APM Kundasang

APM Kundasang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from APM Kundasang, Government Organization, Ranau.

27/05/2026

Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H / 27 Mei 2026M 🌙✨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, warga APM Daerah Ranau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh masyarakat. Semoga pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang yang dizahirkan menjadi inspirasi dalam mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai kemanusiaan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua. Ikhlas daripada Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Ranau. 💙🧡

“SENTIASA SIAP SEDIA”

☎️Sebarang kecemasan, sila hubungi talian kecemasan NG MERS 999 atau (PKOD Ranau) 088-874 579

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia














21/05/2026



DILARANG PANIK! HUBUNGI NG MERS 999...

JOM MUAT TURUN APLIKASI SAVEME999

Perhatian‼️

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyeru kepada seluruh masyarakat untuk muat turun Aplikasi SaveMe999 bagi memastikan anda sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang situasi bencana dan kecemasan.

Melalui aplikasi ini, ia akan memudahkan penyampaian maklumat lokasi yang tepat kepada pihak berautoriti bagi membantu mempercepatkan respon kecemasan.

Jom muat turun sekarang sebagai langkah keselamatan tambahan untuk diri sendiri dan keluarga. Pautan juga disediakan melalui IOS dan Android :

A. Android Google Play Store:

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.saveme999

B. iOS Apple App Store:

https://apps.apple.com/my/app/saveme-999/id6748721853

Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Komunikasi














**

21/05/2026
19/05/2026
18/05/2026
 PEMANTAUAN GELONGSORAN TANAHKG MESILOU, KUNDASANG 18 MEI  2026 / ISNINAPM PUPA Kundasang telah menjalankan pemantauan k...
18/05/2026



PEMANTAUAN GELONGSORAN TANAH
KG MESILOU, KUNDASANG

18 MEI 2026 / ISNIN

APM PUPA Kundasang telah menjalankan pemantauan kejadian tanah runtuh di Kg. Mesilou Kundasang.

Seramai 3 anggota APM telah digerakkan ke lokasi. Anggaran cerun runtuh adalah setinggi 8 meter dan selebar 5 meter. Hasil pemantauan mendapati terdapat 4 mangsa terlibat iaitu 3 lelaki dewasa dan 1 perempuan dewasa.

Anggota APM telah melakukan pemantauan menggunakan PPE lengkap serta menasihati penduduk agar tidak melalui kawasan runtuhan dan segera menghubungi talian kecemasan sekiranya berlaku kejadian susulan.

Keadaan cuaca di kawasan pemantauan adalah baik dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa.


☎️ Sebarang kecemasan, sila hubungi talian kecemasan MERS 999 atau 088 - 888991 (PKOU KUNDASANG)

Sekian, terima kasih.

Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) Kundasang.















Address

Ranau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kundasang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share