Ore Tepi Sungai

Ore Tepi Sungai Platform komuniti bebas untuk perkongsian maklumat, analisis lapangan & kemas kini monsun dan banjir.

Fokus Rantau Panjang & Lembangan Sungai Golok, merangkumi seluruh Kelantan. 📊 Data lapangan | 🌍 Eksplorasi tempat, sejarah & realiti hidup seharian.

29/08/2026

🌸 RUPANYA BUNGA WARNA-WARNI DI LOJING ADA “RAHSIA” DIA! 🌼🌺

Singgah melihat sendiri farm bunga di Lojing, Gua Musang. Menarik bila dapat tengok dari dekat bagaimana bunga diproses sebelum dipasarkan.

Yang paling menarik, sebahagian bunga yang kita nampak berwarna-warni itu sebenarnya melalui proses pewarnaan (dye) untuk menghasilkan warna yang lebih terang dan pelbagai. Ingatkan semuanya warna asal bunga. 😍🌈

Dari proses penyediaan, pewarnaan, pembungkusan hinggalah sedia untuk dihantar ke pasaran.

Lebih membanggakan, bunga dari tanah tinggi Lojing ini bukan sekadar untuk pasaran tempatan — turut dieksport ke Dubai, Korea Selatan, Australia dan Jepun. 🇦🇪🇰🇷🇯🇵

🌸 Dari tanah tinggi Kelantan, bunga Lojing sampai ke pasaran antarabangsa.





29/08/2026

🇹🇭 BENTENG SUNGAI GOLOK SEBELAH THAILAND… MALAYSIA BILA? 🇲🇾

Beginilah keadaan benteng di sebelah Thailand sepanjang Sungai Golok — struktur batu yang jelas kelihatan kukuh dan tinggi.

Di sebelah Malaysia p**a, penduduk terutama sekitar Rantau Panjang dan sepanjang lembangan Sungai Golok masih menunggu pelaksanaan perlindungan yang lebih menyeluruh.

Untuk rekod, PLSB Sungai Golok Fasa 2 melibatkan kawasan Jeli, Rantau Panjang dan sebahagian Pasir Mas, dengan projek bermula April 2026 dan disasarkan siap Oktober 2028. Kerajaan juga merancang tembok dwifungsi sebagai penghadang banjir dan keselamatan di sepanjang sempadan.

Persoalannya bukan siapa lebih hebat.

👉 Persoalannya, adakah benteng di kedua-dua belah Sungai Golok akan mempunyai tahap perlindungan yang seimbang?

Sungai Golok dikongsi dua negara. Apa-apa perubahan benteng dan aliran di satu sisi boleh memberi kesan kepada sistem sungai secara keseluruhan — sebab itu penyelarasan Malaysia–Thailand amat penting. Kedua-dua negara memang sedang meningkatkan kerjasama pengurusan Lembangan Sungai Golok.

Video: Keadaan benteng Sungai Golok di sebelah Thailand





⛈️ RADAR CUACA | 29 OGOS 2026Paparan radar sekitar 3.30 petang menunjukkan aktiviti hujan dan ribut petir yang agak akti...
29/08/2026

⛈️ RADAR CUACA |
29 OGOS 2026

Paparan radar sekitar 3.30 petang menunjukkan aktiviti hujan dan ribut petir yang agak aktif di bahagian selatan Thailand, khususnya sekitar Sungai Padi – Sungai Kolok hingga Ayer Lanas/Jeli.

🌧️ Kelompok hujan sederhana hingga lebat bersama aktiviti kilat dilihat berada sangat hampir dengan sempadan Kelantan–Thailand dan sebahagiannya menghampiri kawasan Rantau Panjang/Pasir Mas.

⚡ Penduduk sekitar Rantau Panjang, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan kawasan berhampiran sempadan disarankan memantau keadaan cuaca petang ini. Sekiranya kelompok ribut ini terus bergerak ke arah Kelantan, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang boleh berlaku secara setempat.

Keadaan boleh berubah dengan cepat. Pantau perkembangan radar dari semasa ke semasa.

Kredit: Windy





HUJAN MULA TURUN DI RANTAU PANJANGRantau Panjang, KelantanKhamis | 27 Ogos 2026Sekitar 5.27 petangHujan mula turun di se...
27/08/2026

HUJAN MULA TURUN DI RANTAU PANJANG

Rantau Panjang, Kelantan
Khamis | 27 Ogos 2026
Sekitar 5.27 petang

Hujan mula turun di sekitar Rantau Panjang petang ini.

Paparan radar sekitar 5.24 petang menunjukkan kelompok hujan dan ribut petir agak aktif di sebelah Narathiwat – Sungai Golok – Jeli, manakala beberapa kelompok hujan turut dikesan di bahagian Kelantan.

Ramalan ECMWF juga menunjukkan potensi hujan/ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Kelantan petang hingga malam ini.

⚡ Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kemungkinan hujan lebat setempat, kilat serta angin kencang, terutama jika berada di kawasan terbuka atau berhampiran sungai.

Kredit: Windy & Ventusky





UPDATE RADAR CUACA KELANTAN | 27 OGOS 2026, 4:15 PETANGPaparan radar terkini menunjukkan beberapa kelompok hujan sederha...
27/08/2026

UPDATE RADAR CUACA KELANTAN |
27 OGOS 2026, 4:15 PETANG

Paparan radar terkini menunjukkan beberapa kelompok hujan sederhana hingga lebat sedang aktif di sekitar Kelantan dan Selatan Thailand.

⛈️ Antara kawasan yang perlu berjaga-jaga:
• Rantau Panjang / Sungai Golok – sel hujan aktif berhampiran sempadan
• Kota Bharu dan sekitar – terdapat kelompok hujan agak lebat
• Tanah Merah – Jeli – hujan setempat sedang terbentuk
• Kelompok hujan lebih besar turut kelihatan di sebelah Narathiwat dan Yala

Pergerakan awan hujan dari kawasan sempadan perlu terus diperhatikan petang ini. Hujan lebat setempat boleh menyebabkan jarak penglihatan berkurang serta kenaikan air secara cepat di kawasan rendah sekiranya hujan berterusan.

Sumber radar: Windy





UPDATE CUACA PETANG | RANTAU PANJANG & SEKITAR LEMBANGAN SG GOLOK | 23 Ogos 2026 Paparan radar sekitar 6.00 petang menun...
23/08/2026

UPDATE CUACA PETANG | RANTAU PANJANG & SEKITAR LEMBANGAN SG GOLOK | 23 Ogos 2026

Paparan radar sekitar 6.00 petang menunjukkan kelompok hujan sederhana hingga lebat sedang aktif terutama di sebelah Thailand berhampiran sempadan Sungai Golok, dengan beberapa sel hujan turut kelihatan sekitar Jeli, Tanah Merah dan kawasan pedalaman Kelantan.

⛈️ Beberapa sel turut menunjukkan aktiviti ribut petir, jadi kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas dan sepanjang sempadan wajar memantau pergerakan awan hujan petang hingga malam ini.

💨 Model ECMWF p**a menunjukkan angin permukaan sekitar Kelantan secara umum tidak terlalu kuat, sekitar 6–11 km/j pada paparan ini.

⚠️ Hujan lebat setempat boleh berlaku walaupun sesuatu lokasi ketika ini masih belum menerima hujan. Penduduk kawasan rendah dan berhampiran sungai disaran terus peka dengan perubahan cuaca.

Sumber paparan: Windy / Weather Radar




PLSB Sungai Golok: Benteng Sahaja Tidak Cukup, Perlu Pelan Jangka Panjang Pengurusan Aliran Banjir….Projek Rancangan Teb...
23/08/2026

PLSB Sungai Golok: Benteng Sahaja Tidak Cukup, Perlu Pelan Jangka Panjang Pengurusan Aliran Banjir….

Projek Rancangan Tebatan Banjir (PLSB) Sungai Golok merupakan antara projek infrastruktur paling penting bagi mengurangkan risiko banjir di Rantau Panjang dan kawasan sepanjang Lembangan Sungai Golok.

Bagi masyarakat di sini, persoalannya bukan sekadar bila benteng akan siap. Lebih penting ialah bagaimana keseluruhan sistem akan mengurus jumlah air yang besar ketika Monsun Timur Laut, terutama apabila Sungai Golok sudah berada pada paras tinggi.

Benteng Menahan Air, Tetapi Air Tetap Perlu Ada Jalan Keluar………………………….

Pembinaan benteng sememangnya penting untuk menghalang limpahan terus Sungai Golok ke kawasan penempatan.

Namun prinsip asasnya mudah — air yang ditahan oleh benteng tidak hilang…

Apabila kapasiti sungai semakin terhad dan kawasan limpahan semula jadi semakin berkurangan, air perlu mempunyai laluan pelepasan yang selamat.

Sebab itu PLSB tidak seharusnya dilihat daripada aspek ketinggian dan panjang benteng semata-mata.

Ia perlu dilihat sebagai satu sistem yang merangkumi Sungai Golok, Sungai Lachang–Lemal, saliran dalaman, pintu kawalan, spillway serta kemungkinan laluan pelepasan atau flood diversion alternatif.

Spillway 200 Meter — Sementara Sampai Bila?

Antara isu yang perlu mendapat penjelasan ialah kawasan spillway/benteng pecah kira-kira 200 meter di Sungai Lachang–Lemal.

Jika spillway ini merupakan penyelesaian sementara bagi membolehkan pelepasan air ketika keadaan tertentu, persoalan utama penduduk ialah:

“Sementara sampai bila?”………………………

Apakah fungsi sebenar spillway ini apabila Monsun Timur Laut berlaku?

Berapa lama ia perlu dikekalkan?

Dan apabila ia ditutup kelak, apakah sistem yang akan mengambil alih fungsi pelepasan air tersebut?

Penduduk memerlukan timeline dan penyelesaian jangka panjang yang jelas.

Pelan Jangka Panjang: Perlukah Laluan Air Alternatif Dikaji?……………………

Untuk jangka panjang, mungkin sudah tiba masanya satu kajian hidrologi dan hidraulik menyeluruh melihat bukan sahaja bagaimana hendak menahan air, tetapi bagaimana sebahagian lebihan aliran dapat dilepaskan melalui laluan yang lebih selamat.

Antara pilihan yang wajar dikaji oleh pakar dan agensi berkaitan, tertakluk kepada kesesuaian topografi, kapasiti sungai dan impak alam sekitar, ialah pembinaan sungai buatan atau flood diversion channel.

Secara konsep, beberapa pilihan boleh dinilai:

Pertama, diversion terus ke muka kuala.
Satu laluan khas boleh dikaji bagi membawa sebahagian aliran banjir terus menuju ke kawasan pelepasan yang sesuai ke laut tanpa semuanya perlu melalui sistem Sungai Golok.

Kedua, mengalihkan sebahagian aliran ke sistem Sungai Kelantan.
Jika keadaan muka bumi dan kapasiti sungai membenarkan, sebahagian lebihan air dari sistem Lanchang–Lemal boleh dikaji untuk dialihkan ke lembangan Sungai Kelantan.

Antara laluan yang boleh dinilai dari sudut teknikal termasuk melalui Sungai Lemal Mati(tidak berfungsi), Sungai Chicha Tinggi, atau membina mana-mana sungai/laluan alternatif yang mempunyai jarak yang lebih dekat dan sesuai menuju ke sistem Sungai Kelantan.

Ini bukan bermaksud semua air perlu dialihkan ke Sungai Kelantan.

Konsepnya ialah berkongsi dan mengurus beban aliran ketika kejadian banjir ekstrem, supaya keseluruhan tekanan tidak tertumpu kepada Sungai Golok sahaja.

Cari Laluan Paling Pendek dan Paling Selamat……..

Kajian juga tidak seharusnya terikat kepada satu laluan yang telah dikenal pasti lebih awal.

Dengan teknologi pemetaan, data aras tanah, model hidraulik dan simulasi banjir hari ini, pihak berkaitan boleh mengenal pasti:

Apakah laluan paling pendek, paling rendah risikonya dan paling ekonomik untuk membawa sebahagian lebihan air menuju Sungai Kelantan atau terus ke muka kuala?

Jika terdapat laluan semula jadi yang lebih dekat, ia sewajarnya turut dimasukkan dalam kajian.

Pembinaan kolam takungan air/empangan yang boleh menampung sebahagian tekanan air?

Kajian tersebut perlu mengambil kira kapasiti Sungai Kelantan menerima aliran tambahan ketika banjir, risiko memindahkan masalah banjir ke kawasan lain, keperluan pengambilan tanah, struktur kawalan air serta kesan kepada penduduk dan alam sekitar.

Matlamatnya bukan memindahkan banjir dari Rantau Panjang ke tempat lain, tetapi mencari mekanisme pengagihan dan pelepasan aliran yang lebih terkawal.

Benteng Thailand Mengubah Keadaan Semasa…….

Pada masa yang sama, pembangunan benteng di sebelah Thailand khususnya jajaran Rantau Panjang -Kg Tersang- Jambatan Pok Teh Kana–Kg Mundok juga perlu dimasukkan dalam penilaian hidraulik terkini.

Apabila benteng di kedua-dua belah sungai berubah, corak limpahan yang berlaku pada masa dahulu mungkin tidak lagi sama. Contoh terdekat banjir luar musim bulan Julai 2026 di Kg Lachang perlu diambil berat.

Persoalan mengenai perubahan paras air, halaju aliran dan kemungkinan backwater effect perlu dinilai berdasarkan model hidraulik terkini.

Sebab itu persoalan penting ialah:

Adakah reka bentuk asal PLSB masih mengambil kira keadaan sebenar Sungai Golok selepas benteng Thailand siap sepenuhnya?

Sekiranya keadaan fizikal sungai telah berubah, model dan strategi pengurusan banjir juga wajar dinilai semula.

Jangan Hanya Bina Benteng, Urus Ke Mana Air Hendak Pergi…….

PLSB Sungai Golok merupakan projek yang amat diperlukan dan masyarakat mahu projek ini berjaya.

Namun penyelesaian jangka panjang tidak seharusnya berhenti kepada persoalan “berapa tinggi benteng perlu dibina?”

Kita juga perlu bertanya:

“Apabila benteng sudah siap dan air tidak lagi boleh melimpah seperti dahulu, ke mana lebihan air itu hendak dialirkan?”

Sebab itu sudah tiba masanya pilihan seperti flood diversion, sungai buatan, peningkatan kapasiti Sungai Lachang–Lemal serta kemungkinan pengalihan sebahagian aliran ke Sungai Kelantan melalui Sungai Lemal Mati, Sungai Chicha Tinggi atau laluan alternatif yang lebih dekat dinilai secara serius melalui kajian teknikal.

Rakyat Perlukan Pelan A, B dan C

Sementara menunggu penyelesaian kekal, penduduk juga perlu mengetahui apakah tindakan menghadapi Monsun Timur Laut setiap tahun.

Pelan A: bagaimana PLSB berfungsi dalam keadaan normal.

Pelan B: bagaimana lebihan air diurus apabila Sungai Golok mencapai paras kritikal.

Pelan C: apakah tindakan kecemasan jika kapasiti sistem sedia ada tidak lagi mampu menampung aliran.

Dan akhirnya, satu persoalan masih perlu dijawab dengan jelas:

“Spillway 200 meter ini penyelesaian sementara. Jadi sementara sampai bila, apa penyelesaian kekalnya dan apakah laluan sebenar untuk lebihan air apabila keseluruhan benteng PLSB siap?”

Rakyat tidak menolak pembangunan benteng.

Sebaliknya, rakyat mahu melihat satu sistem tebatan banjir yang lengkap — bukan sahaja mampu menahan air, tetapi tahu bagaimana, bila dan ke mana air itu perlu dilepaskan dengan selamat.

UPDATE CUACA PETANG | 22 OGOS 2026Paparan radar sekitar 6:04 petang menunjukkan kelompok hujan lebat berserta ribut peti...
22/08/2026

UPDATE CUACA PETANG |
22 OGOS 2026

Paparan radar sekitar 6:04 petang menunjukkan kelompok hujan lebat berserta ribut petir sedang aktif di selatan Thailand, terutama sekitar Sungai Kolok dan kawasan berhampiran sempadan Kelantan.

🌧️ Berdasarkan kedudukan semasa awan hujan, kawasan Rantau Panjang, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah perlu berwaspada sekiranya sistem ini terus bergerak menghampiri sempadan.

⚡ Aktiviti kilat juga kelihatan agak aktif pada kelompok hujan yang lebih kuat di sebelah barat Sungai Kolok.

📍 Penduduk terutama di kawasan berhampiran Lembangan Sungai Golok disarankan terus memantau keadaan cuaca petang hingga malam ini.

⚠️ Jika berlaku ribut petir, elakkan berada di kawasan lapang, berhampiran pokok besar dan struktur yang mudah tumbang.

Sumber paparan: Windy





PETANG PANAS DI KELANTAN | 20 OGOS 2026Berdasarkan paparan model ECMWF di Ventusky sekitar jam 3.00 petang, suhu di bebe...
20/08/2026

PETANG PANAS DI KELANTAN |
20 OGOS 2026

Berdasarkan paparan model ECMWF di Ventusky sekitar jam 3.00 petang, suhu di beberapa kawasan Kelantan berada sekitar 31–33°C.

🔥 Tanah Merah: ~32–33°C
🌡️ Pasir Mas: ~32°C
🌡️ Kota Bharu: ~31°C
🌡️ Peringat: ~31°C
🌡️ Kuala Krai: ~32°C

Cuaca petang agak panas terutama di kawasan pedalaman. Walaupun suhu sekitar 31–33°C, keadaan sebenar boleh terasa lebih bahang bergantung kepada kelembapan dan pergerakan angin.

💧 Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti terlalu lama di bawah panas terik.

📌 Sumber: Ventusky





Address

Rantau Panjang
17200

Telephone

+60146460561

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ore Tepi Sungai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ore Tepi Sungai:

Shortcuts

Share

Category