SMK Ranau

SMK Ranau SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANAU Sekolah ini terletak kira-kira 3 kilometer dari Pekan Ranau. Oleh itu, Pegawai Pelajaran Daerah Ranau ketika itu Encik Mohd.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau (asalnya dikenali SMK Mat Salleh II), Ranau merupakan sekolah menengah yang ke-10 dalam daerah Ranau. Cadangan untuk membina sekolah ini lahir daripada kesedaran Jabatan Pelajaran Sabah khasnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia amnya tentang betapa pentingnya sebuah Sekolah Menengah yang baru dibina untuk menampung bilangan pelajar di sekitar Pekan Ranau yang sem

akin bertambah. Walaupun penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Ranau telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun 1998, tetapi pembinaannya tidak dapat dimulakan kerana masalah ketiadaan tapak sesuai. Nauth Potoh telah diarahkan oleh Pengarah Pelajaran Sabah untuk mencari tapak pembinaan sekolah ini. Apabila mendengar berita bahawa Jabatan Pelajaran Sabah memerlukan tanah untuk membina sekolah, pihak Jawatankuasa Lembaga Pemegang Amanah Tanah Simpanan Perumahan dan Ternakan Bumiputera Kampung Sinarut, Ranau telah menawarkan sebidang tanah seluas 35 ekar untuk membina sekolah ini. Pada peringakat awalnya, mereka telah meletakkan syarat-syarat tertentu sebagai balasan penyerahan tanah kepada pihak kerajaan tetapi kesemua syarat yang telah dikemukakan itu tidak dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Setelah melalui beberapa proses perundingan, akhirnya jawatankuasa Pemegang Amanah Tanah Simpanan tersebut telah bersetuju untuk menyerahkan tapak pembinaan tanah ini “tanpa syarat” kepada Jabatan Pelajaran Sabah. Penyerahan hak milik tapak pembinaan sekolah ini kepada Jabatan Pelajaran Sabah telah berkuatkuasa mulai pada 14 haribulan Disember 2002. Selepas itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik Syarikat Wilayah Jasa Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk membina sekolah ini dengan nilai kontrak RM 39 000 000 000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sembilan Juta). Pihak kontraktor telah memulakan kerja-kerja pembinaan sekolah ini pada 1 Januari 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2004. Berdasarkan butir-butir kontrak, sekolah ini mempunyai Tempoh Tanggunggan Kecacatan sehingga 13 Ogos 2006. Pada bulan November 2004, Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan pembukaan SMK Ranau, Ranau bermula sesi persekolahan tahun 2005. Pada 28 Disember 2004, bangunan SMK Ranau, Ranau diserahkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor. En Habdin Bin Ariffin telah diarah untuk menerima kunci bangunan sekolah bagi pihak Jabatan Pelajaran Sabah. Pada masa yang sama, sekumpulan guru telah ditempatkan bertugas di sekolah ini iaitu Encik Jabilin Hadimin, En Johalim Hj Ishim, Encik Mahat Tahir, Encik Zulkiflee Gakau, Puan Silis Tina A. Basil, Puan Aggness Tona Antonius, En Shamrin Adzman dan Encik Ashly Kasin. Pada 2 Januari 2005, suatu Majlis Membaca Yassin, Solat Hajat, “meningelig” dan kenduri telah dijalankan sempena masuk ke sekolah yang baru ini. Pada 17 Januari 2005, Tuan Hj Moin Bin Ahmad telah melaporkan diri sebagai Pengetua yang pertama di sek
olah ini. Selepas itu, bilangan kakitangan sekolah juga telah bertambah dengan 16 orang guru dan KTBM pula seramai 4 orang. Pelajar yang mendaftar disekolah ini pada peringkat awal adalah pelajar Tingkatan 1, 2, dan 4 yang dipindahkan dari SMK Mat Salleh, SMK Lohan dan SMK Ulu Sugut Ranau. Bilangan kelas yang ada sehingga Februari 2005 adalah sebanyak 11 kelas, iaitu 4 kelas tingkatan 1, 2 kelas tingkatan 2, dan 5 kelas tingkatan 4. Bilangan pelajar keseluruhan adalah seramai 350 orang. Sementara itu, untuk menempatkan pelajar yang jauh, asrama telah dibuka pada 13 Februari 2005 dengan kemasukan pelajar seramai 170 orang. SMK Ranau juga telah menyertai Kejohanan Olahraga MSSM Daerah, Ranau dan telah memenangi satu pingat perak serta mendapat tempat kedua dalam acara perbarisan.Walaupun sekolah ini masih baru, penubuhannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat yang mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang pelajaran. Pihak pentadbir dan guru-guru di sekolah ini pula telah berikrar akan terus berkerja keras untuk meningkatkan prestasi sekolah sehingga menjadi sekolah yang gemilang bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negara Malaysia amnya. Hal ini bersesuaian dengan Visi Sekolah iaitu " Bertekad Gemilang (Strive To Resplendent) Tahun 2011”. (Sumber asal: Majalah Sekolah Inspirasi 2/06)

Puan Faridah binti Raimin (Pengetua) menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM dan STAM 2025 yang bertemp...
09/05/2026

Puan Faridah binti Raimin (Pengetua) menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM dan STAM 2025 yang bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok Kota Kinabalu.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga sekolah SMK Ranau atas kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2025.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pelajar, dedikasi para guru, sokongan ibu bapa serta doa yang tidak pernah putus. Semoga kecemerlangan yang diraih menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan lebih gemilang pada masa hadapan.

‘Kecemerlangan bukan destinasi, tetapi perjalanan yang dibina dengan usaha, disiplin dan pengorbanan.’ 🌟

Pencapaian SMK Ranau Sempena penyertaan sulung ke Pertandingan TASEEM Peringkat Negeri Sabah:1.Tempat Ke 4 dari 23 buah ...
07/05/2026

Pencapaian SMK Ranau Sempena penyertaan sulung ke Pertandingan TASEEM Peringkat Negeri Sabah:

1.Tempat Ke 4 dari 23 buah daerah
2.Anugerah Penari Perempuan Terbaik Iaitu Adik Evony Grace Gordon Dari 1 inspiratif
3.Anugerah Khas Juri

Tahniah SMKR..!!!

‘Bertekad Gemilang’

All the best anakanda Jovistvienah..
07/05/2026

All the best anakanda Jovistvienah..

Tahniah Kump**an Nasyid SMK Ranau..Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Ranau 2026..
30/04/2026

Tahniah Kump**an Nasyid SMK Ranau..
Johan Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Ranau 2026..

Tahniah SMKR…!!! Bertekad gemilang..!!!
29/04/2026

Tahniah SMKR…!!! Bertekad gemilang..!!!

terima kasih para Guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 sesi 2025/2026..
23/04/2026

terima kasih para Guru dan pelajar-pelajar Tingkatan 6 sesi 2025/2026..

TASEEM Peringkat Daerah Ranau 2026..Tahniah SMK Ranau :1. Johan Kategori Berkump**an Sekolah Menengah2. Penari Lelaki Te...
20/04/2026

TASEEM Peringkat Daerah Ranau 2026..

Tahniah SMK Ranau :
1. Johan Kategori Berkump**an Sekolah Menengah
2. Penari Lelaki Terbaik - Alvent Albert
3. Koreografi Terbaik

Tahniah Pasukan Kadet Bomba SMK Ranau :1. Naib Johan Keseluruhan2. Johan Kategori Brain & Brawn (P)3. Naib Johan Kategor...
20/04/2026

Tahniah Pasukan Kadet Bomba SMK Ranau :
1. Naib Johan Keseluruhan
2. Johan Kategori Brain & Brawn (P)
3. Naib Johan Kategori Montaj FO (P)
4. Tempat Ketiga Kategori Aspec Challange (P)
5. Tempat Ketiga Montaj Fire Drill (L)

Tahniah…BERGU PEREMPUAN KATEGORI BAWAH 15PENCAPAIAN : KE3 BERSAMA1. LEYONERRA CHIA XIN YI2. NUR IMAN SYAFIQAH BINTI MOHD...
14/04/2026

Tahniah…

BERGU PEREMPUAN KATEGORI BAWAH 15
PENCAPAIAN : KE3 BERSAMA
1. LEYONERRA CHIA XIN YI
2. NUR IMAN SYAFIQAH BINTI MOHD NOORSILI

BERGU PEREMPUAN KATEGORI BAWAH 18
PENCAPAIAN : JOHAN
1. NUR RAUDHATUL KHAN BINTI ABDULLAH
2. CRESCYNTIA JOANN CLARE

PERSEORANGAN PEREMPUAN KATEGORI BAWAH 18

PENCAPAIAN: JOHAN
1. NUR RAUDHATUL KHAN BINTI ABDULLAH

tahniah kepada atlit-atlit memanah SMK Ranau 2026..
13/04/2026

tahniah kepada atlit-atlit memanah SMK Ranau 2026..

Pertandingan Bola Jaring Tertutup Anjuran Pelajar-pelajar Sains Sukan sesi 2025/2026 SMK Ranau..terima kasih yang tidak ...
13/04/2026

Pertandingan Bola Jaring Tertutup Anjuran Pelajar-pelajar Sains Sukan sesi 2025/2026 SMK Ranau..
terima kasih yang tidak terhingga kepada YB Datuk Jonathan bin Yasin dan YB Datuk Rusdin bin Riman diatas sumbangan bagi melancarkan penganjuran pertandingan ini..
Tahniah kepada peserta-peserta yang menang dan yang kalah tahun depan cuba lagi..

Address

Postal Box 661
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088879861

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category