Klinik Pergigian Ranau

Klinik Pergigian Ranau Klinik Pergigian Ranau
Klinik Pergigian Mesra Promosi

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Selamat Hari Raya 👋Makluman untuk warga Kampung Tampios dan sekitarnya  📢Sukacita d...
08/04/2026

Assalamualaikum, salam sejahtera dan Selamat Hari Raya 👋

Makluman untuk warga Kampung Tampios dan sekitarnya 📢

Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Ranau akan menganjurkan satu program kesihatan "Jom Masuk Kampung'' di Klinik Desa Tampios 🦷🦷🪥🪥

Butiran program adalah seperti yang dipaparkan pada poster 📱📱

Mari sama-sama datang memeriahkan program ini. Jumpa anda di sana! 😁

Dalam usaha Klinik Pergigian Ranau menyahut seruan Bulan Kesedaran Kanser Mulut pada tahun 2026, program komuniti Jom Ma...
08/04/2026

Dalam usaha Klinik Pergigian Ranau menyahut seruan Bulan Kesedaran Kanser Mulut pada tahun 2026, program komuniti Jom Masuk Kampung turut dijalankan sebagai salah satu usaha untuk mendekati masyarakat dan menyebarkan kepentingan pemeriksaan awal.

Program ini telah diadakan pada 7 Februari 2026 (Sabtu) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kaingaran. Seramai 21 orang kakitangan Klinik Pergigian Ranau terlibat dalam menjayakan usaha mendekati masyarakat yang sukar mendapat akses perkhidmatan pergigian.

Seramai 151 orang persakit telah menerima rawatan pergigian seperti pemeriksaan, cabutan, penskaleran dan sapuan fluorida. Sesi perkongsian tentang kesihatan mulut dan kanser mulut juga turut disampaikan bagi meningkatkan kesedaran tentang masalah pergigian dan bahaya kanser mulut.

Jom sama-sama kita tingkatkan kesedaran — cegah sebelum terlambat! 💙🦷

“Stop the Sign, Stop Mouth Cancer”Pada 13 Februari 2026, ceramah bertajuk Tabiat yang Meningkatkan Risiko Kanser Mulut d...
08/04/2026

“Stop the Sign, Stop Mouth Cancer”

Pada 13 Februari 2026, ceramah bertajuk Tabiat yang Meningkatkan Risiko Kanser Mulut dan Rawatannya telah disampaikan oleh Dr Qistina kepada penguniung Klinik Pergigian Ranau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam meningkatkan kesedaran tentang bahaya tabiat-tabiat berisiko yang membahayakan nyawa sendiri dan orang sekeliling. Sayangi diri sendiri dan orang tersayang.

Sempena Mouth Cancer Awareness Month pada sepanjang bulan Februari, Klinik Pergigian Ranau  telah menganjurkan ceramah k...
08/04/2026

Sempena Mouth Cancer Awareness Month pada sepanjang bulan Februari, Klinik Pergigian Ranau telah menganjurkan ceramah kesedaran berkaitan kanser mulut bagi meningkatkan pengetahuan tentang tanda awal kanser dan langkah pencegahannya.

Pada 6 Februari 2026 bertempat di ruang menunggu Klinik Pergigian Ranau, ceramah bertajuk Tanda-tanda Kanser Mulut dan Langkah Pemeriksaan Mulut Sendiri telah disampaikan oleh Dr Norsarah Masyitah. Jom sama-sama kita tingkatkan kesedaran dan lakukan pemeriksaan mulut secara berkala!

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Mulut yang berlangsung pada bulan Februari setiap tahun, Klinik Pergigian Ranau...
08/04/2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Mulut yang berlangsung pada bulan Februari setiap tahun, Klinik Pergigian Ranau telah mengadakan ceramah yang berkaitan tentang kanser mulut pada sepanjang bulan.

Pada 2 Februari 2026, ceramah yang bertajuk “Punca dan Kesan Kanser Mulut” telah disampaikan oleh Dr Salwatul Izzra. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemeriksaan awal.

05/02/2026

Kura2

Assalamualaikum dan salam sejahtera😃Makluman untuk warga Kampung Kaingaran dan sekitarnya 📢📢Sukacita dimaklumkan bahawa ...
05/02/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera😃

Makluman untuk warga Kampung Kaingaran dan sekitarnya 📢📢

Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Ranau akan menganjurkan satu program kesihatan "Jom Masuk Kampung'' di Klinik Kesihatan Kaingaran 🦷🦷🪥🪥

Butiran program adalah seperti yang dipaparkan pada poster 📱📱

Mari sama-sama datang memeriahkan program ini. Jumpa anda di sana! 😁

Jom Masuk Kampung (JMK) Malinsau🦷Program JMK telah berjaya dilaksanakan di Kampung Malinsau🥳🗓️ Tarikh: 24 Januari 2026 (...
29/01/2026

Jom Masuk Kampung (JMK) Malinsau🦷

Program JMK telah berjaya dilaksanakan di Kampung Malinsau🥳

🗓️ Tarikh: 24 Januari 2026 (Sabtu)
📍Tempat: Balairaya Kg. Tanid, Malinsau Ranau
🕜 Masa: 8 pagi - 1.30 petang

Terima kasih kepada pihak Klinik Desa Malinsau dan Ketua Kampung di atas kerjasama dan sokongan dalam usaha untuk mempromosikan kesihatan pergigian dalam kalangan masyarakat di Malinsau dan sekitarnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera😃Makluman untuk warga Kampung Malinsau dan sekitarnya 📢📢Jom Masuk Kampung datang lagi...
20/01/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera😃

Makluman untuk warga Kampung Malinsau dan sekitarnya 📢📢

Jom Masuk Kampung datang lagi 🦷🪥🦷🪥🥳

Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik Pergigian Ranau akan menganjurkan satu program kesihatan "Jom Masuk Kampung'' di balairaya Kg. Tanid, Malinsau.

Butiran program adalah seperti yang dipaparkan pada poster 📱📱

Mari sama-sama datang memeriahkan program ini. Jumpa anda di sana! 😁

Khidmat Komuniti Pergigian 🦷🤍Program Dental Community Service telah berjaya dilaksanakan sempena Outreach Sosio-Perubata...
19/01/2026

Khidmat Komuniti Pergigian 🦷🤍

Program Dental Community Service telah berjaya dilaksanakan sempena Outreach Sosio-Perubatan di Kg Paginatan, Ranau.

Terima kasih kepada Rotary Club of Kota Kinabalu South atas penganjuran dan sokongan dalam menjayakan program ini demi kesihatan oral masyarakat setempat.

📍 Kg Paginatan, Ranau
📅 17/1/2026
⏰ 7.00 pagi – 3.00 petang

Bersama kita menyumbang senyuman dan kesedaran kesihatan kepada komuniti 💙

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN (PKAP) KG. MIRURU 2025 🦷🪥Perhatian kepada penduduk Kg. Miruru dan sekitarnya 📢📢Klinik P...
19/11/2025

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT PERGIGIAN (PKAP) KG. MIRURU 2025 🦷🪥

Perhatian kepada penduduk Kg. Miruru dan sekitarnya 📢📢

Klinik Pergigian Ranau dengan kerjasama:

- Pasukan Perubatan Klinik Kesihatan Paginatan, Ranau 🏨
- Pasukan Unit Tabung Darah, Hospital Ranau 🩸

akan menganjurkan PKAP Kg. Miruru 2025 seperti butiran di bawah:

🗓️ Tarikh: 22 November 2025 (Sabtu)
🕒 Masa: 7.30 Pagi - 1.30 Petang
📍 Tempat: SK. Miruru, Ranau

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan seperti yang dipaparkan pada poster 🤩

Jom ramai-ramai datang dan jumpa anda di sana! 🥳

Address

KLINIK PERGIGIAN RANAU, PETI SURAT 1308
Ranau
89308

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088878600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Pergigian Ranau:

Share