APM RANAU

APM RANAU

03/06/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (S*k, Baling dan Kulim) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu) • Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) • Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) • Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) • Sabah: Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 7:00 malam; Rabu, 3 Jun 2026.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:45 petang, 3 Jun 2026




03/06/2026
KES POKOK TUMBANG (LLK) – JALAN RANAU - SANDAKAN, KG SAGINDAI, RANAURanau, 01 Jun 2026, PKOD Ranau telah menerima panggi...
02/06/2026

KES POKOK TUMBANG (LLK) – JALAN RANAU - SANDAKAN, KG SAGINDAI, RANAU

Ranau, 01 Jun 2026, PKOD Ranau telah menerima panggilan kecemasan melalui NG MERS 999 pada jam 1606H berkaitan pokok tumbang di jalan Ranau - Sandakan. Skuad bertugas mendapatkan pengesahan daripada pengadu sebelum 4x anggota bergerak ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebatang pokok hutan sebesar 2x pemeluk orang dewasa dan berketinggian kira-kira 20 kaki telah tumbang sehingga menghalang sehala jalan utama sekali gus menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya. Anggota bertugas memakai peralatan perlindungan lengkap (PPE) serta menggunakan peralatan khas bagi menjalankan kerja pemotongan dan pembersihan pokok dengan selamat.

Operasi berjaya diselesaikan dalam keadaan terkawal dan laluan yang terjejas dapat digunakan semula oleh pengguna jalan raya. Anggota dan logistik kembali ke PKOD dengan selamat serta memastikan semua peralatan mencukupi dan berada dalam keadaan baik.

Syabas dan tahniah kepada Skuad Bravo.

“SENTIASA SIAP SEDIA”

☎️Sebarang kecemasan, sila hubungi talian kecemasan NG MERS 999 atau (PKOD Ranau) 088-874 579

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia














01/06/2026



YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kali Ke-68 Tahun.

Bersama kita berkhidmat demi kesejahteraan komuniti.

“KUASA UDARA, PERISAI NEGARA"

Jabatan Perdana Menteri
Tentera Udara Diraja Malaysia














**

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Du...
31/05/2026

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Patik sekalian daripada seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Ranau dengan penuh takzim menzahirkan setulus ikhlas doa ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya dalam menerajui negara serta memayungi rakyat dengan penuh kebijaksanaan dan keprihatinan.

Sesungguhnya, kepimpinan Tuanku terus menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan kedaulatan negara yang dihormati serta disanjung tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Patik sekalian turut mendoakan agar institusi Raja Berperlembagaan terus teguh dan dihormati sebagai payung penyatuan rakyat serta tonggak kestabilan negara.
Menjunjung kasih Tuanku atas segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan yang dicurahkan demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara.

Ikhlas daripada,

LT (PA) SARIFUDIN BIN SAHIBIN PEGAWAI PERTAHANAN AWAM DAERAH RANAU DAN SELURUH WARGA KERJA APM DAERAH RANAU

𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨
𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨
𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

“SENTIASA SIAP SEDIA”

☎️Sebarang kecemasan, sila hubungi talian kecemasan NG MERS 999 atau (PKOD Ranau) 088-874 579

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia














31/05/2026
31/05/2026

🚭 Sambutan Hari Tanpa Tembakau diadakan pada 31 Mei setiap tahun sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya tembakau terhadap kesihatan.

Setiap individu mempunyai peranan dalam mewujudkan persekitaran yang bebas daripada asap rokok dan melindungi masyarakat daripada risiko penyakit yang berkaitan dengan penggunaan tembakau

Bersama-sama kita memperkukuh usaha pencegahan demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian kesihatan negara.

Dapatkan rawatan berhenti merokok di klinik-klinik berhenti merokok di seluruh Malaysia.

31/05/2026



YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Buddha yang meraikannya.

Sambutan perayaan ini bukan sahaja mencerminkan kekayaan warisan masyarakat Malaysia, malah menjadi jambatan yang mengukuhkan persefahaman, rasa hormat dan perpaduan antara rakyat.

Semoga sambutan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua yang meraikannya serta terus memperkukuh perpaduan dan keharmonian yang menjadi kekuatan negara kita.

Jabatan Perdana Menteri














**

Address

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ranau, Jalan Rumah Kerajaan JKR, No. 4497
Ranau
89308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM RANAU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share