Batalion Ketiga Rej 505 AW Official

Batalion Ketiga Rej 505 AW Official 27600 Raub, Pahang

PENYERAHAN CEK INSURANS KELOMPOK ATM DAN ZIARAH ANGGOTA KOMPENI DELTA, CAMERON HIGHLANDSCAMERON HIGHLANDS, 8 Mac 26 โ€“ Pe...
08/03/2026

PENYERAHAN CEK INSURANS KELOMPOK ATM DAN ZIARAH ANGGOTA KOMPENI DELTA, CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS, 8 Mac 26 โ€“ Penyerahan cek insurans kelompok Atm kepada waris mendiang LKpl Chan Zhen Hao telah diadakan di perkarangan perumahan beliau di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Seterusnya telah diadakan juga ziarah anggota kompeni Delta, Lokasi Cameron Highlands iaitu Lkpl Afendi bin Bah Panchi yang menghidap penyakit kanser hidung di kediamannya di Kg Kuala Boh, Cameron Highlands. Didoakan agar Lkpl Afendi diangkat kesakitannya oleh Allah Swt.

Turut hadir, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rej 505 Askar Wataniah, Lt Kol Dato' Tan Kee Fatt, Pemangku Ketua Kompeni Kompeni Delta, Lt Muhammad Farid Bin Mahmuddin dan KSM Batalion Ketiga Rej 505 Askar Wataniah, PW 2 Mohd Affendi Bin Abdullah.

๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐๐„๐†๐€๐‘๐€







Rejimen 505 Askar Wataniah Official

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Œ๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐”๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ KE ๐Š๐„๐Œ ๐๐”๐๐‚๐€๐Š ๐Œ๐€๐’, ๐‘๐€๐”๐, ๐๐€๐‡๐€๐๐†Raub: Timb...
21/11/2025

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐”๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐Œ๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐”๐ ๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ KE ๐Š๐„๐Œ ๐๐”๐๐‚๐€๐Š ๐Œ๐€๐’, ๐‘๐€๐”๐, ๐๐€๐‡๐€๐๐†

Raub: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datoโ€™ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah melaksanakan Lawatan Pemantauan Projek Pembaikan Cerun di Batalion Ketiga, Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Puncak Mas, Raub, Pahang pada 10 November 2025 yang lalu.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau status semasa kerja-kerja pembaikan cerun yang sedang dilaksanakan serta mengenal pasti cabaran teknikal yang dihadapi di peringkat pelaksanaan.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat keseluruhan projek oleh Timbalan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, diikuti pembentangan teknikal oleh wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub dan JKR Cerun Malaysia. Seterusnya, delegasi dibawa melawat ke tapak Cerun Fasa 1 dan Fasa 2.

Lawatan diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Lawatan, acara bergambar dan penyampaian cenderahati kepada pihak yang terlibat.

Lawatan ini memberi ruang kepada TPTD untuk memahami secara lebih dekat perkembangan semasa projek penyenggaraan cerun serta mengenal pasti langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan keselamatan dan kestabilan infrastruktur di kawasan kem terus terpelihara.




๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑPAHANG, 25 Oktober 202...
27/10/2025

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ช๐—œ๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—”๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ง ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

PAHANG, 25 Oktober 2025 - Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman , Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato' Mohamad Suria bin Mohamad Saad ,Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Datoโ€™ Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fablillah telah menghadiri Program Jelajah Wira Madani Angkatan Tentera Malaysia dan Program Satelit Madani Rakyat Tahun 2025 bertempat di Felda Sungai Koyan, Lipis.

Terdahulu, PMB TD telah menghadiri Majlis Perasmian Program Jelajah Wira Madani Angkatan Tentera Malaysia dan Program Satelit Madani Rakyat Tahun 2025 yang disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang.

Program Jelajah Wira Madani Angkatan Tentera Malaysia dan Program Satelit Madani Rakyat Tahun 2025 ini diadakan bagi menyantuni Petugas Barisan Hadapan dan ahli keluarga termasuk veteran dan masyarakat setempat.

Seusai majlis perasmian, PMB TD telah mengiringi YAB Menteri Besar Pahang untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada veteran ATM. Seterusnya, PMB TD berkesempatan untuk mengunjungi booth-booth pameran di program tersebut serta menyaksikan persembahan Tempur Tanpa Senjata dan Drumline oleh pasukan naungan 4 Briged (Mek).




31/08/2025

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›

Timbalan Komander dan seluruh warga Rejimen 505 Askar Wataniah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar di atas penganugerahan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos 2025 yang lalu.



31 OGOS 2025 | RAUBBatalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaa...
31/08/2025

31 OGOS 2025 | RAUB

Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 Peringkat Daerah Raub yang diraikan dengan penuh semangat patriotik dimulai dengan lintas hormat daripada 30 buah kontinjen.

Aturcara diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami, bacaan doa, serta lafaz Ikrar Rukun Negara.

Seterusnya, Pegawai Daerah Raub , selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan amanat kemerdekaan YAB Menteri Besar Pahang diikuti dengan persembahan sajak dan tarian kebudayaan.

Turut hadir, Pegawai ๏ฟผMemerintah Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah, Lt Kol Datoโ€™ Tan Kee Fatt dan Penolong Pegawai Rintah, Lt Kol Mazlan Bin Husin.



๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐š๐ง๐๐ž๐ซ ๐‘๐ž๐ฃ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐Ÿ“๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐€๐ฌ๐ค๐š๐ซ ๐–๐š๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐กMerafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke ...
25/08/2025

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง
๐Š๐จ๐ฆ๐š๐ง๐๐ž๐ซ ๐‘๐ž๐ฃ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐Ÿ“๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐€๐ฌ๐ค๐š๐ซ ๐–๐š๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ก

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan Hari Ulang Tahun Keputeraan YAM Tengku Panglima Raja.

Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah dan seluruh warga Batalion Ketiga Rejimen 505 Askar Wataniah mendoakan semoga YAM Tengku Panglima Raja dilanjutkan usia dengan penuh keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.






24 JUL 2025 | RAUBPROGRAM JIWA MURNI REJ 505 AW DI ULU SUNGAI, RAUB.Program Jiwa Murni telah diadakan sempena Latihan Ke...
12/08/2025

24 JUL 2025 | RAUB

PROGRAM JIWA MURNI REJ 505 AW DI ULU SUNGAI, RAUB.

Program Jiwa Murni telah diadakan sempena Latihan Kem Tahunan Siri 1/2025. Program ini merangkumi aktiviti derma darah, pemeriksaan kesihatan, promosi Askar Wataniah dan gotong-royong membersihkan kawasan Balai Raya Ulu Sungai, Raub.

Program ini sejajar dengan Pengukuhan kerjasama awam-tentera (CIMIC). Program ini melibatkan kerjasama antara Rej 505 AW , Pejabat Kesihatan Daerah Raub, Hospital Raub dan penduduk Kampung Ulu Sungai.


๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡MENTAKAB, 2 OGOS 2025 - Perbarisan Penutup ...
12/08/2025

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡

MENTAKAB, 2 OGOS 2025 - Perbarisan Penutup Latihan Kem Tahunan Siri 1/2025 Rejimen 505 Askar Wataniah dan Pertandingan Menembak JAKPAW telah diadakan di Lapang Sasar Pasir Laba, Mentakab. YBhg Brig Jen Dato' Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fablillah Panglima 4 Briged (Mekanize) selaku Pegawai Tabik Hormat.

Perbarisan penutup ini menandakan berakhirnya latihan intensif selama dua minggu yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta semangat kerjasama di kalangan anggota Rejimen 505 Askar Wataniah.

Latihan Kem Tahunan ini diadakan sejajar dengan hasrat daripada pucuk pimpinan Tentera Darat yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan Angkatan Askar Wataniah yang kredibel dan efektif dalam menjalankan tugas dan peranannya membantu kepada Angkatan Tetap Tentera Darat.

Perbarisan ini berkonsepkan perbarisan statik yang melibatkan 12 Pegawai dan 57 anggota Lain - Lain Pangkat yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Zamri bin Wahab.

Penutup Perbarisan LKT Siri 1/2025 pada tahun ini merupakan satu acara yang bersejarah dengan penglibatan JAKPAW di dalam pelbagai aktiviti termasuklah menembak, pendedahan kepada ikhtiar hidup, dan joyride kenderaan jenis A.

Perbarisan turut diselitkan dengan acara penyampaian hadiah menembak antara batalion, penyampaian cenderamata kategori jatuh piring, hadiah menembak JAKPAW dan hadiah keseluruhan terbaik. Selain itu juga, turut diselitkan dengan penyampaian lambang Mekanize oleh Panglima 4 Briged (Mekanize) kepada Ahli JAKPAW Negeri Pahang.

Seterusnya, dalam ucapan penutup, Brig Jen Dato' Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fablillah Panglima 4 Briged (Mekanize) beliau menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen dan kerjasama yang jitu dalam latihan ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang telah berjaya mengharungi latihan dengan jayanya.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan tengah hari. Semua yang hadir turut mengambil peluang untuk beramah mesra dan mengeratkan silaturrahim, menjadikan majlis penutup ini sebagai kenangan manis buat semua yang terlibat.



29/07/2025

๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ’ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ (๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐™๐„) ๐€๐“๐€๐’ ๐๐„๐๐†๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐‰๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐„๐’๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€

Timbalan Komander dan Seluruh warga Rejimen 505 Askar Wataniah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato' Wan Mohd Faizal Shahrin bin W. Mohamad Fabllillah, Panglima 4 Briged (Mekanize), atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Datoโ€™, sempena Ulang Tahun Ke-66 Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Penganugerahan ini merupakan suatu pengiktirafan tertinggi terhadap kewibawaan, dedikasi, serta khidmat bakti Yang Berbahagia Datoโ€™ dalam memperkasakan 4 Briged (Mekanize) sebagai sebuah formasi yang unggul, serta mempertahan maruah dan kedaulatan tanah air tercinta.

Seluruh Warga Rejimen 505 Askar Wataniah mendoakan semoga Yang Berbahagia Datoโ€™ terus dikurniakan kekuatan, keberkatan dan kejayaan dalam menerajui kepimpinan yang cemerlang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga formasi.



29/07/2025

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Timbalan Komander, Lt Kol Ahmad Zakhuan bin Yahya serta seluruh warga Rejimen 505 Askar Wataniah merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Datoโ€™ Sri sempena Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 pada 26 Julai 2025 bersamaan 1 Safar 1447H.



RAUB : Hari Peringatan Force 136 Pahang telah diadakan pada 27 Julai 2025 di Batalion Ketiga, Rejimen 505 Askar Wataniah...
29/07/2025

RAUB : Hari Peringatan Force 136 Pahang telah diadakan pada 27 Julai 2025 di Batalion Ketiga, Rejimen 505 Askar Wataniah, Kem Puncak Mas, Raub.

Hari Peringatan Force 136 Pahang telah diadakan bagi memperingati seramai 244 orang pejuang yang menentang tentera Jepun dalam era Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu. Sebagai peringatan, sebuah Tugu Peringatan Force 136 Pahang telah dibina di Kem Puncak Mas di sini, yang telah dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah pada 24 September 2022.

Lt Kol (B) Abd Aziz bin Mahmud iaitu seorang anak kepada pejuang, telah pun dijemput untuk mengkisahkan latar belakang Force 136 Pahang. Beliau telah menceritakan pengalaman bapa beliau yang merupakan salah seorang pejuang Force 136 Pahang. Banyak pengalaman rahsia yang dikisahkan dan membuatkan para hadirin merasa tersentuh dan berbangga dengan sumbangan oleh para pejuang terdahulu.

โ€œMengimbas kembali sejarah Force 136, pasukan ini ditubuhkan pada 16 Mac 1944 adalah nama samaran kepada operasi sulit yang bertujuan melakukan perisikan dan sabotaj terhadap tentera Jepun".

โ€œPada 1 Disember 1945, Force 136 telah dibubarkan selepas tentera Jepun menyerah kalah dan anggota Force 136 dikekalkan sebagai askar Wataniah,โ€ katanya pada majlis hari peringatan Tugu Force 136 di Kem Puncak Mas di sini hari ini.

Menyorot sejarah penubuhan pada 1 Disember 1945, Force 136 ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah dan anggota Force 136 dikekalkan sebagai sebagai Askar Wataniah.

Hari Peringatan Force 136 Pahang Rejimen 505 Askar Wataniah telah disempurnakan oleh Kol (K) Dato Hj Zulkifli bin Yaa'cob yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Pahang. Turut hadir adalah Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Pahang serta wakil-wakil jabatan kerajaan negeri.

Tugu peringatan ini adalah cetusan Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustaโ€™in semasa tuanku menjawat Komander Rejimen 505 Askar Wataniah.

Address

Batalion Ketiga Rej 505 Askar Wataniah, Kem Puncak Mas
Raub
27600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Ketiga Rej 505 AW Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share