MIV KNL G10

MIV KNL G10 Platform ini salah satu daripada malaysian ICT Volunteer Bersama komuniti 2024 yang dikenali sebagai MIV KNL GROUP 10.

Objektif halaman ini ialah Menyampaikan pegetahuan literasi digital yang mampan kepada komuniti stempat dan warga komuniti digital.

Waspada panggilan individu menyamar pegawai MCMCMay 28, 2024 @ 4:35pmPUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (M...
15/09/2024

Waspada panggilan individu menyamar pegawai MCMC
May 28, 2024 @ 4:35pm

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai MCMC.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh seminggu yang lalu, terdapat peningkatan kes yang diterima oleh pihaknya berhubung isu itu dengan modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu.

"Pemanggil memperkenal dirinya sebagai pegawai MCMC dan memaklumkan nombor telefon mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah dan mendakwa sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian akan disekat atau disenarai hitam," menurut kenyataan itu.

MCMC menegaskan sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan dengan pihaknya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang MCMC atau menerusi platform media sosial.

"Orang ramai disarankan untuk membuat tetapan sekatan ke atas nombor telefon pemanggil (block call or reject list) atau mendapatkan perisian atau aplikasi bagi menyekat kemasukan panggilan atau SMS ke talian telefon yang dimiliki," katanya.

MCMC memaklumkan sekiranya menerima panggilan mencurigakan, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak polis atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997, yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai juga boleh melayari portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan pengesahan mengenai sesuatu berita yang tidak ditentusahihkan," menurut kenyataan itu sambil menambah kewaspadaan orang ramai penting dalam melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain. – BERNAMA






JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN!!TIDAK MEMERLUKAN PENGATAHUAN YANG TINGGI UNTUK MEMAHAMI APA ITU PENIPUAN (scam)!!!AMBIL TAH...
06/09/2024

JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN!!
TIDAK MEMERLUKAN PENGATAHUAN YANG TINGGI UNTUK MEMAHAMI APA ITU PENIPUAN (scam)!!!
AMBIL TAHU KALAU TIDAK TAHU!
BERTANYA KEPADA YANG LEBIH TAHU!
KLIK LAMAN YANG MENDIDIK KITA.
JANGAN AMBIL MUDAH!
BANTU DIRI UNTUK KLIK D2NGAN BIJAK.

Katakan tidak kepada Penipuan siber!






06/09/2024






Kalau rasa nak tulis atau tinggalkan komen negatif, pause sekejap dan fikir dulu, apakah yang kita tulis tu boleh beri kesan kepada orang lain? 🙅‍♀️🙅‍♂️

Jom jadikan Internet ruang yang lebih selamat dan positif untuk semua. 💪✨ Setiap kata-kata kita boleh bina atau jatuhkan seseorang. Katakan tidak kepada buli siber!




APAKAH SUKARELAWAN ICT MALAYSIA MIV??MIV merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga malaysia untuk...
28/08/2024

APAKAH SUKARELAWAN ICT MALAYSIA MIV??
MIV merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan warga malaysia untuk menjadi warga digital menuju ke arah Negara Digital (DIGITAL NATION)

28/08/2024

Kesedaran keselamatan siber itu penting untuk dipelajari semua ibu bapa dan pengguna keseluruhanya...
Dunia dalam talian telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan juga anak-anak kita. Apakah anda sebagai Ibu Bapa mengetahui apa yang mereka (anak-anak) lakukan didalam talian?? .
Terdapat pelbagai ancaman dalam talian seperti (sexual grooming) merupakan perlakuan penjenayah seksual untuk memanipulasi dan mengekploitasi kanak-kanak sebagai mangsa seksual mereka...
Jika pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) ini berlaku kepada mana-mana individu, mangsa boleh mengambil tindakan dengan memberitahu kepada orang yang paling dipercayai seperti ibu, bapa dan guru. Seterusnya membuat laporan polis dan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan yang berdekatan.

DenganBijak

28/08/2024

Kepada Ibu Bapa Ambil perhatian kepada perkara berikut:
Kenali Bahaya "Cyber Grooming" pada Anak dan Remaja

DenganBijak

28/08/2024

Panduan ini untuk ibu bapa yang tidak biasa dengan Internet, juga ibu bapa yang serba tahu Internet dan ingin tahu lebih banyak tentang keselamatan dan aktiviti dalam talian anak mereka BERKAITAN DENGAN:

1. Cyber Bully

SHARING IS CARING!Kami CARE komuniti kami. Sama-sama kita belajar tentang hal-hal yang penting dalam ber-ICT. Tidak kira...
28/08/2024

SHARING IS CARING!
Kami CARE komuniti kami. Sama-sama kita belajar tentang hal-hal yang penting dalam ber-ICT. Tidak kira yang tua atau yang muda. Siapa-siapa sahaja boleh terjerat dengan scammer dan cyberbullies ni! Jom sebarkan kebaikan!! dan Jangang lupa follow page ini ya!

Jadi pengguna BIJAK!

Address

Ranau
89300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MIV KNL G10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category