MAQIS Negeri Kelantan

MAQIS Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MAQIS Negeri Kelantan, Government Organization, Rantau Panjang.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾69 tahun kemerdekaan menjadi bukti perjalanan panjang sebuah negara dalam m...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

69 tahun kemerdekaan menjadi bukti perjalanan panjang sebuah negara dalam membina perpaduan, memperkukuh keharmonian dan memacu kemajuan demi masa hadapan yang lebih gemilang.

Semoga semangat patriotisme terus mekar dalam diri setiap rakyat Malaysia, bersama-sama melangkah ke hadapan dengan penuh iltizam, kesatuan dan rasa cinta kepada tanah air.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69.
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati. 🇲🇾

Ikhlas daripada
Warga MAQIS Negeri Kelantan

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sa...
24/08/2026

🌙 SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sempena Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada ungkapan, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, tutur kata, perbuatan dan amalan yang mencerminkan ajaran Baginda.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita hati yang sentiasa mencintai Rasulullah SAW, istiqamah mengikuti sunnah Baginda serta dikurniakan syafaat Baginda di akhirat kelak.

اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
🌹 Salam Maulidur Rasul.
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam setiap hati dan menjadi cahaya dalam perjalanan hidup kita.

MAQIS Negeri Kelantan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kelfarm Sdn. Bhd., sebuah ladang ternakan lembu Wagyu, pada 20 O...
23/08/2026

MAQIS Negeri Kelantan telah mengadakan Lawatan Kerja ke Kelfarm Sdn. Bhd., sebuah ladang ternakan lembu Wagyu, pada 20 Ogos 2026 bagi meninjau secara lebih dekat fasiliti, kemudahan serta pengurusan operasi yang dilaksanakan di premis berkenaan.

Lawatan ini merupakan salah satu usaha mendapatkan input dan rujukan bagi perancangan pembinaan Pusat Biosekuriti Bersepadu (IBC) di Bukit Bunga, Kelantan. Antara aspek yang diberi perhatian adalah melibatkan susun atur fasiliti, reka bentuk ruang, aliran pergerakan, kemudahan operasi, pengurusan ternakan serta keperluan sokongan bagi memastikan sesuatu fasiliti dapat beroperasi secara sistematik dan efisien.

Sepanjang lawatan, delegasi MAQIS Negeri Kelantan turut berpeluang melihat sendiri operasi penternakan lembu Wagyu serta mendapatkan penerangan berkaitan pengurusan fasiliti dan aktiviti penternakan yang dilaksanakan oleh pihak Kelfarm Sdn. Bhd.

Pendedahan ini amat bermanfaat dalam membantu pihak MAQIS mengenal pasti amalan terbaik, keperluan fasiliti dan elemen-elemen penting yang boleh dijadikan pertimbangan dalam pembangunan IBC Bukit Bunga agar kemudahan yang bakal dibangunkan dapat memenuhi keperluan operasi, aspek biosekuriti dan kelancaran penyampaian perkhidmatan.

Lawatan ini juga menjadi platform untuk perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman dan pengukuhan jaringan kerjasama antara MAQIS Negeri Kelantan dan pihak Kelfarm Sdn. Bhd.

Semoga segala maklumat dan pengalaman yang diperoleh melalui lawatan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam merealisasikan pembangunan Pusat Biosekuriti Bersepadu (IBC) Bukit Bunga yang lebih komprehensif, moden, sistematik dan berdaya operasi tinggi. 🤝✨




🐾 Syarat Import Haiwan Kesayangan ke Malaysia 🇲🇾Merancang untuk membawa masuk haiwan kesayangan dari luar negara ke Mala...
17/08/2026

🐾 Syarat Import Haiwan Kesayangan ke Malaysia 🇲🇾

Merancang untuk membawa masuk haiwan kesayangan dari luar negara ke Malaysia? Pastikan setiap syarat, permit dan dokumen import dipenuhi terlebih dahulu bagi memastikan urusan kemasukan berjalan lancar serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah seperti :
🐶 Permit import
🐱 Sijil kesihatan veterinar
💉 Rekod vaksinasi dan rawatan berkaitan
📋 Pematuhan syarat kuarantin, jika berkenaan

Sayangi haiwan, patuhi peraturan.
Bersama-sama kita memastikan kemasukan haiwan kesayangan ke Malaysia dilaksanakan secara selamat, terkawal dan mematuhi ketetapan yang berkuat kuasa.





TaatSetia

KEPERLUAN IMPORT BIJIRIN JAGUNGPengimportan bijirin jagung ke Malaysia wajib mematuhi dokumen import seperti berikut:✅ P...
17/08/2026

KEPERLUAN IMPORT BIJIRIN JAGUNG

Pengimportan bijirin jagung ke Malaysia wajib mematuhi dokumen import seperti berikut:

✅ Permit Import MAQIS
✅ Sijil Fitosanitasi dari negara asal

Patuhi syarat pengimportan yang ditetapkan demi melindungi industri pertanian negara daripada ancaman perosak dan penyakit.





KEPERLUAN IMPORT BUAH DURIANPengimportan buah durian ke Malaysia wajib mematuhi dokumen import seperti berikut:✅ Permit ...
12/08/2026

KEPERLUAN IMPORT BUAH DURIAN

Pengimportan buah durian ke Malaysia wajib mematuhi dokumen import seperti berikut:
✅ Permit Import MAQIS
✅Sijil Fitosanitasi
✅ Sijil Perakuan FAMA-Pembungkusan, Penggredan & Pelabelan (3P)

Patuhi syarat pengimportan yang ditetapkan demi melindungi industri pertanian negara daripada ancaman perosak dan penyakit.





KEPERLUAN IMPORT BUAH LIMAU, BUAH LIMAU BALI DAN BUAH OREN🍊Pengimportan buah limau, buah limau bali dan buah oren ke Mal...
12/08/2026

KEPERLUAN IMPORT BUAH LIMAU, BUAH LIMAU BALI DAN BUAH OREN🍊

Pengimportan buah limau, buah limau bali dan buah oren ke Malaysia wajib mematuhi dokumen import seperti berikut:
✅ Permit Import MAQIS
✅ Sijil Perakuan FAMA-Pembungkusan, Penggredan & Pelabelan (3P)

Patuhi syarat pengimportan yang ditetapkan demi melindungi industri pertanian negara daripada ancaman perosak dan penyakit.





KEPERLUAN IMPORT BIJI KOPIPengimportan biji kopi ke Malaysia wajib mematuhi dokumen import seperti berikut:✅ Permit Impo...
12/08/2026

KEPERLUAN IMPORT BIJI KOPI

Pengimportan biji kopi ke Malaysia wajib mematuhi dokumen import seperti berikut:
✅ Permit Import MAQIS
✅ Sijil Fitosanitasi
✅ Sijil Perakuan FAMA-Pembungkusan, Penggredan & Pelabelan (3P)

Patuhi syarat pengimportan yang ditetapkan demi melindungi industri pertanian negara daripada ancaman perosak dan penyakit.





12/08/2026

Address

Rantau Panjang
17200

Telephone

+6097950424

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAQIS Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAQIS Negeri Kelantan:

Shortcuts

Share