Kolam S2 - Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd Said

Kolam S2 - Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd Said Pengurusan Kolam : Nilam Adil Sdn Bhd
Kelab Renang Berdaftar : Gators Swimming Club

πŸ₯‰ TAHNIAH ASHA & COACH NAZHANSeluruh warga Gators Swimming Club bangga dengan kejayaan Asha meraih pingat gangsa acara 1...
19/08/2026

πŸ₯‰ TAHNIAH ASHA & COACH NAZHAN

Seluruh warga Gators Swimming Club bangga dengan kejayaan Asha meraih pingat gangsa acara 100m Kuak Dada Wanita di SUKMA XXII Selangor 2026, mewakili Negeri Sembilan.

Tahniah juga kepada Coach Nazhan atas segala bimbingan, usaha dan komitmen. Terus melangkah

This is only the beginning! πŸ’ͺπŸ”₯

One Team. One Dream. Gators Strong.

Seorang Anak tempatan Negeri Sembilan, Berlatih di Kolam MSN Negeri Sembilan (S2), Dilatih oleh anak tempatan Negeri Sem...
19/08/2026

Seorang Anak tempatan Negeri Sembilan, Berlatih di Kolam MSN Negeri Sembilan (S2), Dilatih oleh anak tempatan Negeri Sembilan dan hasilnya menyumbang sinar pingat di SUKMA 2026.

Tahniah juga buat Jurulatih Kontigen - Coach Nazhan

We’re proud of you. πŸ‘ Thank you for trusting the process and for always showing such a great attitude and setting a good example for all the younger swimmers.

SUKMA XXII SELANGOR 2026

DARI KOLAM, SATU LAGI PINGAT BUAT NEGERI SEMBILAN. πŸ₯‰

Asha Sithamparam berjaya menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara Akuatik Renang 100m Gaya Kuak Dada Wanita.

100 meter yang menuntut kepantasan.
Setiap kayuhan perlu tepat.
Setiap nafas perlu dikawal.
Dan setiap saat menjadi penentu.

Asha kekal fokus dari permulaan hingga sentuhan terakhir, sekali gus memastikan satu lagi tempat di podium buat kontinjen Negeri Sembilan.

Tahniah Asha atas perjuangan dan pencapaian membanggakan ini!

TERUS KAYUH.
TERUS KEJAR.
NEGERI SEMBILAN TERUS TAMBAH PINGAT! πŸ”₯

πŸ”₯πŸŠβ€β™€οΈ TAHNIAH ASHA & ZIYAD! πŸŠβ€β™‚οΈπŸ”₯Gators Swimming Club merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Asha Sithamparam dan Muh...
17/08/2026

πŸ”₯πŸŠβ€β™€οΈ TAHNIAH ASHA & ZIYAD! πŸŠβ€β™‚οΈπŸ”₯

Gators Swimming Club merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Asha Sithamparam dan Muhammad Ziyad atas pemilihan mereka untuk mewakili Negeri Sembilan ke SUKMA XXII Selangor 2026.

Kejohanan ini akan berlangsung pada 19 hingga 23 Ogos 2026 di Selangor, dan pemilihan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat kedua-dua atlet, keluarga, jurulatih serta seluruh warga Gators.

Untuk terpilih ke pentas SUKMA bukan perkara kecil. Ia adalah hasil daripada disiplin, komitmen, pengorbanan dan semangat juang yang telah ditunjukkan sepanjang perjalanan mereka sebagai atlet renang.

Asha dan Ziyad, teruskan berenang dengan penuh keyakinan, keberanian dan kebanggaan. Bawa semangat Gators dan Negeri Sembilan dengan sebaiknya.

Seluruh keluarga Gators bangga dengan pencapaian ini.

Tahniah sekali lagi dan selamat maju jaya!
Swim with purpose. Race with pride. πŸ’ͺπŸŠπŸ’¦










08/08/2026

PENGANJUR HARUS LEBIH PEKA.

Walaupun sesuatu acara sedang berlangsung, perlu diingat bahawa masih ada premis perniagaan yang beroperasi dan pengunjung yang datang ke Kompleks Sukan.

Jangan sampai pemasangan khemah, peralatan atau kenderaan acara menghalang laluan utama dan menyusahkan pengguna lain.

Sila pastikan laluan sentiasa selamat, lancar dan boleh digunakan.



Notis Penutupan Kolam dan Cafeteria sempena Pilihanraya Negeri Sembilan30,31 Julai & 1 Ogos 2026
27/07/2026

Notis Penutupan Kolam dan Cafeteria sempena Pilihanraya Negeri Sembilan

30,31 Julai & 1 Ogos 2026

TAHNIAH TEAM GATORSTahniah kepada pasukan kecil Gators Swimming Club yang berjaya mengharungi cabaran Aquaman Langkawi 2...
27/07/2026

TAHNIAH TEAM GATORS

Tahniah kepada pasukan kecil Gators Swimming Club yang berjaya mengharungi cabaran Aquaman Langkawi 2026.

πŸ“ Hilton Burau Bay, Langkawi
πŸ“… 25 Julai 2026

Barisan perenang Gators:
πŸŠβ€β™‚οΈ Aqil Muizz – 1km
πŸŠβ€β™‚οΈ Azfar Qayyum – 2km
πŸŠβ€β™‚οΈ Amirul Umar – 2km
πŸŠβ€β™€οΈ Humaira Nurwafa – 500m
πŸŠβ€β™€οΈ Aisya Humaira – 500m

Perlumbaan kali ini bukanlah mudah. Faktor cuaca yang kurang baik serta keadaan laut yang bergelora menjadikan saingan lebih mencabar dan menguji ketahanan fizikal serta mental setiap perenang.

Walau bagaimanapun, dengan semangat juang yang tinggi, kesemua lima perenang Gators berjaya menamatkan perlumbaan dengan selamat. Itu sendiri merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Setiap kayuhan tangan, setiap ombak yang ditempuh dan setiap meter yang diharungi adalah pengalaman berharga yang akan menjadikan mereka lebih kuat untuk menghadapi cabaran akan datang.

Tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan ibu bapa atas sokongan yang tidak pernah putus.

** #

Alhamdulillah, selesai sudah program kita. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsun...
19/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah program kita.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Special thanks kepada Presiden, En. Kamal, walaupun tak dapat bersama atas urusan kerja, tetapi tetap memberi sokongan dan meluluskan dana untuk kita jayakan program ini.

Saya sendiri tak sangka begitu banyak sumbangan makanan daripada parents. Alhamdulillah, rezeki kita semua… dan paling penting semuanya habis dinikmati tanpa pembaziran. Terima kasih atas kemurahan hati semua.

Kadang-kadang kita terlalu fokus pada training, timing dan competition sampai terlupa anak-anak, coaches dan parents juga perlukan masa untuk enjoy dan bina kenangan bersama.

Insya-Allah, kalau sambutan macam ni, kita akan usahakan lagi program sebegini. Gators bukan sekadar tempat anak-anak berenang dan mengejar medal kita sedang bina satu keluarga, satu komuniti dan kenangan yang mereka akan bawa sampai besar. 🐊❀️

We train together. We compete together. But most importantly, we grow together.

πŸ“Έ - by Gators Photographer: Bernard

Sport Administrators Course No. 2, 2026 is being held from 13–15 July 2026 at the Negeri Sembilan Chin Woo Athletic Asso...
15/07/2026

Sport Administrators Course No. 2, 2026 is being held from 13–15 July 2026 at the Negeri Sembilan Chin Woo Athletic Association.

Jointly organised by the Olympic Council of Malaysia (OCM), Majlis Sukan Negeri Negeri Sembilan MSNNS

Cheat Day for Our SwimmersAfter a non-stop season of competitions PDOWS, MIAG, 4th National OWS, NSIC, All Star, Malaysi...
14/07/2026

Cheat Day for Our Swimmers

After a non-stop season of competitions PDOWS, MIAG, 4th National OWS, NSIC, All Star, Malaysia Open, MSSNS, MSSM & Splash Leg1.

A day to relax, have fun and create great memories with our swimmers, coaches and parents.

Because success is built not only in the pool, but also beyond it.

GOOD LUCK, GATORS SWIMMERSThe time has come once again for our Gators swimmers to step up, race hard and give their very...
09/07/2026

GOOD LUCK, GATORS SWIMMERS

The time has come once again for our Gators swimmers to step up, race hard and give their very best at the MILO ALL STAR Swimming Championship, happening at PADE, Shah Alam from 10 to 12 July 2026.

To every swimmer representing Gators trust your training, stay focused, race with courage and never be afraid to challenge your limits.

Every start.
Every turn.
Every stroke.
Every finish.

Make it count. πŸ’ͺ

Remember, success is not only measured by medals. It is also found in every personal best, every brave race, every lesson learned and every step forward.

Support one another. Fight for every second. Carry the Gators spirit with pride.

πŸ”₯ Race with courage.
πŸ”₯ Swim with confidence.
πŸ”₯ Compete with pride.

All the very best, Gators!
Go out there and show them what you are made of. πŸŠπŸ’¦πŸŠβ€β™‚οΈπŸŠβ€β™€οΈ

ONE TEAM. ONE GOAL. SWIM WITH PURPOSE.









Address

Rasah
71300

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Telephone

+60124111830

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolam S2 - Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd Said posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kolam S2 - Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd Said:

Share