Lembaga Koko Malaysia - TOTe Ranau

Lembaga Koko Malaysia - TOTe Ranau Facebook rasmi Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengembangan (Tote), Lembaga Koko Malaysia (LKM) unit Ranau.

11 JUN 2026 | 4 BUAH KEBUN DIPERIKSA DI KG SUNSUIKota Marudu, 11 Jun 2026 - Lawatan pemeriksaan  tapak penanaman koko ba...
11/06/2026

11 JUN 2026 | 4 BUAH KEBUN DIPERIKSA DI KG SUNSUI

Kota Marudu, 11 Jun 2026 - Lawatan pemeriksaan tapak penanaman koko bagi Projek Peluasan Koko telah diteruskan pada hari ini di Kg. Sunsui, Kota Marudu oleh Pembantu Penyelidik, En. Jelden Jose.

Lawatan melibatkan kebun milik Puan Sally Gusup, En. Juani Bin Gusup, En. Sanuil Bin Lantuang dan En. Sunny Bin Lantuang. Hasil pemeriksaan mendapati semua kebun yang dilawati memenuhi syarat serta layak untuk pelaksanaan projek peluasan tanaman koko.

11 JUN 2026 | PEMERIKSAAN KEBUN MILIK EN. BENJAMIN DI KG KEBUH BARURanau, 11 Jun 2026 - Lawatan pemeriksaan telah dilaks...
11/06/2026

11 JUN 2026 | PEMERIKSAAN KEBUN MILIK EN. BENJAMIN DI KG KEBUH BARU

Ranau, 11 Jun 2026 - Lawatan pemeriksaan telah dilaksanakan oleh En. Ahmad Bokhari, Pembantu Penyelidik, ke kebun milik En. Benjamin, di Kg. Kebuh Baru, Ranau. Hasil pemeriksaan mendapati kawasan kebun tersebut memenuhi syarat dan layak untuk dipertimbangkan di bawah Projek Perluasan Koko Tahun 2026.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan industri koko serta menggalakkan penglibatan pekebun dalam meningkatkan pengeluaran koko negara.

11 JUN 2026 | PEMANTAUAN KEBUN BAGI PROGRAM GALAKAN 2026 DI KG SERINSIM DAN KG BAMBANGANKota Marudu, 11Jun 2026 - Lawata...
11/06/2026

11 JUN 2026 | PEMANTAUAN KEBUN BAGI PROGRAM GALAKAN 2026 DI KG SERINSIM DAN KG BAMBANGAN

Kota Marudu, 11Jun 2026 - Lawatan pemantauan kebun bagi Program Galakan Koko Tahun 2026 telah dilaksanakan di Kg. Serinsim dan Kg. Bambangan, Kota Marudu oleh En. Jelden Jose, Pembantu Penyelidik Lembaga Koko Malaysia.

Lawatan ini melibatkan pemeriksaan kebun milik En. Suli Bin Kuah, Pn. Samurin Binti Kausik (diwakili oleh En. Julin), dan Jr. Delvin (mewakili kebun milik En. Tali Bin Daliun & En. Herbert Korom) .

Hasil pemeriksaan mendapati kebun-kebun yang dilawati memenuhi syarat dan layak untuk dipertimbangkan di bawah Program Galakan Koko Tahun 2026.

TAHUKAH ANDA? 🧐PENYAKIT PADA POKOK KOKO DEWASA Penyakit pokok koko dewasa seperti Buah Hitam, Matirosot Jejalur Vaskular...
11/06/2026

TAHUKAH ANDA? 🧐

PENYAKIT PADA POKOK KOKO DEWASA

Penyakit pokok koko dewasa seperti Buah Hitam, Matirosot Jejalur Vaskular (VSD), Penyakit Akar Putih dan penyakit bebenang boleh menjejaskan pertumbuhan pokok serta mengurangkan hasil pengeluaran jika tidak dikawal dengan berkesan.

Oleh itu, pemeriksaan kebun secara berkala, amalan sanitasi yang baik serta tindakan kawalan awal amat penting bagi memastikan kesihatan tanaman sentiasa terpelihara.

Kesedaran dan pengetahuan mengenai simptom penyakit membantu pekebun mengambil langkah pencegahan yang tepat demi menjamin produktiviti kebun dan kelestarian industri koko negara.

SEKARANG ANDA TAHU! 🥳

Sumber gambar: Lembaga Koko Malaysia

10/06/2026

10 JUN 2026 | LAWATAN PENGARAH BAHAGIAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PENGEMBANGAN (TOTe) KE PEJABAT TOTe UNIT RANAU

RANAU, 10 Jun 2026 - Pengarah Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengembangan (TOTe), En. Abdul Karim Che Hamid telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat TOTe Unit Ranau yang beroperasi di Kompleks Kluster Koko Napong, Ranau.

Lawatan ini bertujuan meninjau pengoperasian pejabat, memastikan kemudahan serta keperluan operasi berada dalam keadaan baik, di samping mendapatkan maklum balas daripada pegawai dan kakitangan Unit Ranau. Sesi perbincangan turut diadakan bagi membincangkan pelaksanaan program serta aktiviti pembangunan koko di kawasan Ranau.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah wakil kontraktor, B&J Enterprise iaitu En J***y yang bertanggungjawab terhadap pembinaan pejabat. Kehadiran mereka memberi ruang untuk meneliti aspek kemudahan dan penambahbaikan yang diperlukan bagi menyokong kelancaran operasi pejabat.

Warga TOTe Unit Ranau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Abdul Karim Che Hamid atas kesudian meluangkan masa untuk melawat serta memberikan perhatian dan sokongan berterusan terhadap pengukuhan penyampaian perkhidmatan dan pembangunan industri koko di daerah Ranau.

10/06/2026

Jom Daftar!

🌱 SESI TAHUN 2026 - 2030: PROGRAM PELUASAN TANAMAN KOKO & PENINGKATAN HASIL KOKO 🌱

Lembaga Koko Malaysia kini membuka peluang kepada para pekebun dan masyarakat yang berminat untuk menyertai Program Peluasan Tanaman Koko dan Peningkatan Hasil Koko 2026–2030.

Program ini diwujudkan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan industri koko negara melalui peningkatan keluasan tanaman, penghasilan koko berkualiti serta pembangunan komuniti pekebun yang lebih berdaya saing dan mampan.

✨ Antara insentif dan manfaat yang ditawarkan:
🌿 Anak benih koko
🤝 Khidmat nasihat teknikal dan pengurusan
📋 Sokongan serta bimbingan berkaitan penanaman, penjagaan dan peningkatan hasil koko
🌱 Dan pelbagai lagi kemudahan untuk membantu para pekebun mencapai hasil yang lebih baik

Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk meningkatkan pendapatan, malah membuka ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama membangunkan sektor pertanian negara, khususnya industri koko yang semakin berkembang.

📌 Penyertaan dibuka setiap tahun sepanjang tempoh 2026 hingga 2030.
📌 Tempat adalah terhad. Mohon segera!

Mari bersama melangkah ke arah masa depan pertanian yang lebih maju, produktif dan berdaya tahan. Dengan usaha dan kerjasama semua pihak, industri koko mampu menjadi antara penyumbang penting kepada kesejahteraan ekonomi masyarakat dan negara.

Jika anda berminat, hubungi kami:
📱 Facebook: Lembaga Koko Malaysia - TOTe Ranau
🎵 TikTok: Lembaga Koko Malaysia_TOTe RNU
📞 No. Pejabat Ranau: 088-876297

Sumber gambar: Lembaga Koko Malaysia








10 JUN 2026 | PEMANTAUAN TAPAK TANAMAN KOKO 2026 DI KG SUNSUIKOTA MARUDU, 10 Jun 2026 -Pemantauan tapak penanaman koko b...
10/06/2026

10 JUN 2026 | PEMANTAUAN TAPAK TANAMAN KOKO 2026 DI KG SUNSUI

KOTA MARUDU, 10 Jun 2026 -Pemantauan tapak penanaman koko bagi peserta Program Perluasan Tanaman Koko Sesi 2026 telah dilaksanakan oleh Pembantu Penyelidik, En. Jekden Jose di Kampung Sunsui. Aktiviti ini turut diiringi oleh tiga penduduk kampung yang juga merupakan antara petani koko aktif di kawasan tersebut.

Pemantauan melibatkan lima kebun milik Puan Dianah Mius, Encik Jaafar Bin Amat, Puan Wendy Gerongkong, Encik Zainal Bin Amat dan Encik Nonong Bin Agang. Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kebun yang terlibat memenuhi syarat kelayakan untuk menyertai Program Perluasan Tanaman Koko Tahun 2026.

Tindakan susulan akan terus dilaksanakan oleh penyelia kawasan bagi memastikan para peserta menerima bimbingan dan bantuan yang diperlukan demi mencapai sasaran pembangunan industri koko yang mampan serta berdaya saing. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada peningkatan pendapatan dan kesejahteraan komuniti pekebun koko setempat.

🌱🍫

TAHUKAH ANDA? 🧐FENOMENA CUACA PANAS DI MALAYSIA Fenomena El Niño boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan taburan hujan b...
09/06/2026

TAHUKAH ANDA? 🧐
FENOMENA CUACA PANAS DI MALAYSIA

Fenomena El Niño boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan taburan hujan berkurangan di Malaysia. Keadaan ini berpotensi memberi kesan kepada pertumbuhan dan pengeluaran koko sekiranya langkah pengurusan kebun tidak dilaksanakan dengan baik.

Amalan seperti penggunaan sungkupan, penyediaan naungan yang mencukupi, kawalan rumpai dan pengurusan sumber air yang berkesan dapat membantu pokok koko menghadapi tekanan cuaca panas dan kemarau.

Persediaan awal adalah kunci untuk memastikan produktiviti kebun koko terus terpelihara walaupun berdepan cabaran perubahan iklim.

SEKARANG ANDA TAHU! 🥳

28 MAY 2026 | PEMERIKSAAN KEBUN CADANGAN PROJEK PELUASAN KOKO SESI 2026 DI KG PORING Ranau, 28 May 2026- Sesi pemeriksaa...
28/05/2026

28 MAY 2026 | PEMERIKSAAN KEBUN CADANGAN PROJEK PELUASAN KOKO SESI 2026 DI KG PORING

Ranau, 28 May 2026- Sesi pemeriksaan kebun bagi cadangan tanaman baru di bawah Projek Perluasan Koko Tahun 2026 telah dijalankan di Kg. Poring melibatkan kebun milik Pn. Cullenah Getiban, Pn. Rodinah Getiban dan Pn. Julia Getiban. Aktiviti ini bertujuan menilai kesesuaian kawasan serta memastikan kebun memenuhi syarat bagi pelaksanaan program pembangunan tanaman koko.

Hasil pemantauan bahawa kebun para petani tersebut layak untuk didaftarkan di bawah Projek Peluasan Koko sesi tahun 2026.

Address

Pejabat Wilayah Lembaga Koko Malaysia Unit Ranau, Kompleks Kluster Koko Napong, Jalan Togop Poring, Jalan Kampung Napong 1
Ranau
89300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Koko Malaysia - TOTe Ranau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share