15/04/2023
Kampung Ulu Sungai
Kampung Ulu Sungai merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam daerah Raub, yakni dalam negeri Pahang, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Lokasinya yang berada di kaki Banjaran Titiwangsa menjadikan ia salah sebuah lokasi ekopelancongan terkemuka di negeri Pahang.
Kampung yang diberi nama Tanjong Krayong suatu ketika dahulu ini, diberi nafas baru pada namanya sinonim dengan jajaran sungai yang dingin juga sejuk mata memandang. Selain air sungainya yang jernih, mengalir segar dari banjaran dan bukit bukau, terdapat juga kawasan hutan yang menyimpan beribu spesis flora dan fauna. Spesis flora seperti Bunga Pakma yang langka juga terdapat disini.
Terletak di sempadan antara negeri Pahang dan Perak serta terpisah oleh jajaran megah Banjaran Titiwangsa membuatkan suasana di sini cukup tenang dan damai. Laluan ekstrem dan mencabar merentasi banjaran ini menjadi tarikan utama buat peminat aktiviti s**an lasak dari dalam dan luar negara. Laluan ini juga menjadi saksi sejarah perjuangan orang-orang Melayu terdahulu semasa pendudukan jepun dan komunis.
Berada dalam Kawasan Hulu Sungai Pahang ditambah p**a tanah yang subur dari kaki banjaran menjadikan produk tanaman dan pertanian di sini sedikit berbeza kualitinya. Terutama bagi tanaman durian kampung. Variasi rasa yang eksotik dari pohon yang berusia puluhan malah mencecah ratusan tahun membuatkan ia mempunyai lingkaran peminatnya yang tersendiri.
Cuacanya yang dingin juga damai, serta tanahnya yang kaya dengan sumber alam meletakkan kampung ini sebagai salahsatu hub ekopelancongan yang wajib anda terokai di Negeri Pahang.
Jemput like Kampung Ulu Sungai