06/09/2026
Selesai majlis penutupan MAHA 2026 di Serdang tengah hari tadi, petang ini p**a saya bersama Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan mencipta momen berbeza di Kejohanan Bowling JALSOA 2026 di Ampang Superbowl, Bangi Gateway. π³
Menariknya, tema kejohanan kali ini ialah Adiwira (Superhero). Namun, di sebalik kostum dan gelagat adiwira, yang lebih penting ialah semangat setiakawan, kekitaan dan kerja berpasukan yang kita bawa bersama.
Sesekali kita perlu berehat daripada kesibukan dan rutin kerja. Turun ke gelanggang, bergelak bersama, berentap secara sihat dan mengeratkan silaturahim. Kerana kekuatan sesebuah pasukan bukan hanya terletak pada kebolehan individu, tetapi pada semangat untuk bergerak bersama.
Tahniah kepada pasukan yang mencatat kemenangan hari ini:
π₯ Johan β AGC Sarawak Boling Team
π₯ Naib Johan β Teenage Mutant Ninja
π₯ Tempat Ketiga β Keep Rolling
Tahniah kepada semua peserta. Hari ini kita berlawan di lorong boling, esok kita kembali bersama sebagai satu pasukan. π³πͺπ»