PAS Kawasan RANAU

PAS Kawasan RANAU PAS Kawasan Ranau merupakan kawasan terbaru yang telah diluluskan oleh PAS Pusat pada 14 Oktober 2017 dan merupakan kawasan yang ke-196 daripada 222.

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Dr. Aliakbar atas kejayaan dalam Pilihanraya Umum Dewan Undangan Neg...
30/11/2025

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada YB Datuk Dr. Aliakbar atas kejayaan dalam Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 di Dun Karambunai.

Kejayaan ini sangat bermakna buat PAS Sabah yang merupakan "Anak Sulung" dalam sejarah penubuhannya sejak 40 tahun keberadaannya di Sabah.

Sesungguhnya setiap kejayaan bermula dengan suatu langkah perjuangan dan pengorbanan yang tidak pernah mengenal erti putus asa serta penat lelah.

Semoga YB Datuk Aliakbar Gulasan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah untuk menggalas tanggungjawab dan amanah kepada rakyat khususnya di Karambunai.

Siiru Ala Barakatillah.

Ikhlas daripada,

PAS Kawasan Ranau

TAHNIAH DR. MOHD AFIFI SHAIFFUDDIN, ADK.PAS Kawasan Ranau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Dr. Mohd Afifi ...
06/10/2024

TAHNIAH DR. MOHD AFIFI SHAIFFUDDIN, ADK.

PAS Kawasan Ranau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Dr. Mohd Afifi Shaiffuddin Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah atas pengurniaan darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK).
Pengurniaan tersebut telah diperkenan oleh
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71.
Semoga Dr. Mohd Afifi terus teguh dan dipermudahkan segala urusan dalam berbakti kepada agama, rakyat dan tanahair.

Sekalung TahniahYB Dr Datuk Aliakbar Gulasan   Dr. Aliakbar Gulasan PAS Kawasan Ranau merakamkan setinggi-tinggi ucapan ...
06/10/2024

Sekalung Tahniah

YB Dr Datuk Aliakbar Gulasan Dr. Aliakbar Gulasan

PAS Kawasan Ranau merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat YB Datuk Dr. Aliakbar Gulasan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah atas pengurniaan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan tersebut telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71, hari ini.

Semoga YB Datuk Dr. terus berada dalam rahmat dan redha Allah serta sentiasa teguh dalam taufiq dan hidayah oleh Allah.

Moga dipermudahkan segala urusan dalam berbakti kepada agama, rakyat dan tanahair.

Ikhlas Daripada,
PAS Kawasan Ranau.

Tahniah Sahibus Samahah Ustaz Datuk Hj Bungsu @ Aziz Hj Jaafar..
04/04/2024

Tahniah Sahibus Samahah Ustaz Datuk Hj Bungsu @ Aziz Hj Jaafar..

Bagus cadangan ni.. untuk masa hadapan.. lagi2 Sabah ni berada di sebelah Kalimantan yang bakal jadi Ibu Negara Indonesi...
01/04/2024

Bagus cadangan ni.. untuk masa hadapan.. lagi2 Sabah ni berada di sebelah Kalimantan yang bakal jadi Ibu Negara Indonesia..
Cumanya, fasiliti asas contohnya projek PAN BORNEO kena bagi siap cepat.. baru buat projek yang lain..
Jalan.. letrik.. Air.. Rumah.. pendidikan.. Agama.. Semua keperluan2 asas ni perlu diberi keutamaan dengan lebih serius jika kita ingin melihat sabah lebih maju dan lebih Jaya.. bukan sekadar slogannya semata-mata..
Projek2 yang dirancang perlu diselia dan dipantau dengan lebih baik agar ketirisan tidak berlaku.. jangan disebabkan terlalu banyak orang tengah sehingga menyebabkan kontraktor kecil dapat peruntukan terlalu sedikit.. lalu kerja yang dibuat pun sekadar nilai sedikit yang dia dapat..
Apapun.. semoga Sabah akan lebih maju selepas2 ini.. dan semoga semua pemimpin negeri ini diberi kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan tugas sebagai wakil kepada rakyat yang berada di bawah.. insyaAllah ameen..

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyifatkan cadangan Projek Keretapi Trans Borneo yang menghubungkan Sabah dengan Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia sebagai pemangkin pertumbuhan di Borneo jika menjadi kenyataan.

Beramah mesra dengan Sahabat-sahabat di Masjid Kg Muhibbah Petagas selepas Majlis Nuzul Quran 2 hari lepas..Masjid(Surau...
28/03/2024

Beramah mesra dengan Sahabat-sahabat di Masjid Kg Muhibbah Petagas selepas Majlis Nuzul Quran 2 hari lepas..
Masjid(Surau) Kg Muhibbah kini akan dibina semula di tapak parking berhadapan tapak masjid lama. Masjid ini dibina sejak tahun 1980-an lagi.
Jom tuan-tuan, nanti kalau Kutipan Infaq sudah dibuka, jangan tangguh lagi.. kita hulur seorang sedikit untuk pembinaan semula masjid ini. Semoga ada pahala yang mengalir hingga kehidupan kita di alam baqa nanti.. InsyaAllah Ameen..





Kadang-kadang kita merancang yang terbaik... Namun Allah punya perancangan yang LEBIH BAIK.... Tawakkal.. Doa... Usaha.....
07/12/2023

Kadang-kadang kita merancang yang terbaik... Namun Allah punya perancangan yang LEBIH BAIK....
Tawakkal.. Doa... Usaha... Kekadang pintu2 rezeki itu Allah buka di tempat yang tidak disangka-sangka..
Merendah dirilah kepadaNya.. dan banyakkan Sedekah dan Infaq.. Semoga Allah memberi kekayaan sebenar di dalam hidup kita..
Ameen...

07/09/2023

KENYATAAN MEDIA

LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS PUSAT

”PENGGUGURAN KES ZAHID HAMIDI UNDANG KRISIS KEPERCAYAAN TERHADAP INSTITUSI KEADILAN”

1. LUHAM mengikuti rapat perjalanan kes mahkamah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang didakwa dengan 47 pertuduhan membabitkan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Selepas meneliti 11 alasan yang diberikan oleh pasukan pendakwaan untuk menarik balik kes ini, LUHAM berpandangan bahawa alasan yang dikemukakan adalah tidak konsisten dengan fakta yang telah diterima oleh mahkamah, tidak kukuh dan bertujuan untuk mengelabui pandangan masyarakat awam.

2. Pertamanya, pihak pendakwaan telah merujuk kepada surat representasi yang menyentuh isu siasatan yang dikatakan telah dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap. Alasan ini adalah sangat lemah kerana bukti dan saksi yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan telah diterima oleh Mahkamah sehingga kes prima facie berjaya dibuktikan. Jika siasatan kurang masak, dan Zahid didakwa tanpa bukti yang kukuh, sudah pasti mahkamah akan membuang kes ini sejak dari peringkat kes pendakwaan lagi.

3. Melihat kepada keseluruhan kronologi kes ini, LUHAM bimbang keputusan pihak pendakwaan untuk menarik balik kes ini selepas mahkamah memutuskan wujudnya kes prima facie akan mengundang krisis kepercayaan rakyat terhadap institusi keadilan, sekaligus mengesahkan persepsi negatif tentang “grand scheme of things” atau campur tangan politik yang disusun bagi membebaskan YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi.

4. Hal ini susulan pengumuman persaraan bersama-sama cuti sebelum bersara dua individu yang mempunyai peranan penting dalam kes ini iaitu Datuk Raja Rozela Raja Toran, ketua pasukan pendakwaan bagi kes Zahid dan juga Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun di tengah-tengah perjalanan kes. Tempoh waktu pasukan pendakwaan memohon untuk YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan juga dibuat ketika peralihan jawatan antara peguam negara yang lama kepada peguam negara yang baru iaitu Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, di mana pelantikannya akan berkuat kuasa pada 6 September 2023.

5. Pihak pendakwaan dalam alasannya turut menyatakan bahawa isu siasatan yang dikatakan tidak lengkap itu akan menyebabkan reputasi dan nama baik AGC selaku pihak pendakwaan dan SPRM selaku badan penyiasat tercemar dan dilihat melalui kaca mata umum seolah-olah kedua-dua Jabatan ini merupakan institusi undang-undang yang telah diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Alasan ini tidak boleh diterima sama sekali memandangkan orang yang dituduh adalah seorang Timbalan Perdana Menteri. Penarikan balik kes ini akan lebih menjejaskan reputasi institusi keadilan dan mengundang tohmahan campur tangan pihak tertentu.

6. LUHAM juga turut merasa jelik dengan alasan pihak pendakwaan yang bersandarkan kepada pengumuman Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu yang dibangkitkan dalam buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness'. Penubuhan RCI dan perjalanan kes ini adalah dua perkara yang berbeza, apatah lagi dalam keadaan belum kelihatan tanda-tanda RCI tersebut akan bermula dalam masa yang terdekat. Siasatan RCI tidak sepatutnya dijadikan alasan dalam keadaan 47 kes Zahid sudah melepasi peringkat prima facie, dan Zahid Hamidi masih ada peluang untuk membela diri di hadapan mahkamah dengan menggunakan bukti-bukti baru yang dikemukan dalam surat representasi.

7. LUHAM kesal kerana penarikan balik kes ini menjejaskan kesemua 47 pertuduhan sekaligus menafikan kerja keras pasukan pendakwaan terdahulu yang telah mengemudi kes sehingga ke tahap ini. Kes yang membabitkan sosok individu yang berjawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ini pastinya akan mencemarkan imej dan nama baik Malaysia di peringkat antarabangsa. Keresahan rakyat ketika Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM suatu ketika dahulu telah terbukti kebenarannya. Tindakan pihak pendakwaan menarik balik kes ini selepas kejayaan pembuktian prima facie, adalah satu sejarah hitam buat negara.

”Malaysia Sejahtera”

WAN ROHIMI BIN WAN DAUD
Pengerusi,
Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM), PAS Pusat.

6 September 2023 | 20 Safar 1445

ISTIMEWA BUAT ANDA YANG INGIN MELINDUNGI DIRI DAN YANG TERSAYANG DARIPADA KUMAN-KUMAN KECIL PENYEBAB PENYAKIT PALING BES...
04/03/2022

ISTIMEWA BUAT ANDA YANG INGIN MELINDUNGI DIRI DAN YANG TERSAYANG DARIPADA KUMAN-KUMAN KECIL PENYEBAB PENYAKIT

PALING BEST, DIFFENZ ADA DUA JENIS VITAMIN,
🍇 DIFFENZ DEWASA YANG BERPERISA BLACKCURRENT
🍋 DIFFENZ JUNIOR UNTUK KANAK-KANAK BERPERISA OREN

JOM AMALKAN DIFFENZ....
Dapat meningkatkan balik sistem imum untuk mengelakkan dari
👉 Deman
👉 Masalah Selalu Selesema
👉 Batuk
👉 Alergik
👉 Semput
Dan Banyak Lagi kelebihan untuk Tubuh badan kita...

Risau kena Tipu jangan risau kami akan hantar dulu, Barang sampai anda bayar dekat posmen
Harga yang sangat berbaloiiiiii
bukan RM100
bukan RM90
bukan RM80
bukan RM70
Nak tahu harga tekan http://www.wasap.my/60135509809/nakdiffenz

Address

RANAU
Ranau

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan RANAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share