13/08/2026
PERBINCANGAN PENUBUHAN KELAB KANU ARUS DERAS JERAM BESU CAPAI PERSETUJUAN
RAUB, 13 Ogos – Sesi perbincangan berkaitan penubuhan Kelab Kanu Arus Deras Jeram Besu telah diadakan antara Encik Sophian Tukiman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Raub bersama Encik Jamrizal Mohd Hussin, Presiden serta ahli jawatankuasa penaja kelab. 🤝
Perbincangan meliputi struktur organisasi, proses pendaftaran, perancangan aktiviti serta hala tuju kelab dalam memperkasa penglibatan belia dalam sukan kayak, rekreasi dan aktiviti kemasyarakatan. 💪🛶
Penubuhan kelab ini diharap dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat belia serta menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi air di Jeram Besu. 🌊✨
"JBS PAHANG, Number One" 🥇
Disediakan oleh:-
PBSD Raub