Pejabat Pendidikan Daerah Raub

Pejabat Pendidikan Daerah Raub Pages terkini berkaitan Pejabat Pendidikan Daerah Raub

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tahniah SMK Sega diatas pencapaian ini.Majlis Apresiasi Transformasi Asrama Madani P...
12/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah SMK Sega diatas pencapaian ini.

Majlis Apresiasi Transformasi Asrama Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2025

๐Ÿ“… 12 Jun 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•— 8.00 malam
๐Ÿ“ Frazel Expo & Convention Hall, Alor Setar, Kedah

Majlis akan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan K.M.N., B.S.K., Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

โ–ถ๏ธ Saksikan majlis tersebut melalui Saluran YouTube SSTP JPN Kedah:
https://youtu.be/Rd03LvSrURs





Lantikan Task Force Center Of Excellence Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pendidikan Daerah Raub. Tarikh: 11.6.2026Masa : 8.3...
11/06/2026

Lantikan Task Force Center Of Excellence Pusat Kegiatan Guru Pejabat Pendidikan Daerah Raub.

Tarikh: 11.6.2026
Masa : 8.30 pagi- 1.30 petang.
Tempat: Dewan Ad Darimi, PPD Raub.










Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang proudly presents the Virtual International Breakthrough Invention, Innovation an...
08/06/2026

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang proudly presents the Virtual International Breakthrough Invention, Innovation and Design Exhibition (VI-BiiDE) 2026, which will be held on 27 August 2026.

This prestigious global event serves as a dynamic platform for innovators, researchers, educators, and designers to showcase transformative ideas, breakthrough inventions, and cutting-edge designs.

Centred around the theme โ€œShaping Tomorrow Through Technological Advancement," the exhibition highlights the vital role of technology and creativity in driving innovation, inspiring collaboration, and building a progressive future for society.

Important Links & Contacts:

Website: https://biidepahang.com/2026/
๐Ÿ“ฉ Email Enquires: [email protected]
๐Ÿ“ง Facebook: https://www.facebook.com/biideuitmpahang
๐Ÿ“Œ FAQ Channel: https://t.me/+MJ6dPa8mzok0ZDZl
๐Ÿ“ Participant Registration: https://tinyurl.com/RegistrationVI-BiiDE2026

Note: PAJSK will be awarded to Malaysian participants.

Register Now! CLICK HERE
Thank you, and we look forward to your participation.

We would highly appreciate it if you could disseminate this information to your faculty members, students, and acquaintances.


Regards
VI-BiiDE 2026 Secretariat

05/06/2026

๐Ÿ“ข PEMAKLUMAN

Semakan calon berjaya Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2026 bagi lepasan SPM boleh dibuat mulai:

๐Ÿ“… 5 Jun 2026
๐Ÿ•’ 3.00 petang

Sila layari pautan berikut untuk semakan:

๐Ÿ”— https://pismp.moe.gov.my/?fbclid=Iwb21leASO_e1jbGNrBI794mV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHsH7AnSxyQywH5-U7d1s5j5xqB9cBlVm4OwGiyNsv-HnYkIEuAxgxxRrtF_i_aem_gXbTxbSYvGdvYlDUxnaqCA

Tahun Ini, Tahun Kita
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€







PODCAST BICARA ILMU 2026EPISOD 4 - AKHIRINOVASI PENDIDIKAN BUKAN PILIHAN TETAPI KEPERLUAN.https://youtu.be/C8Xk-Gdptro  ...
04/06/2026

PODCAST BICARA ILMU 2026
EPISOD 4 - AKHIR
INOVASI PENDIDIKAN BUKAN PILIHAN TETAPI KEPERLUAN.
https://youtu.be/C8Xk-Gdptro










INOVASI PENDIDIKAN BUKAN PILIHAN TETAPI KEPERLUAN.

Moh Membaca & Jom Buat Perekodan AINS.
03/06/2026

Moh Membaca & Jom Buat Perekodan AINS.










Warga Pejabat Pendidikan Daerah Raub merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha...
01/06/2026

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Raub merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H. Menjunjung Kasih Tuanku.Semoga Allah SWT melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta sentiasa berada dalam rahmat, hidayah, dan perlindungan-Nya. Semoga Malaysia terus aman, makmur, dan sejahtera di bawah pemerintahan dan naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Daulat Tuanku!

Ikhlas Daripada,

Rushdan Bin Nordin @ Noordin
Pegawai Pendidikan Daerah & Seluruh Warga Pendidikan Daerah Raub










Salam Aidiladha,keikhlasan menuntut pengorbanan, keimanan menuntut ketaatan. Segenap warga Pejabat Pendidikan Daerah Rau...
27/05/2026

Salam Aidiladha,
keikhlasan menuntut pengorbanan, keimanan menuntut ketaatan. Segenap warga Pejabat Pendidikan Daerah Raub mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga pendidik, ibu bapa, dan murid-murid.

Ikhlas Daripada,

Rushdan Bin Nordin @ Noordin
Pegawai Pendidikan Daerah & Seluruh Warga Pendidiikan Daerah Raub










https://www.facebook.com/share/1EdcG697Yq/
25/05/2026

https://www.facebook.com/share/1EdcG697Yq/

๐——๐—ผ๐—ฎ-๐——๐—ผ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ต

Assalamualaikum

1. Dianjurkan untuk memperbanyak doa pada hari Arafah. Antara waktu terbaik untuk berdoa kerana kemakbulan dan kemustajabannya yang lebih pasti, adalah pada hari Arafah. Dibolehkan juga untuk berdoa dengan apa sahaja doa, begitu juga membacakan doa orang lain yang telah ditulis sebagaimana difatwakan oleh Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmuโ€™.
2. Imam Abu โ€˜Isa al-Tirmizi meriwayatkan di dalam al-Jamiโ€™ menerusi sanadnya daripada โ€˜Amr b. Syuโ€™aib daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏูู‘ุนุงุกู ุฏุนุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ุง ู‚ูู„ู’ุชู ุฃู†ุง ูˆูŽุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ูˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููŠ:
ู„ุง ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดูŽุฑูŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู…ูู„ู’ูƒูุŒ ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนู„ู‰ ูƒูู„ู‘ ุดุฆ ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ
โ€œSebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik (zikir) yang dilafazkan oleh aku dan para Nabi sebelumku ialah (Kalimah Tauhid):
โ€œTiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.โ€
3. Imam al-Nawawi turut mengajar adab-adab berdoa dan berzikir pada Hari Arafah, beliau menegaskan:
ููŠูุณุชุญุจู‘ ุงู„ุฅููƒุซุงุฑู ู…ู† ุงู„ุฐูƒุฑ ูˆุงู„ุฏุนุงุกุŒ ูˆูŠูŽุฌุชู‡ุฏู ููŠ ุฐู„ูƒุŒ ูู‡ุฐุง ุงู„ูŠูˆู… ุฃูุถู„ู ุฃูŠุงู… ุงู„ุณู†ุฉ ู„ู„ุฏุนุงุกุŒ ูˆู‡ูˆ ู…ูุนุธู… ุงู„ุญุฌุŒ ูˆู…ู‚ุตูˆุฏูู‡ ูˆุงู„ู…ุนูˆู‘ู„ ุนู„ูŠู‡ุŒ ููŠู†ุจุบูŠ ุฃู† ูŠุณุชูุฑุบูŽ ุงู„ุฅูู†ุณุงู†ู ูˆูุณุนูŽู‡ ููŠ ุงู„ุฐูƒุฑ ูˆุงู„ุฏุนุงุกุŒ ูˆููŠ ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู‚ุฑุขู†ุŒ ูˆุฃู† ูŠุฏุนูˆูŽ ุจุฃู†ูˆุงุน ุงู„ุฃุฏุนูŠุฉุŒ ูˆูŠุฃุชูŠ ุจุฃู†ูˆุงุน ุงู„ุฃุฐูƒุงุฑุŒ ูˆูŠุฏุนูˆ ู„ู†ูุณู‡ุŒ ูˆูŠุฐูƒุฑ ููŠ ูƒู„ู‘ ู…ูƒุงู†ุŒ ูˆูŠุฏุนูˆ ู…ู†ูุฑุฏุงู‹ ูˆู…ุน ุฌู…ุงุนุฉุŒ ูˆูŠุฏุนูˆ ู„ู†ูุณู‡ุŒ ูˆูˆุงู„ุฏูŠู‡ุŒ ูˆุฃู‚ุงุฑุจู‡ ูˆู…ุดุงูŠุฎู‡ุŒ ูˆุฃุตุญุงุจู‡ุŒ ูˆุฃุตุฏู‚ุงุฆู‡ุŒ ูˆุฃุญุจุงุจู‡ุŒ ูˆุณุงุฆุฑ ู…ูŽู† ุฃุญุณู† ุฅู„ูŠู‡ุŒ ูˆุฌู…ูŠุน ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู†ุŒ ูˆู„ูŠุญุฐุฑู’ ูƒู„ูŽู‘ ุงู„ุญุฐุฑู ู…ู† ุงู„ุชู‚ุตูŠุฑ ููŠ ุฐู„ูƒ ูƒู„ู‡ุŒ ูุฅู† ู‡ุฐุง ุงู„ูŠูˆู… ู„ุง ูŠู…ูƒู† ุชุฏุงุฑูƒู‡ุŒ ุจุฎู„ุงู ุบูŠุฑู‡ุŒ
โ€œDianjurkan untuk memperbanyak amalan berzikir dan doa (pada hari Arafah ini), dan bersungguh-sungguh melaksanakannya. Hari ini merupakan hari terbaik dalam setahun untuk kita berdoa. Ia merupakan detik Haji yang paling utama, tujuan tertingginya serta perkara yang paling dipandang tinggi dan dilihat untuk penilaian. Maka hendaklah kita benar-benar melapangkan diri dan memenuhkan masa kita untuk zikir dan doa (pada hari ini), serta untuk membaca al-Quran, dan berdoa dengan pelbagai jenis doa, pelbagai jenis zikir. Seseorang boleh berdoa buat dirinya sendiri, dan berzikir di mana sahaja tempat dia berada, boleh juga berdoa sendirian atau berdoa beramai-ramai; hendaklah dia berdoa untuk dirinya, kedua ibu bapanya, keluarga dan para gurunya, para sahabat handai dan rakan-rakannya serta sekalian insan yang disayangi, serta seluruh orang yang pernah berjasa dengannya, juga sekalian umat Islam. Dan waspadalah daripada perbuatan kurang zikir dan doa (pada hari ini) kerana peluang tersebut tidak mungkin boleh digapai semula, berbeza dengan amalan-amalan yang lain.โ€
ูˆุงู„ุณูู‘ู†ู‘ุฉ ุฃู† ูŠุฎูุถูŽ ุตูˆุชูŽู‡ ุจุงู„ุฏุนุงุกุŒ ูˆูŠูƒุซุฑ ู…ู† ุงู„ุงุณุชุบูุงุฑ ูˆุงู„ุชู„ูู‘ุธ ุจุงู„ุชูˆุจุฉ ู…ู† ุฌู…ูŠุน ุงู„ู…ุฎุงู„ูุงุชุŒ ู…ุน ุงู„ุงุนุชู‚ุงุฏ ุจุงู„ู‚ู„ุจุŒ ูˆูŠู„ุญู‘ ููŠ ุงู„ุฏุนุงุกุŒ ูˆูŠูƒุฑู‘ุฑู‡ุŒ ูˆู„ุง ูŠุณุชุจุทุฆ ุงู„ุฅูุฌุงุจุฉุŒ ูˆูŠูุชุญ ุฏุนุงุกู‡ ูˆูŠุฎุชู…ู‡ ุจุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูˆุงู„ุซู†ุงุก ุนู„ูŠู‡ ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ุŒ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุชุณู„ูŠู… ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…ุŒ ูˆู„ูŠุฎุชู…ู‡ ุจุฐู„ูƒุŒ ูˆู„ูŠุญุฑุต ุนู„ู‰ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ู…ุณุชู‚ุจู„ูŽ ุงู„ูƒุนุจุฉ ูˆุนู„ู‰ ุทู‡ุงุฑุฉ.
โ€œYang sunnah adalah merendahkan suara ketika berdoa, memperbanyak istighfar, dan melafazkan kata-kata Taubat daripada sekalian dosa, disertai kesungguhan hati. Hendaklah merintih rayu dalam berdoa, sentiasa mengulang-ulang doa tersebut, dan janganlah mengharapkan kelewatan dalam kemustajaban (hendaklah meminta agar ia dikabulkan), memulakan doa dan mengakhirkannya dengan memuji Allah dan memuja-Nya, serta berselawat dan memberi salam ke atas Rasulullah SAW,, dan hendaklah mengakhirkan doa dengannya juga. Hendaklah sentiasa menjaga keadaan diri agar selalu menghadap ke arah Kaabah, dan sentiasa dalam keadaan bersuci (daripada segala hadas).โ€
DOA-DOA MAโ€™THUR HARI ARAFAH
4. Zikir dan doa ini boleh dilaksanakan bagi jemaah Haji yang berada di Arafah, begitu juga selain jemaah Haji di mana sahaja mereka berada, seperti tertera berikut:
Selepas melafazkan kalimah Tauhid di atas sebanyak 100 kali atau 1,000 kali; disunatkan menambah beberapa lafaz yang dinyatakan Imam โ€˜Abd al-Hamid al-Syirwani berkata dalam Hasyiah โ€˜ala al-Tuhfah:
ูˆูŽุฒูŽุงุฏูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ู‡ูŽู‚ููŠูู‘: ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ูููŠ ู‚ูŽู„ู’ุจููŠ ู†ููˆุฑู‹ุง ูˆูŽูููŠ ุณูŽู…ู’ุนููŠ ู†ููˆุฑู‹ุง ูˆูŽูููŠ ุจูŽุตูŽุฑููŠ ู†ููˆุฑู‹ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุดู’ุฑูŽุญู’ ู„ููŠ ุตูŽุฏู’ุฑููŠ ูˆูŽูŠูŽุณูู‘ุฑู’ ู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠ ู…ูุบู’ู†ููŠ ุฒูŽุงุฏูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ู†ูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ู‡ูŽุงูŠูŽุฉู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽูƒ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูƒูŽุงูŽู„ูŽู‘ุฐููŠ ุชูŽู‚ููˆู„ู ูˆูŽุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู…ูŽู‘ุง ู†ูŽู‚ููˆู„ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽูƒ ุตูŽู„ูŽุงุชููŠ ูˆูŽู†ูุณููƒููŠ ูˆูŽู…ูŽุญู’ูŠูŽุงูŠูŽ ูˆูŽู…ูŽู…ูŽุงุชููŠ ูˆูŽุฅูู„ูŽูŠู’ูƒ ู…ูŽุขุจููŠ ูˆูŽู„ูŽูƒ ุชูุฑูŽุงุซููŠ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽูˆูŽุณู’ูˆูŽุณูŽุฉู ุงู„ุตูŽู‘ุฏู’ุฑู ูˆูŽุดูŽุชูŽุงุชู ุงู„ู’ุฃูŽู…ู’ุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒ ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑูู‘ ู…ูŽุง ุชูŽุฌููŠุกู ุจูู‡ู ุงู„ุฑูู‘ูŠุญู ูˆูŽูŠูŽูƒููˆู†ู ูƒูู„ูู‘ ุฏูุนูŽุงุกู ุซูŽู„ูŽุงุซู‹ุง ูˆูŽูŠูŽูู’ุชูŽุชูุญูู‡ู ุจูุงู„ุชูŽู‘ุญู’ู…ููŠุฏู ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ู…ู’ุฌููŠุฏู ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ุณู’ุจููŠุญู ูˆูŽุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ูˆูŽุงู„ุณูŽู‘ู„ูŽุงู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ - ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ - ูˆูŽูŠูŽุฎู’ุชูู…ูู‡ู ุจูู…ูุซู’ู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ู…ูŽุนูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุฃู’ู…ููŠู†ู
โ€œImam al-Bayhaqi menambah (dengan riwayat):
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ูููŠ ู‚ูŽู„ู’ุจููŠ ู†ููˆุฑู‹ุง ูˆูŽูููŠ ุณูŽู…ู’ุนููŠ ู†ููˆุฑู‹ุง ูˆูŽูููŠ ุจูŽุตูŽุฑููŠ ู†ููˆุฑู‹ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุดู’ุฑูŽุญู’ ู„ููŠ ุตูŽุฏู’ุฑููŠ ูˆูŽูŠูŽุณูู‘ุฑู’ ู„ููŠ ุฃูŽู…ู’ุฑููŠ ู…ูุบู’ู†ููŠ ุฒูŽุงุฏูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ู†ูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู†ูู‘ู‡ูŽุงูŠูŽุฉู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูŽูƒูŽ ุงู„ุญู…ุฏู ูƒุงู„ุฐูŠ ู†ู‚ูˆู„ูุŒ ูˆุฎูŠุฑุงู‹ ู…ู…ุง ู†ู‚ูˆู„ูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ูƒ ุตูŽู„ุงุชููŠ ูˆูŽู†ูุณููƒููŠ ูˆูŽู…ูŽุญู’ูŠุงูŠูŽ ูˆูŽู…ูŽู…ูŽุงุชููŠุŒ ูˆุฅู„ูŽูŠู’ูƒูŽ ู…ุขู„ููŠุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูŽ ุฑูŽุจูู‘ ุชูุฑูŽุงุซูŠ ุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูŠ ุฃุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู‚ูŽุจู’ุฑูุŒ ูˆูŽูˆูŽุณู’ูˆูŽุณูŽุฉู ุงู„ุตูŽู‘ุฏู’ุฑูุŒ ูˆูŽุดูŽุชุงุชู ุงู„ุฃู…ู’ุฑูุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุนููˆุฐู ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุดูŽุฑู‘ ู…ุง ุชุฌุฆ ุจู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŠุญู
โ€œDoa: โ€œYa Allah, jadikan cahaya pada hatiku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku. Ya Allah, lapangkan dadaku, permudahkan urusanku.โ€ Doa ini ada dalam kitab al-Mughni, manakala kitab al-Asna menambah dengan doa: โ€œYa Allah, bagi-Mu segala puja sepertimana kami selalu tuturkan, dan segala kebaikan daripada kata-kata baik yang kami lafazkan. Ya Allah, untuk-Mu solatku, manasikku, hidupku dan matiku. Kepada-Mu tempat aku kembali, milik-Mu segala peninggalanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, waswas dalam dada, dan keberselerakan dalam urusan. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang datang melalui angin.โ€
5. Semua doa ini dibaca sebanyak 3 kali; dimulakan dengan tahmid dan memuji Allah serta tasbih dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, dan diakhiri dengan lafaz amin.โ€
6. Selain itu, dianjurkan juga membaca doa: ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ , kemudian disambung dengan doa yang dicadangkan oleh Imam al-Syirwani berikut:
ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฃูŽุฏู’ุนููŠูŽุชูู‡ู ุงู„ู’ู…ูุฎู’ุชูŽุงุฑูŽุฉู {ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ูููŠ ุงู„ุฏูู‘ู†ู’ูŠูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹} [ุงู„ุจู‚ุฑุฉ: ูขู ูก] ุงู„ู’ุขูŠูŽุฉูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุธูŽู„ูŽู…ู’ุช ู†ูŽูู’ุณููŠ ุธูู„ู’ู…ู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุบู’ููุฑู ุงู„ุฐูู‘ู†ููˆุจูŽ ุฅู„ูŽู‘ุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ููŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ู…ูŽุบู’ููุฑูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุนูู†ู’ุฏููƒ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ููŠ ุฅู†ูŽู‘ูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู’ุบูŽูููˆุฑู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ู’ู‚ูู„ู’ู†ููŠ ู…ูู†ู’ ุฐูู„ูู‘ ุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุตููŠูŽุฉู ุฅู„ูŽู‰ ุนูุฒูู‘ ุงู„ุทูŽู‘ุงุนูŽุฉู ูˆูŽุงูƒู’ููู†ููŠ ุจูุญูŽู„ูŽุงู„ููƒ ุนูŽู†ู’ ุญูŽุฑูŽุงู…ููƒ ูˆูŽุงุบู’ู†ูŽู†ููŠ ุจูููŽุถู’ู„ููƒ ุนูŽู…ูŽู‘ู†ู’ ุณููˆูŽุงูƒ ูˆูŽู†ูŽูˆูู‘ุฑู’ ู‚ูŽู„ู’ุจููŠ ูˆูŽู‚ูŽุจู’ุฑููŠ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู†ููŠ ู…ูู†ู’ ุงู„ุดูŽู‘ุฑูู‘ ูƒูู„ูู‘ู‡ู ูˆูŽุงุฌู’ู…ูŽุนู’ ู„ููŠ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑูŽ ูƒูู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒ ุงู„ู’ู‡ูุฏูŽู‰ ูˆูŽุงู„ุชูู‘ู‚ูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽููŽุงููŽ ูˆูŽุงู„ู’ุบูู†ูŽู‰ ู…ูุบู’ู†ููŠ ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุณู’ู†ูŽู‰ ุฅู„ูŽู‘ุง ู‚ูŽูˆู’ู„ูŽู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุฅู„ูŽู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ู’ู‚ูู„ู’ู†ููŠ
โ€œAntara doa-doa terpilih ialah: โ€œWahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia,..โ€ [QS al-Baqarah: 201] (seterusnya membaca):
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุธูŽู„ูŽู…ู’ุช ู†ูŽูู’ุณููŠ ุธูู„ู’ู…ู‹ุง ูƒูŽุซููŠุฑู‹ุง ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุบู’ููุฑู ุงู„ุฐูู‘ู†ููˆุจูŽ ุฅู„ูŽู‘ุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ููŽุงุบู’ููุฑู’ ู„ููŠ ู…ูŽุบู’ููุฑูŽุฉู‹ ู…ูู†ู’ ุนูู†ู’ุฏููƒ ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู†ููŠ ุฅู†ูŽู‘ูƒูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู’ุบูŽูููˆุฑู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ู’ู‚ูู„ู’ู†ููŠ ู…ูู†ู’ ุฐูู„ูู‘ ุงู„ู’ู…ูŽุนู’ุตููŠูŽุฉู ุฅู„ูŽู‰ ุนูุฒูู‘ ุงู„ุทูŽู‘ุงุนูŽุฉู ูˆูŽุงูƒู’ููู†ููŠ ุจูุญูŽู„ูŽุงู„ููƒ ุนูŽู†ู’ ุญูŽุฑูŽุงู…ููƒ ูˆูŽุงุบู’ู†ูŽู†ููŠ ุจูููŽุถู’ู„ููƒ ุนูŽู…ูŽู‘ู†ู’ ุณููˆูŽุงูƒ ูˆูŽู†ูŽูˆูู‘ุฑู’ ู‚ูŽู„ู’ุจููŠ ูˆูŽู‚ูŽุจู’ุฑููŠ ูˆูŽุฃูŽุนูุฐู’ู†ููŠ ู…ูู†ู’ ุงู„ุดูŽู‘ุฑูู‘ ูƒูู„ูู‘ู‡ู ูˆูŽุงุฌู’ู…ูŽุนู’ ู„ููŠ ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑูŽ ูƒูู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฅู†ูู‘ูŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒ ุงู„ู’ู‡ูุฏูŽู‰ ูˆูŽุงู„ุชูู‘ู‚ูŽู‰ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽููŽุงููŽ ูˆูŽุงู„ู’ุบูู†ูŽู‰
โ€œYa Allah, sesungguhnya aku menzalimi diri dengan dengan kezaliman yang terlalu banyak, dan tiada yang mengampunkan dosa-dosa kecuali hanya Engkau, maka ampunkan daku dengan keampunan di sisi-Mu, dan rahmatilah daku kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Ya Allah, pindahkan daku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan taat. Cukupkan rezeki halal buatku berbanding yang haram, dan kayakan daku dengan kurniaan dari-Mu berbanding yang selain-Mu, dan terangilah hatiku dengan sinar cahaya, begitu juga kuburku kelak. Lindungilah aku daripada segala jenis keburukan, dan himpunkan segala kebaikan buat diriku. Ya Allah, aku memohon dari-Mu segala petunjuk, ketakwaan, sifat maruah dan ketidakperluan kepada sesiapa selain-Mu.โ€
7. Tambahan doa ini termaktub dalam kitab al-Mughni, begitu juga dalam kitab al-Asna melainkan perkataan ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ hingga ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงูู†ู’ู‚ูู„ู’ู†ููŠ.โ€
8. Disunatkan untuk membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali kemudian berselawat ke atas Rasulullah SAW. Imam al-Syirwani menukilkan di dalam al-Hasyiah daripada nas Imam โ€˜Abd al-Wahhab al-Syaโ€™rani di dalam kitab al-โ€˜Uhud al-Muhammadiyah, beliau berkata:
ุฑูŽูˆูŽู‰ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ู‡ูŽู‚ููŠูู‘ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูŽู‘ - ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ - ู‚ูŽุงู„ูŽ ยซู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ู…ูุณู’ู„ูู…ู ูˆูŽู‚ูŽููŽ ุนูŽุดููŠูŽู‘ุฉูŽ ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุจูุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู‚ููู ููŽูŠูŽุณู’ุชูŽู‚ู’ุจูู„ู ุงู„ู’ู‚ูุจู’ู„ูŽุฉูŽ ุจููˆูŽุฌู’ู‡ูู‡ู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ู„ูŽุง ุฅู„ูŽู‡ูŽ ุฅู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ุฅู„ูŽู‰ ู‚ูŽุฏููŠุฑู ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุฉู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽู‚ู’ุฑูŽุฃู ู‚ูู„ู’ ู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุฉู ุซูู…ูŽู‘ ูŠูŽู‚ููˆู„ู: ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูƒูŽู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ูŠู’ุช ุนูŽู„ูŽู‰ ุฅุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูˆูŽุขู„ู ุฅุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ุฅู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ู…ูŽุนูŽู‡ูู…ู’ ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุฉู ุฅู„ูŽู‘ุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ูŠูŽุง ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุชููŠ ู…ูŽุง ุฌูŽุฒูŽุงุกู ุนูŽุจู’ุฏููŠ ู‡ูŽุฐูŽุง ุณูŽุจูŽู‘ุญูŽู†ููŠ ูˆูŽู‡ูŽู„ูŽู‘ู„ูŽู†ููŠ ูˆูŽูƒูŽุฑูŽู‘ู…ูŽู†ููŠ ูˆูŽุนูŽุธูŽู‘ู…ูŽู†ููŠ ูˆูŽุนูŽุฑูŽู‘ููŽู†ููŠ ูˆูŽุฃูŽุซู’ู†ูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠูŽู‘ ูˆูŽุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ู†ูŽุจููŠูู‘ูŠ ุงุดู’ู‡ูŽุฏููˆุง ูŠูŽุง ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุชููŠ ุฃูŽู†ูู‘ูŠ ู‚ูŽุฏู’ ุบูŽููŽุฑู’ุช ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุดูŽููŽู‘ุนู’ุชู‡ ูููŠ ู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุณูŽุฃูŽู„ูŽู†ููŠ ุนูŽุจู’ุฏููŠ ู‡ูŽุฐูŽุง ุดูŽููŽู‘ุนู’ุชู‡ ูููŠ ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ู‚ูููยป ุงู†ู’ุชูŽู‡ูŽู‰
โ€œImam al-Bayhaqi meriwayatkan: bahawa Nabi SAW bersabda: โ€œSesiapa dalam kalangan Muslim yang berdiri pada hari Arafah di tempat berwukuf dalam keadaan menghadapkan wajahnya ke arah kiblat kemudian membaca: ู„ุง ุฅูู„ู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดูŽุฑูŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู…ูู„ู’ูƒูุŒ ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏูุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนู„ู‰ ูƒูู„ู‘ ุดุฆ ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ sebanyak 100 kali, kemudian membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali. Kemudian membaca:
ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูƒูŽู…ูŽุง ุตูŽู„ูŽู‘ูŠู’ุช ุนูŽู„ูŽู‰ ุฅุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูˆูŽุขู„ู ุฅุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ุฅู†ูŽู‘ูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ ูˆูŽุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ู…ูŽุนูŽู‡ูู…ู’ ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุฉู
โ€œYa Allah, sampaikan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan kepada keluarga Nabi Muhammad, sepertimana Engkau berselawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia; dan masukkan kami bersama mereka.โ€ sebanyak 100 kali.
9. Melainkan, Allah SWT pasti akan berkata: โ€œWahai malaikat-Ku, apakah ganjaran buat hamba-Ku ini? Dia menyucikan-Ku, mentauhidkan-Ku, memuliakan-Ku, mengagungkan-Ku, mengiktiraf-Ku, memuji-Ku dan berselawat ke atas Nabi-Ku. Bersaksilah wahai sekalian malaikat-Ku, Aku telah mengampunkan mereka dan menjadikan dirinya boleh memberi syafaat. Jika dia meminta kepada-Ku, aku akan jadikan dia boleh memberi syafaat kepada seluruh orang yang berwukuf ini.โ€
10. Disunatkan juga untuk membaca Surah al-Hasyr, Imam al-Ramli berkata:
ูˆูŽูŠูุณู’ุชูŽุญูŽุจูู‘ ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒู’ุซูุฑูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูุฑูŽุงุกูŽุฉู ุณููˆุฑูŽุฉู ุงู„ู’ุญูŽุดู’ุฑู
โ€œDianjurkan (pada hari Arafah) memperbanyakkan membaca Surah al-Hasyr.โ€
11. Hal ini kerana, Surah al-Hasyr sarat dengan unsur simbolik perhimpunan dan perkumpulan sekalian manusia kelak pada hari kiamat, dan ia bersamaan serta bersesuaian dengan tujuan perkumpulan jemaah Haji di padang Arafah.
12. Kemudian, disunatkan memohon keampunan diri, dan juga buat kaum Muslimin dan Muslimat keseluruhannya. Imam Ibn Hajar al-Haytami berkata:
ูˆูŽูŠูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ู„ูู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽุงุชู ู„ูู…ูŽุง ุตูŽุญูŽู‘ ยซุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูู„ู’ุญูŽุงุฌูู‘ ูˆูŽู„ูู…ูŽู†ู’ ุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽุงุฌูู‘ยป
โ€œDan seterusnya memohon keampunan untuk mukminin dan mukminat berdasarkan hadis sahih bahawa Rasulullah SAW berdoa: โ€œYa Allah ampunkanlah sekalian jemaah Haji, dan sesiapa yang jemaah Haji mohon ampun bagi pihak mereka.โ€
13. Disunatkan membaca doa-doa maโ€™thur tambahan daripada Rasulullah, para Sahabat dan para Salafussoleh yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab musnadah seperti berikut.
14.Imam Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan dengan sanadnya; bahawa Amir al-Muโ€™minin โ€˜Ali b. Abi Talib RA turut pernah mengajarkan doa:
ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุนู’ุชูู‚ู’ ุฑูŽู‚ูŽุจูŽุชููŠ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู, ูˆูŽุฃูŽูˆู’ุณูุนู’ ู„ููŠ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฑู‘ูุฒู’ู‚ู ุงู„ู’ุญูŽู„ูŽุงู„ู, ูˆูŽุงุตู’ุฑููู’ ุนูŽู†ู‘ููŠ ููŽุณูŽู‚ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูู†ู‘ู, ูˆูŽุงู„ู’ุฅูู†ู’ุณู
โ€œTuhanku, ya Allah, bebaskanlah daku daripada neraka. Luaskan rezeki yang halal bagiku, dan hindarkan daku daripada jin dan manusia yang jahat lagi fasik.โ€
15. Imam al-Tabarani meriwayatkan menerusi sanadnya bahawa: โ€˜Abdullah b. Masโ€™ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengajarkan zikir yang memustajabkan doa pada Hari Arafah:
ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ุนูŽุฑู’ุดูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถู ู…ูŽูˆู’ุทูุฆูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูููŠ ุงู„ู’ุจูŽุญู’ุฑู ุณูŽุจููŠู„ูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ุณูู„ู’ุทูŽุงู†ูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูููŠ ุงู„ู’ู‚ูุจููˆุฑู ู‚ูŽุถูŽุงุคูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉู ุฑูŽุญู’ู…ูŽุชูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูููŠ ุงู„ู’ู‡ูŽูˆูŽุงุกู ุฑูŽูˆุญูู‡ู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุฑูŽููŽุนูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกูŽ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ูˆูŽุถูŽุนูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฑูŽุถููŠู†ูŽ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ูŽุง ู…ูŽู„ู’ุฌูŽุฃูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู
โ€œMaha Suci Allah yang Arasy-Nya berada di langit, Maha Suci (Allah) yang penguasaan-Nya meliputi seluruh Bumi, Maha Suci (Allah) yang jalan-Nya merupakan lautan bah, Maha Suci (Allah) yang mana kekuasaan-Nya terzahir menguasai neraka, Maha Suci (Allah) yang mana di kuburlah ketetapan-Nya (atas sekalian hamba), Maha Suci (Allah) yang mana di syurgalah terjelma rahmat-Nya. Maha Suci (Allah) yang mana di udara berjalanlah nafas bantuan-Nya. Maha Suci (Allah) yang meninggikan langit, Maha Suci (Allah) yang membawahkan sekalian bumi, Maha Suci (Allah) yang mana tiada yang mampu menyelamatkan sesiapa dari (azab-Nya) kecuali hanya pergi (berlindung) kepada-Nya.โ€
16. Menerusi sanadnya juga: โ€˜Abdullah b. โ€˜Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa di Arafah ketika Haji terakhir baginda:
ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูƒ ุชุณู…ุน ูƒู„ุงู…ูŠ ูˆุชุฑู‰ ู…ูƒุงู†ูŠ ูˆุชุนู„ู… ุณุฑูŠ ูˆุนู„ุงู†ูŠุชูŠ ู„ุง ูŠุฎูู‰ ุนู„ูŠูƒ ุดูŠุก ู…ู† ุฃู…ุฑูŠ ุฃู†ุง ุงู„ุจุงุฆุณ ุงู„ูู‚ูŠุฑ ุงู„ู…ุณุชุบูŠุซ ุงู„ู…ุณุชุฌูŠุฑ ุงู„ูˆุฌู„ ุงู„ู…ุดูู‚ ุงู„ู…ู‚ุฑ ุงู„ู…ุนุชุฑู ุจุฐู†ุจูŠ ุฃุณุฃู„ูƒ ู…ุณุฃู„ุฉ ุงู„ู…ุณูƒูŠู† ูˆุฃุจุชู‡ู„ ุฅู„ูŠูƒ ุงุจุชู‡ุงู„ ุงู„ู…ุฐู†ุจ ุงู„ุฐู„ูŠู„ ูˆุฃุฏุนูˆูƒ ุฏุนุงุก ุงู„ุฎุงุฆู ุงู„ุถุฑูŠุฑ ุฏุนุงุก ู…ู† ุฎุถุนุช ู„ูƒ ุฑู‚ุจุชู‡ ูˆูุงุถุช ู„ูƒ ุนูŠู†ุงู‡ ูˆุฐู„ ู„ูƒ ุฌุณุฏู‡ ูˆุฑุบู… ู„ูƒ ุฃู†ูู‡ ุงู„ู„ู‡ู… ู„ุง ุชุฌุนู„ู†ูŠ ุจุฏุนุงุฆูƒ ุดู‚ูŠุง ูˆูƒู† ุจูŠ ุฑุคูˆูุง ุฑุญูŠู…ุง ูŠุง ุฎูŠุฑ ุงู„ู…ุณุคูˆู„ูŠู† ูˆูŠุง ุฎูŠุฑ ุงู„ู…ุนุทูŠู†
โ€œYa Allah, sesungguhnya Engkau mendengar kalamku, dan Engkau melihat keadaanku, dan Engkau tahu rahsiaku dan keadaanku tatkala sendiri. Tiada satu pun urusanku yang tersorok darimu. Akulah hamba-Mu yang hina dan fakir, yang meminta pertolongan-Mu tatkala s**ar, yang memohon perlindungan-Mu, yang takut dan risau sentiasa, yang berdiri di depan-Mu, mengaku segala dosaku. Aku memohon kepada-Mu sebagai seorang yang miskin, aku menyeru-Mu dengan seruan seorang pendosa yang hina dina. Aku berdoa kepada-Mu dengan doa orang yang takut dan lemah, doa orang yang menundukkan leher kepada-Mu, menangis mataku dengan deraian air mata untuk-Mu, yang menghinakan jasadku buat-Mu, dan celakalah diriku seluruhnya. Ya Allah, jangan pernah Engkau mengecewakan daku dalam doaku ini, berlembutlah denganku, kasihanilah aku. Wahai yang paling terbaik untuk diminta, wahai pemberi yang terbaik dalam kalangan yang memberi.โ€
17. Menerusi sanadnya juga daripada โ€˜Abdullah b. al-Harith RA meriwayatkan bahawa: โ€˜Abdullah b. โ€˜Umar berdoa pada hari Arafah dengan doa berikut:
ุฃู† ุงุจู† ุนู…ุฑ ูƒุงู† ูŠุฑูุน ุตูˆุชู‡ ุนุดูŠุฉ ุนุฑูุฉ ูŠู‚ูˆู„: ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑุŒ ุงู„ู„ู‡ู… ุงู‡ุฏู†ุง ุจุงู„ู‡ุฏู‰ ูˆุฒูŠู†ุง ุจุงู„ุชู‚ูˆู‰ ูˆุงุบูุฑ ู„ู†ุง ููŠ ุงู„ุขุฎุฑุฉ ูˆุงู„ุฃูˆู„ู‰ุŒ ุซู… ูŠุฎูุถ ุตูˆุชู‡ ุซู… ูŠู‚ูˆู„: ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูŠ ุฃุณุฃู„ูƒ ู…ู† ูุถู„ูƒ ูˆุนุทุงุฆูƒ ุฑุฒู‚ุง ุทูŠุจุง ู…ุจุงุฑูƒุง ุงู„ู„ู‡ู… ุฃู†ุช ุฃู…ุฑุช ุจุงู„ุฏุนุงุก ูˆู‚ุถูŠุช ุนู„ู‰ ู†ูุณูƒ ุจุงู„ุฅุฌุงุจุฉุŒ ุฑุจ ูˆุฃู†ุช ู„ุง ูŠุฎู„ู ูˆุนุฏูƒ ูˆู„ุง ูŠูƒุฐุจ ุนู‡ุฏูƒ ุงู„ู„ู‡ู… ู…ุง ุฃุญุจุจุช ู…ู† ุฎูŠุฑ ูุญุจุจู‡ ุฅู„ูŠู†ุง ูˆูŠุณุฑู‡ ู„ู†ุงุŒ ูˆู…ุง ูƒุฑู‡ุช ู…ู† ุดุฑ ููƒุฑู‡ู‡ ุฅู„ูŠู†ุง ูˆุฌู†ุจู†ุงู‡ุŒ ูˆู„ุง ุชู†ุฒุน ู…ู†ุง ุงู„ุฅุณู„ุงู… ุจุนุฏ ุฅุฐ ุฃุนุทูŠุชู‡ ู„ู†ุง ูŠุง ุฃุฑุญู… ุงู„ุฑุงุญู…ูŠู†.
โ€œIbn โ€˜Umar meninggikan suaranya pada pagi hari Arafah, membaca: โ€œTiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.โ€ Ya Allah, berilah hidayah kepada kami dengan petunjuk, hiasilah kami dengan takwa, dan ampunkanlah kami di dunia dan di akhirat kelak.โ€ Kemudian beliau merendahkan suara beliau seraya berdoa: โ€œYa Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan kurniaan dan pemberian-Mu, (aku mohon) rezeki yang baik dan diberkati. Ya Allah, Engkau mengarahkan (kami) untuk berdoa, dan Engkau tetapkan bahawa Diri-Mu akan memakbulkannya. Tuhanku, Engkau tidak pernah menyelisihi janji-janji-Mu, Engkau tidak pernah mendustai sebarang ikatan. Ya Allah, segala kebaikan yang Engkau s**a, maka jadikanlah kami turut s**akannya dan permudahkanlah kami untuknya. Dan setiap apa yang Engkau benci, maka jadikanlah kami turut membencinya juga, dan hindarkan kami daripadanya. Janganlah Engkau mencabut nikmat Islam daripada kami setelah Engkau memberikannya kepada kami. Wahai yang Maha Pengasih antara sekalian yang mengasihi.โ€

๐‘ซ๐’Š๐’”๐’†๐’…๐’Š๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘ถ๐’๐’†๐’‰ ๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ด๐’–๐’‡๐’•๐’Š ๐‘ต๐’†๐’ˆ๐’†๐’“๐’Š ๐‘ท๐’‚๐’‰๐’‚๐’๐’ˆ

"Memasyarakatkan Ilmu, Mengilmukan Masyarakatโ€





๐Ÿ“ข *HEBAHAN PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2026* ๐Ÿ“ข๐ŸŽฏ Terbuka kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas๐Ÿ“ *Tempat:* CINTAA@RaubJ...
25/05/2026

๐Ÿ“ข *HEBAHAN PROGRAM CUTI SEKOLAH JUN 2026* ๐Ÿ“ข

๐ŸŽฏ Terbuka kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas
๐Ÿ“ *Tempat:* CINTAA@Raub

Jom sertai program teknologi dan robotik yang menyeronokkan sepanjang cuti sekolah ini! ๐Ÿค–โœจ

๐Ÿ”น*ARDUINO UNTUK BUKAN PENGATURCARA*
๐Ÿ“…*Tarikh:* 3 Jun 2026
๐Ÿ•˜*Masa:* 9.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari

โœ… Asas pengaturcaraan Arduino & elektronik
โœ… Pengenalan kepada pengaturcaraan visual menggunakan mBlock

๐Ÿ’ฐ *Yuran:* RM10.00
๐Ÿ”— *Daftar:* https://forms.gle/SpZrRqFZkD54iGRB9

๐Ÿ”น *PENGENALAN KEPADA BBC MICRO:BIT*
๐Ÿ“… *Tarikh:* 4 Jun 2026
๐Ÿ•˜ *Masa:* 9.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari

โœ… Asas pengaturcaraan Micro:bit & elektronik
โœ… Pengenalan kepada pengaturcaraan visual menggunakan MakeCode

๐Ÿ’ฐ *Yuran:* RM10.00
๐Ÿ”— *Daftar:* https://forms.gle/aKAL7gBJAjhgrP4VA

๐Ÿ”น *MAKE-A-BOT: RC SUMO ROBOT (2 hari)*
๐Ÿ“… *Tarikh:* 5 & 6 Jun 2026
๐Ÿ•˜*Masa:*
5 Jun: 9.00 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
6 Jun: 9.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari

โœ… Pengenalan robot sumo
โœ… Pemasangan & pengaturcaraan robot menggunakan mBlock
โœ… Mini pertandingan robot sumo

๐Ÿ“Œ *Keperluan: Telefon pintar*
๐Ÿ’ฐ Yuran: RM20.00
๐Ÿ”— Daftar: https://forms.gle/5SvZskqH2pPBfZz46

๐Ÿ“ž Untuk pertanyaan & pendaftaran:
๐Ÿ‘ค En. Mohamad Asyuwad
๐Ÿ“ฑ 017-2480926
๐Ÿ“ง [email protected]

โœจ Tempat adalah terhad. Daftar segera! โœจ

Dibawakan khas oleh BAKASA ๐Ÿค

Address

Jalan Tras
Raub
27600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6093551076

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pendidikan Daerah Raub:

Share