Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis - IPCC

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis - IPCC Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)

SESI LIBAT URUS IPCC BERSAMA PENJARA BENTONGPAHANG, 6 Ogos 2026 - Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah meng...
07/08/2026

SESI LIBAT URUS IPCC BERSAMA PENJARA BENTONG

PAHANG, 6 Ogos 2026 - Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Libat Urus dan lawatan kerja ke Penjara Bentong bagi meninjau pelaksanaan prosedur pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan pendedahan mengenai amalan yang dilaksanakan di institusi berkenaan.

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah bersama YBhg. Dato’ Othman bin Yusof, YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim dan Tuan Haji Ruslan bin Atan, Anggota Suruhanjaya. Turut hadir ialah Puan Siti Jalilah binti Abd. Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai IPCC. Delegasi telah disambut oleh TKP Ahmad Rizal bin Ghazali, Pengarah Penjara Bentong bersama PKK Azuwan Hafiz bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong serta pegawai-pegawai Penjara Bentong.

Sepanjang program, delegasi telah diberikan taklimat serta dibawa meninjau pelaksanaan beberapa prosedur dan program di Penjara Bentong. Lawatan ini bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai pelaksanaan prosedur pemeriksaan kesihatan, di samping menggalakkan perkongsian maklumat dan amalan terbaik antara IPCC dan Jabatan Penjara Malaysia.





Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok:

© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

MESYUARAT SURUHANJAYA BILANGAN 15 TAHUN 2026PUTRAJAYA, 5 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah m...
05/08/2026

MESYUARAT SURUHANJAYA BILANGAN 15 TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 5 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 15 Tahun 2026 bagi membincangkan perkara-perkara dasar serta pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, dan dihadiri oleh Anggota-anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah-pengarah Bahagian serta Penolong Pengarah Kanan IPCC.

Mesyuarat turut meneliti perkembangan pelaksanaan agenda serta memastikan peranan Suruhanjaya terus dilaksanakan secara teratur, berfokus dan berkesan.






Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

MESYUARAT SURUHANJAYA BILANGAN 13 TAHUN 2026PUTRAJAYA, 5 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah m...
05/08/2026

MESYUARAT SURUHANJAYA BILANGAN 13 TAHUN 2026
PUTRAJAYA, 5 Ogos 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bilangan 15 Tahun 2026 bagi membincangkan perkara-perkara dasar serta pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab Suruhanjaya.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC, dan dihadiri oleh Anggota-anggota Suruhanjaya, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah-pengarah Bahagian serta Penolong Pengarah Kanan IPCC.
Mesyuarat turut meneliti perkembangan pelaksanaan agenda serta memastikan peranan Suruhanjaya terus dilaksanakan secara teratur, berfokus dan berkesan.







Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok:
©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

SESI TEMU BUAL BERSAMA PENGERUSI IPCC DI PAHANG FMPAHANG, 30 Julai 2026 – YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Su...
30/07/2026

SESI TEMU BUAL BERSAMA PENGERUSI IPCC DI PAHANG FM

PAHANG, 30 Julai 2026 – YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis telah tampil dalam sesi temu bual di Pahang FM, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Pahang yang membicarakan topik “Mengenali IPCC: Peranan dan Fungsi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis”.

Sesi tersebut menjadi platform penting dalam menyampaikan maklumat berkaitan peranan dan fungsi IPCC kepada masyarakat, di samping meningkatkan kefahaman awam terhadap usaha memperkukuh integriti serta akauntabiliti dalam pasukan polis.

IPCC merakamkan penghargaan kepada pihak Pahang FM, RTM Pahang atas ruang siaran yang diberikan dalam memperluas hebahan serta meningkatkan kefahaman awam terhadap peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya ini.







Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

MESYUARAT BERKAITAN KES-KES DI BAWAH 26 AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022 [AKTA 839] BILANGAN 2 TAHUN 2026P...
30/07/2026

MESYUARAT BERKAITAN KES-KES DI BAWAH 26 AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022 [AKTA 839] BILANGAN 2 TAHUN 2026

PAHANG, 29 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Mesyuarat Berkaitan Kes-Kes di Bawah Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] Bilangan 2 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi IPCC.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Anggota-Anggota Suruhanjaya, pegawai-pegawai IPCC serta wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Perbincangan memberi tumpuan kepada perkembangan kes-kes di bawah Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] yang melibatkan jenayah seksual, kecederaan parah serta kematian dalam tahanan atau jagaan polis. Mesyuarat ini turut menjadi platform penyelarasan antara agensi bagi membincangkan isu-isu berbangkit, mengenal pasti langkah penambahbaikan serta memperkukuh mekanisme pengurusan kes agar dilaksanakan secara lebih cekap, teratur dan berkesan.

Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan IPCC dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan pengendalian kes di bawah Akta 839 dilaksanakan secara profesional, telus dan berintegriti.







Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC KE BALAI POLIS MENGKARAK DAN BALAI POLIS MENGKUANGPAHANG, 28 Julai 2026 – Suruhan...
30/07/2026

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC KE BALAI POLIS MENGKARAK DAN BALAI POLIS MENGKUANG

PAHANG, 28 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan lawatan ke Balai Polis Mengkarak dan Balai Polis Mengkuang sempena Sesi Regular Engagement Programme (REP) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bagi meninjau pelaksanaan tugas dan operasi di peringkat balai.

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah, YBhg. Dato’ Othman bin Yusof, YBhg. Dato’ Kennedy Jawan dan YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota-Anggota Suruhanjaya, serta pegawai-pegawai IPCC. Delegasi IPCC diiringi oleh Supt. Zulkiflee bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera, bersama DSP Kumaran a/l Nyanasagaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bera, semasa lawatan ke Balai Polis Mengkarak dan Balai Polis Mengkuang.

Program ini menjadi platform kepada IPCC untuk memahami realiti operasi, pelaksanaan tugas dan cabaran yang dihadapi di peringkat balai. Pendekatan ini turut memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai aspek kesejahteraan dan kebajikan warga PDRM sebagai antara elemen penting dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti.







Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC DI IPD BERAPAHANG, 28 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) te...
30/07/2026

SESI REGULAR ENGAGEMENT PROGRAMME IPCC DI IPD BERA

PAHANG, 28 Julai 2026 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah mengadakan Sesi Regular Engagement Programme (REP) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara IPCC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Delegasi IPCC diketuai oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya, bersama YBhg. Dato’ Shukri bin Abdullah, YBhg. Dato’ Othman bin Yusof, YBhg. Dato’ Kennedy Jawan dan YBhg. Dato’ Haji Alias bin Salim, Anggota-Anggota Suruhanjaya, serta pegawai-pegawai IPCC. Ketibaan delegasi telah disambut oleh Supt. Zulkiflee bin Nazir, Ketua Polis Daerah Bera, bersama DSP Kumaran a/l Nyanasagaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bera serta anggota-anggota IPD Bera.

Program ini menjadi platform kepada IPCC untuk memahami realiti operasi, pelaksanaan tugas dan cabaran yang dihadapi di IPD Bera serta Balai Polis Triang. Pendekatan ini turut memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai aspek kesejahteraan dan kebajikan warga PDRM sebagai antara elemen penting dalam menyokong penyampaian perkhidmatan kepolisan yang profesional, telus dan berintegriti.







Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

TEMU BUAL BERSAMA PAHANG FMDengarkan temu bual di Pahang FM bersama tetamu istimewa, YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, P...
29/07/2026

TEMU BUAL BERSAMA PAHANG FM

Dengarkan temu bual di Pahang FM bersama tetamu istimewa, YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang akan membicarakan topik:

Mengenali IPCC: Peranan dan Fungsi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

🗓️ 30 Julai 2026 (Khamis)
⏰ 2.30 petang

Siaran temu bual ini boleh didengarkan secara langsung menerusi Pahang FM.







Ikuti Media Sosial IPCC📲:
📍FB/Youtube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍IG/Twitter/Tiktok: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis

© 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

MANTAPKAN INTEGRITI PDRM BERSAMA IPCCSekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan salah laku anggota pasukan polis, salur...
28/07/2026

MANTAPKAN INTEGRITI PDRM BERSAMA IPCC

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan salah laku anggota pasukan polis, salurkan aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) atau saluran rasmi IPCC yang disediakan.

Aduan anda menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh integriti dan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap PDRM.







Ikuti Media Sosial IPCC 📲
📍 Facebook / YouTube: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
📍 Instagram / X / TikTok:

©️ 2026 Unit Komunikasi Korporat | SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS

Address

Aras 7, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa
Putrajaya
62546

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis - IPCC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share