28/03/2026
28 Mac 2026 - Datuk Arthur Sen, Ketua Bahagian PBS DUN N.38 Paginatan merangkap Naib Presiden PBS, telah berkesempatan mewakili YB DSP Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah serta ADUN N.36 Kundasang, bagi menghadiri Program Pelancaran Jejak Kanser 2026 yang berlangsung di Dewan Masyarakat Ranau.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang amat bermakna ini. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi manfaat besar kepada masyarakat, malah berperanan penting dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta kepentingan pengesanan awal penyakit.
Semoga usaha murni sebegini akan terus diperkasa dan diperluaskan demi menjamin kesejahteraan serta kualiti hidup rakyat secara berterusan.