, YBhg. Datoโ€™ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan agensi-agensi berkaitan.

Address

Jabatan Wilayah Persekutuan, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Wilayah Persekutuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share