AKRAB IPKKM

AKRAB IPKKM Rakan Pembimbing Sektor Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia

Berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi

Membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat kerja berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

9 Mac 2026 | IsninAKRAB IPKKM dengan anjuran bersama Puspanita Cawangan KKM telah mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk...
09/03/2026

9 Mac 2026 | Isnin

AKRAB IPKKM dengan anjuran bersama Puspanita Cawangan KKM telah mengadakan Program Agihan Bubur Lambuk/Tradisional Sempena Majlis Sambutan Ihya Ramadan 2025/1446H yang bertempat di Perkarangan Lobi 1, Aras 3, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.

Program ini merupakan aktiviti tahunan AKRAB bila tibanya bulan Ramadan dan acara memasak Bubur Pulut Hitam & Bubur Kacang Hijau dijalankan secara gotong-royong oleh ahli-ahli AKRAB dan Puspanita yang diketuai oleh Encik YM Engku Mohd Nazri dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Pengagihan bubur telah disempurnakan oleh YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan. Turut hadir bersama Datin Seri Roslina binti Mior, Timbalan Puspanita KKM, Datuk Dr Noor Fariza binti Ngah serta Puan Rosnina binti Yaacob, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan.

Sebanyak 3000 bekas bubur lambuk/tradisional telah diagihkan kepada warga IPKKM yang hadir.

Semoga bulan Ramadan ini membawa seribu keberkatan, rahmat dan kegembiraan kepada kita semua.
19/02/2026

Semoga bulan Ramadan ini membawa seribu keberkatan, rahmat dan kegembiraan kepada kita semua.

JASAMU DIKENANG DAN SELAMAT BERSARA Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada Puan Salmiah binti Ahmad, Pem...
25/11/2025

JASAMU DIKENANG DAN SELAMAT BERSARA

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada Puan Salmiah binti Ahmad, Pembantu Akauntan W26 di Bahagian Kejururawatan yang telah bersara wajib pada 4 Mac 2025 dan Puan Salimah binti Sikah, Pegawai Khidmat Pelanggan N22 di Unit Komunikasi Korporat yang telah bersara wajib pada 15 Julai 2025 diatas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjadi ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KKM.

Semoga Puan Salmiah dan Puan Salimah diberikan kesihatan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

𝑷𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒔𝒆𝒓𝒐𝒋𝒂 𝒑𝒐𝒉𝒐𝒏 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒔𝒊𝒉,
𝑻𝒖𝒎𝒃𝒖𝒉 𝒎𝒆𝒓𝒊𝒎𝒃𝒖𝒏 𝒅𝒊 𝒑𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊𝒓 𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏,
𝑲𝒂𝒍𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒅𝒊 𝒋𝒖𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉,
𝑴𝒆𝒏𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒑𝒂𝒏𝒋𝒂𝒏𝒈 𝒛𝒂𝒎𝒂𝒏.

𝑯𝒊𝒍𝒂𝒏𝒈𝒎𝒖 𝒌𝒊𝒏𝒊 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒈𝒂𝒏𝒕𝒊,
𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂𝒍 𝒌𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊,
𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒋𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒊 𝒃𝒆𝒓𝒊,
𝑨𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒎𝒊 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕 𝒅𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊.

Ikhlas daripada:
AKRAB Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia

Majlis Pentauliahan AKRAB & Majlis Penutupan Pementoran Tahun 2025 telah diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) di Dewan...
31/10/2025

Majlis Pentauliahan AKRAB & Majlis Penutupan Pementoran Tahun 2025 telah diadakan pada 24 Oktober 2025 (Jumaat) di Dewan Serbaguna, Blok E7, Putrajaya yang dirasmikan oleh Pn Rosnina binti Yaacob, SUB Khidmat Pengurusan KKM.

Selain itu, satu sesi penyerahan sijil kepada penerima Anugerah Pembimbing AKRAB Cemerlang 2025 dan Anugerah AKRAB Aktif 2025 atas komitmen yang tinggi, dedikasi berterusan serta penglibatan aktif dalam melaksanakan bimbingan AKRAB kepada warga kerja sepanjang tahun 2025

Semoga AKRAB IPKKM terus maju dan cemerlang di masa akan datang.

11 Mac 2025 | SelasaAKRAB IPKKM dengan anjuran bersama Unit Psikologi Kaunseling telah mengadakan Program Kasih Ramadan ...
12/03/2025

11 Mac 2025 | Selasa

AKRAB IPKKM dengan anjuran bersama Unit Psikologi Kaunseling telah mengadakan Program Kasih Ramadan 2025/1446H sempena menyambut bulan Ramadan Al Mubarak yang bertempat di Perkarangan Lobi Blok E1, Kompleks E, Putrajaya.

Program ini merupakan aktiviti tahunan AKRAB bila tibanya bulan Ramadan dan dijalankan secara gotong-royong oleh ahli-ahli AKRAB yang diketuai oleh Encik YM Engku Mohd Nazri dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim.

Sebanyak 1500 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada warga IPKKM yang hadir. Pengagihan bubur tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Norli binti Karim, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan.

7 Mac 2025 | JumaatRakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) IPKKM telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat di Pejabat Ti...
08/03/2025

7 Mac 2025 | Jumaat

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) IPKKM telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Sesi kunjungan hormat ini disambut mesra oleh YBhg. Dato' Zahrul Hakim bin Abdullah dan turut dihadiri oleh Pn. Zainab binti Hj. Tambol selaku Penasihat AKRAB IPKKM, Pn. Hazmarizal binti Che Abdul Hamid serta barisan EXCO AKRAB Sesi 2025/2026.

Kunjungan hormat ini merupakan platform untuk AKRAB IPKKM memperkenalkan barisan EXCO baharu dan peranan serta fungsi ahli AKRAB dalam perkhidmatan awam. Selain itu, sesi penyerahan sijil pelantikan juga telah disampaikan oleh YBhg. Dato' TKUS(P) kepada barisan EXCO Sesi 2025/2026.

10 Oktober 2024 | KhamisAKRAB IPKKM telah menyertai sebagai pempamer di Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Pe...
11/10/2024

10 Oktober 2024 | Khamis

AKRAB IPKKM telah menyertai sebagai pempamer di Majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 yang diadakan di Dewan Serbaguna KKM, Aras 8, Blok E7, Kompleks E, Putrajaya.

Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad sempat menyinggah sebentar di booth AKRAB diiringi oleh Dr. Nurashikin Ibrahim selaku Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan juga Ahli AKRAB.

Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan untuk peserta yang hadir ke majlis ini.

AKRAB IPKKM akan menganjurkan Program Membina Jiwa Merdeka Bersama AKRAB sempena menyambut bulan kebangsaan Tahun 2023.P...
20/07/2023

AKRAB IPKKM akan menganjurkan Program Membina Jiwa Merdeka Bersama AKRAB sempena menyambut bulan kebangsaan Tahun 2023.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti bicara motivasi, pentas ekspresi diri, booth pameran dan jualan. Jangan lepaskan peluang ini dan jom sertai kami! 🤩

Tahniah kepada pemenang Kuiz Teka Silang Kata sempena Hari AKRAB 2023 🤩
20/07/2023

Tahniah kepada pemenang Kuiz Teka Silang Kata
sempena Hari AKRAB 2023 🤩

Salam dihulur tanda ingatanMoga ukhwah sentiasa berkekalanSelamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkanBuat keluarga dan ju...
21/04/2023

Salam dihulur tanda ingatan
Moga ukhwah sentiasa berkekalan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan
Buat keluarga dan juga kenalan

SALAM AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

28 Mac 2023 | SelasaAKRAB IPKKM telah mengadakan Program Bubur Lambuk sempena menyambut bulan Ramadan Al Mubarak 1444H y...
28/03/2023

28 Mac 2023 | Selasa

AKRAB IPKKM telah mengadakan Program Bubur Lambuk sempena menyambut bulan Ramadan Al Mubarak 1444H yang bertempat di Perkarangan Lobi Blok E1, Kompleks E, Putrajaya.

Program ini merupakan aktiviti tahunan AKRAB apabila tibanya bulan Ramadan dan dijalankan secara gotong-royong oleh ahli-ahli AKRAB yang diketuai oleh Encik YM Engku Mohd Nazri.

1000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada warga IPKKM yang hadir.

28/03/2023

Address

Blok E7, Kompleks Kerajaaan Presint 1
Putrajaya
62590

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 15:00

Telephone

+60123420219

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKRAB IPKKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AKRAB IPKKM:

Share