DOSH Petroleum Safety Division

DOSH Petroleum Safety Division The official page of Petroleum Safety Division (PSD), Department of Occupational Safety and Health (DOSH)

03/07/2026

[SESI LIBAT URUS DAN TAKLIMAT ANTARA PETRONAS CARIGALI SDN. BHD. DAN PSD BAGI PROJEK BELUT SOUTH GREENFIELD DEVELOPMENT]
30 Jun 2026 | Ibu Pejabat JKKP

Satu sesi libat urus dan taklimat telah diadakan antara Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD) bagi membincangkan pelaksanaan Projek Belut South Greenfield Development.

Sesi ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan latar belakang, status semasa serta jadual pelaksanaan projek. Di samping itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak PSD berhubung permohonan Permit To Install (PTI), Permit To Operate (PTO) serta Kelulusan Verifikasi Peralatan Petroleum yang diperlukan bagi pelaksanaan projek tersebut.

Dalam sesi ini, PSD turut menegaskan kepentingan pematuhan terhadap semua keperluan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pihak Petronas Carigali Sdn. Bhd. bersama kontraktor yang terlibat disaran untuk memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan integriti peralatan sentiasa diberi keutamaan sepanjang pelaksanaan projek bagi menjamin operasi yang selamat, cekap dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Sesi libat urus seperti ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak industri bagi memastikan pembangunan sektor petroleum dilaksanakan dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

28/06/2026

[MESYUARAT SEKSYEN RISIKO KHAS (SRK) BERSAMA PSD BIL. 2/2026]

📍 Putrajaya | 24 Jun 2026

Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengadakan Mesyuarat SRK Bersama PSD Bil. 2/2026 pada 24 Jun 2026 di Ibu Pejabat JKKP, Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Hj. Noorazman bin Soud, Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum, dan dihadiri oleh pegawai-pegawai PSD serta wakil SRK Negeri.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala sebanyak tiga (3) kali setahun ini bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan kerja, perancangan serta pelaksanaan aktiviti berkaitan SRK agar dapat dilaksanakan secara lebih sistematik, terancang dan berkesan.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perancangan program latihan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pegawai SRK Negeri, sekali gus memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa serta melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan profesional.

Turut dibincangkan ialah perancangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan pembentangan laporan pencapaian semasa setiap JKKP Negeri bagi menilai prestasi, mengenal pasti kekuatan serta aspek yang memerlukan penambahbaikan ke arah peningkatan penyampaian perkhidmatan.

Di samping itu, mesyuarat ini menjadi platform untuk mengemukakan cadangan aktiviti baharu yang mampu memberikan nilai tambah kepada pelaksanaan fungsi SRK, sejajar dengan usaha memperkukuh keberkesanan organisasi dan memperkasakan budaya kerja yang cemerlang.

26/06/2026

[KUNJUNGAN SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD BERKAITAN PEMATUHAN PERATURAN CIMAH]

Pada 25 Jun 2026, satu sesi perbincangan strategik dan perkongsian ilmu telah diadakan antara Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD) bersama Syarikat Air Melaka Berhad berhubung pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian (CIMAH).

Sesi yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum, Ts. Dr. Rasyimawati Mat Rashid ini memberi fokus kepada penerangan mengenai keperluan pematuhan Peraturan CIMAH, perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan keselamatan proses bagi mencegah kemalangan besar di tempat kerja.

Perbincangan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan meningkatkan kefahaman terhadap keperluan perundangan dalam memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan terus diperkasa.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh budaya kerja selamat serta menyokong pembangunan industri yang lebih mampan dan berdaya tahan.

23/06/2026

[LAWATAN MUHIBAH PETRA ENERGY SDN. BHD. KE BAHAGIAN KESELAMATAN PETROLEUM]

Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Petra Energy Sdn. Bhd. dalam satu lawatan muhibah yang bertujuan mengukuhkan hubungan pihak industri dengan JKKP ke arah memperkasakan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam industri petroleum.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah komitmen berterusan Petra Energy terhadap pembudayaan keselamatan, kesihatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE) selaras dengan aspirasi Goal Zero (Sifar Insiden).

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pematuhan terhadap keperluan perundangan dan standard keselamatan terkini, pengurusan risiko serta pelaksanaan garis panduan operasi bagi projek di daratan (onshore) dan luar pesisir (offshore). Selain itu, kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan mengenai amalan terbaik dan inovasi dalam sistem pengurusan keselamatan bagi memperkukuh tahap keselamatan operasi industri petroleum.

Lawatan ini berjaya memperkukuh persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memastikan setiap fasa operasi industri petroleum dilaksanakan mengikut kehendak perundangan serta piawaian keselamatan yang berkuat kuasa. Kerjasama erat antara pihak industri dan JKKP amat penting dalam memperkukuh pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan, sekali gus melindungi pekerja, aset dan alam sekitar serta menyokong kelestarian sektor tenaga negara.

🌟 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU 🌟Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ...
16/06/2026

🌟 SELAMAT MAJU JAYA DI TEMPAT BAHARU 🌟

Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang berpindah untuk meneruskan khidmat di penempatan baharu.

Sepanjang berkhidmat bersama PSD, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang dicurahkan telah banyak membantu dalam memperkukuhkan kecemerlangan organisasi serta memacu pencapaian bahagian ke tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih atas segala jasa, bakti dan kenangan yang telah ditinggalkan sepanjang bersama PSD. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan mencapai lebih banyak kejayaan di tempat baharu.

✨ Jasa dikenang, budi disanjung. Semoga terus melakar kecemerlangan di mana jua berada. ✨






[SESI LIBAT URUS PSD BERSAMA PETRONAS CARIGALI SDN. BHD. (PCSB)]15 Jun 2026 | Bilik Mesyuarat Utama PSD, JKKP PutrajayaB...
16/06/2026

[SESI LIBAT URUS PSD BERSAMA PETRONAS CARIGALI SDN. BHD. (PCSB)]

15 Jun 2026 | Bilik Mesyuarat Utama PSD, JKKP Putrajaya

Bahagian Keselamatan Petroleum (PSD), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengadakan sesi libat urus bersama PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) pada 15 Jun 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PSD, JKKP Putrajaya.

Platform libat urus seperti ini memainkan peranan penting dalam memastikan amalan pengurusan keselamatan proses dan operasi petroleum sentiasa dipertingkatkan, sejajar dengan komitmen bersama ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan mampan.






14/06/2026

[TAKLIMAT PENGENALAN EKSA]

Pada 12 Jun 2026, telah berlangsung Taklimat Pengenalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang disertai oleh warga PSD. Program ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai konsep, pelaksanaan serta kepentingan EKSA dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, kemas, selamat dan berkualiti.

Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Izzatul Azima binti Abd Yamin daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sepanjang sesi, warga PSD telah didedahkan dengan prinsip-prinsip EKSA, amalan terbaik serta peranan setiap individu dalam memastikan pelaksanaan EKSA dapat dilaksanakan secara berkesan di tempat kerja.

Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kepada warga PSD untuk terus membudayakan amalan EKSA demi meningkatkan kualiti persekitaran kerja, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

“Persekitaran yang kondusif, budaya kerja yang berkualiti, organisasi yang cemerlang.”

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan memperkukuhkan semangat pengor...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan memperkukuhkan semangat pengorbanan, keikhlasan serta kebersamaan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Dalam kegembiraan meraikan hari mulia ini, marilah kita terus mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan bersama.

“Pengorbanan yang ikhlas, pemangkin kekuatan dan kecemerlangan bersama.”

🕌 Selamat Hari Raya Aidiladha
🕋 Maaf Zahir dan Batin



Ikhlas:
Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja Bahagian Keselamatan Petroleum, JKKP

Address

Aras 3, Setia Perkasa 4, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya
62530

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSH Petroleum Safety Division posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share