Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT Laman Facebook Rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (JPT, KPT)

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY OF NOTTINGHAM KE ATAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGIKetua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg...
03/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT UNIVERSITY OF NOTTINGHAM KE ATAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi University of Nottingham pada 20 Julai 2026 (Isnin).

Delegasi tersebut diketuai oleh Professor Jane Norman, Vice Chancellor, University of Nottingham (UK), dan turut disertai oleh:
* Professor David FitzPatrick – Provost and Chief Executive Officer, University of Nottingham Malaysia (UNM)
* Chris Hunt – Chief Operating Officer, University of Nottingham
* Patrick Joseph – Registrar, University of Nottingham Malaysia (UNM)
* Niall O’Loughlin – Director of Research & Innovation Strategy, University of Nottingham

Turut hadir mewakili Jabatan Pendidikan Tinggi ialah Encik Husaini Amir Azizan, Pengarah Bahagian Standard Swasta, dan YBrs. Dr. Ida Saliny Hassan, Pengarah Bahagian Governan IPTS.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Pendidikan Tinggi dengan University of Nottingham, di samping membincangkan peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan, inovasi serta pembangunan modal insan bagi memperkasa kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Semoga hubungan erat yang terjalin ini terus memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi Malaysia ke arah melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global.

University of Nottingham Malaysia



Universiti Malaya Medical Centre
03/08/2026

Universiti Malaya Medical Centre







PPUM PELOPORI TEKNOLOGI ADC, PERKUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERTARAF GLOBAL 🏥💊

🏥 Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) terus menerajui inovasi apabila menjadi hospital pengajar universiti awam pertama di Malaysia melaksanakan penggunaan teknologi Automated Medication Dispensing Cabinet (ADC).

⚙️ Teknologi ini mempercepat proses penyediaan ubat, meningkatkan kecekapan operasi serta menyokong penjagaan pesakit yang lebih selamat, cekap dan berkualiti.

🌍 Komitmen berterusan ini mencerminkan usaha PPUM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf global demi kesejahteraan masyarakat.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim
Universiti Malaya
Universiti Malaya Medical Centre




03/08/2026





FOOD BANK SISWA: SOKONGAN KEPERLUAN ASAS UNTUK MAHASISWA

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited dalam memperkasa agenda kebajikan mahasiswa melalui pelaksanaan inisiatif Food Bank Siswa, yang menyalurkan barangan keperluan asas termasuk makanan kering dan makanan sedia dimakan kepada pelajar yang memerlukan.

Dilaksanakan menerusi konsep rak atau gerobok rezeki terbuka, inisiatif ini menyasarkan sehingga 100,000 pelajar, khususnya daripada kumpulan B40, bagi memastikan tiada mahasiswa tercicir daripada mendapat akses kepada keperluan asas.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim




03/08/2026





MENU KASIH SISWA RINGANKAN BEBAN, JAMIN KEBAJIKAN MAHASISWA

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkasa kebajikan mahasiswa melalui inisiatif Menu Kasih Siswa, yang menyediakan pilihan makanan ruji berkhasiat pada harga siling, RM5.00 setiap hidangan.

Inisiatif ini mensasarkan sehingga 1,000 hidangan sehari di setiap Universiti Awam, sekali gus membantu meringankan kos sara hidup pelajar serta memastikan akses kepada makanan yang seimbang dan berpatutan.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan mahasiswa sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi membina ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif dan prihatin.

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
Aminuddin Hassim




02/08/2026





RAJA PERMAISURI AGONG PERKENAN TERIMA ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN PSIKOLOGI UNIVERSITY OF READING
02/08/2026

RAJA PERMAISURI AGONG PERKENAN TERIMA ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT KEDOKTORAN PSIKOLOGI UNIVERSITY OF READING






KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN ATAS UCAPAN SELAMAT HARI LAHIRSeluruh warga Jabatan Pendi...
02/08/2026

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN ATAS UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR

Seluruh warga Jabatan Pendidikan Tinggi mengucapkan Selamat Hari Lahir buat YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi sempena ulang tahun kelahiran beliau yang disambut pada 31 Julai lalu.

YBhg. Datuk Azlinda juga merakamkan ucapan terima kasih atas doa, ucapan serta ingatan yang telah dizahirkan sempena hari istimewa buat dirinya.

Semoga YBhg. Datuk Azlinda sentiasa dalam rahmat-Nya dan terus dipermudahkan segala urusan memimpin kami di JPT ya! 🤲🏼🙏🏽💐




02/08/2026

BINGKISAN FOTO DALAM VIDEO PENDEK SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

Seluruh Warga Jabatan Pendidikan Tinggi merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat figura yang kami kasihi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi pada 31 Julai lalu.

Kami doakan semoga YBhg. Datuk KPPT dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan insya-Allah.

Selamat Hari Lahir, YBhg. Datuk Azlinda!

Salam sayang dari kami,
Warga JPT


Sedikit perkongsian foto sekitar Majlis Pemasyhuran UNIQSAAS pada 30 Julai 2026.Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah A...
02/08/2026

Sedikit perkongsian foto sekitar Majlis Pemasyhuran UNIQSAAS pada 30 Julai 2026.

Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas





02/08/2026

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI DI MAJLIS PEMASYHURAN UNIVERSITI AL-QURAN AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH (UNIQSAAS)

Alhamdulillah, dengan limpah perkenan Allah SWT, Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 30 Julai 2026.

Majlis bersejarah ini disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang turut berkenan menyampaikan Titah Diraja, memasyhurkan UNIQSAAS serta menyempurnakan Istiadat Pelantikan KDYTM Tengku Mahkota Pahang sebagai Canselor dan YAB Menteri Besar Pahang serta KDYTM Tengku Panglima Raja sebagai Pro-Canselor universiti.

Detik bersejarah ini bukan sekadar pemasyhuran sebuah nama, bahkan menjadi simbol iltizam untuk terus memartabatkan pendidikan tinggi berteraskan al-Quran, melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa serta negara.

Terima kasih kepada seluruh warga UNIQSAAS, agensi kerajaan, rakan strategik, sukarelawan dan semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan majlis bersejarah ini.

Saksikan sorotan rasmi Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).

“Membina Ummah Berilmu.”

Universiti Al Quran Al Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang - Uniqsaas





Address

Kementerian Pendidikan Tinggi, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Wilayah Persekutuan
Putrajaya
62200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388706000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share