13/03/2026
PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK BERSAMA PUSAT KHIDMAT PARLIMEN P179 RANAU, RELA DAERAH RANAU DAN KELAB HARAPAN RANAU SABAH
Tarikh: 9 Mac 2026
Tempat: Dewan Kg. Sinarut Baru, Ranau
Program Memasak Bubur Lambuk dan Pengagihan Bubur Lambuk ini telah dilaksanakan hasil kerjasama antara Pusat Khidmat Parlimen P179 Ranau, RELA Daerah Ranau serta Kelab Harapan Ranau Sabah sebagai salah satu inisiatif kemasyarakatan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi, pertubuhan dan masyarakat setempat.
Melalui aktiviti gotong-royong memasak, program ini berjaya menyemarakkan semangat kerjasama yang menjayakan program ini. Bubur lambuk yang disediakan ini kemudiannya diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Kedai Kien Hong Ranau serta Petugas Tetap RELA dan Staf JPN RANAU, JPJ RANAU dan Imigresen Daerah Ranau bagi memberi peluang kepada masyarakat Ranau untuk bersama-sama merasai kemeriahan serta keberkatan program ini.
Program ini turut dihadiri oleh Warga RELA Daerah Ranau, Pejabat Parlimen P179 Ranau serta ahli Kelab Harapan Ranau Sabah yang bersama-sama berganding bahu menjayakan program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
RELA Ranau, Setia Berbakti !