Polis Daerah Raub

Call Directions

Polis Daerah Raub Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Raub, Government Organization, Raub.

LAWATAN KEBAJIKAN KEATAS ANGGOTA PONDOK POLIS PAMAH KULAT, BALAI POLIS D**G, IBU PEJABAT POLIS DAERAH RAUB, PAHANGJumaat...
25/09/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KEATAS ANGGOTA PONDOK POLIS PAMAH KULAT, BALAI POLIS D**G, IBU PEJABAT POLIS DAERAH RAUB, PAHANG

Jumaat, 25 September 2026, YDH Supt Mohd Shahril Bin Abdul Rahman Ketua Polis Daerah Raub bersama YDH DSP Mohd Farid Bin Mokhtar@Jahidin, Timbalan Ketua Polis Daerah Raub telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota pondok polis Pamah Kulat, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di Wad Kecemasan, Hospital Raub, Pahang.

Lawatan ke atas mereka dibuat atas tanda keprihatinan bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada ahli keluarga anggota di samping memperkukuh hubungan ukhwah di kalangan warga PDRM.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YB Datoโ€™ Fadzli Bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Belia Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang serta Pegawai Rendah Polis IPD Raub.

Seluruh warga Polis IPD Raub turut mendoakan agar pesakit diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS) LARIAN 2.4KM, BAGI BULAN SEPTEMBER TAHUN 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH RAUB.Rau...
25/09/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT (GHS) LARIAN 2.4KM, BAGI BULAN SEPTEMBER TAHUN 2026 PERINGKAT IBU PEJABAT POLIS DAERAH RAUB.

Raub, 25 September 2026 (Jumaat) jam lebih kurang 8.00 pagi telah dijalankan program Gaya Hidup Sihat (GHS) larian 2.4KM, peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang.

Seramai (8) Pegawai Kanan Polis, (88) Pegawai Rendah Polis dan (12) Pegawai Awam di bawah Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub telah hadir bersama-sama menjayakan program Gaya Hidup Sihat.

Program dimulakan dengan Lapor Baris oleh Penolong Pegawai Baris kepada Pegawai Baris seterusnya kepada YDH DSP Mohd Farid Bin Mokhtar@Jahidin, Timbalan Ketua Polis Raub.

Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti pemanas badan bagi mempersiapkan peserta, sebelum mereka memulakan jasmani.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi meningkat kesedaran disamping meningkatkan menjalani gaya hidup cergas dan sihat serta mengeratkan silaturahim dan ukhwah dikalangan pegawai dan anggota di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.





#2.4KM

24/09/2026
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SANTUNAN BERSAMA JABATAN/AGENSI DAERAH RAUB Raub, 23 September 2026 โ€“ Suruhanjaya Bebas T...
24/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SANTUNAN BERSAMA JABATAN/AGENSI DAERAH RAUB

Raub, 23 September 2026 โ€“ Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis Negeri Pahang telah mengadakan Mesyuarat Pelarasan Program Santunan Madani yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Siti Jalilah Binti Abd Manap, Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis di Bilik Mesyuarat IPD Raub.

Mesyuarat tersebut bertujuan menyelaras perancangan, memperkemas pelaksanaan serta memperkukuh sinergi antara kementerian dan pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan kedua-dua program dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Program ini bakal menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, pameran, khidmat nasihat dan aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk setempat, sekali gus memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti.

Dalam ucapannya, Yang Berusaha Puan Siti Jalilah Binti Abd Manap, Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis, menekankan bahawa kejayaan penganjuran program bergantung kepada komitmen tinggi, koordinasi yang mantap serta kerjasama strategik semua agensi yang terlibat.

Beliau turut menggesa setiap pihak agar melaksanakan tanggungjawab secara proaktif dan berfokus bagi memastikan setiap pengisian program memberi impak yang signifikan kepada masyarakat serta memperkukuhkan agenda perpaduan negara.

PDRM Ibu Pejabat Daerah Polis Raub juga ditugaskan sebagai AJK keselamatan, kawalan lalulintas serta litupan keselamatan kepada Menteri Dalam Negeri serta orang ramai sepanjang program berlangsung.

YDH Supt Mohd Shahril Bin Abdul Rahman,Ketua Polis Daerah Raub juga telah mengadakan Sesi Ramah Mesra rombongan bersama YDH Tuan KPD di pejabatnya serta menjemput Yang Berusaha Puan Siti Jalilah Binti Abd Manap, Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis untuk menandatangani Buku Pelawat.




Semak fakta kini lebih mudah dengan AIFA โœ…WhatsApp 03-8688 7997, hantar berita untuk disemak dan terima jawapan sahih ๐Ÿ”E...
23/09/2026

Semak fakta kini lebih mudah dengan AIFA โœ…

WhatsApp 03-8688 7997, hantar berita untuk disemak dan terima jawapan sahih ๐Ÿ”

Elak maklumat palsu โ€” layari https://sebenarnya.my/ ๐ŸŒ




23/09/2026
โ€œDADAH: SEKADAR CUBA-CUBA ATAU BERMULA SEBUAH KEHANCURAN?โ€Pernah tertanya-tanya kenapa golongan muda mudah terjebak deng...
21/09/2026

โ€œDADAH: SEKADAR CUBA-CUBA ATAU BERMULA SEBUAH KEHANCURAN?โ€

Pernah tertanya-tanya kenapa golongan muda mudah terjebak dengan dadah?
Apa akibatnya?
Apa tindakan undang-undang?
Dan paling penting โ€” macam mana nak elakkan diri daripada terjebak?

๐ŸŽ™๏ธ Ikuti Podcast Bicara Sinergi PDRM Raub & PPD Raub โ€” kita bicarakan realiti, risiko dan kesan penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda.

๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Raub
๐Ÿค bersama
๐Ÿซ Pejabat Pendidikan Daerah Raub

๐ŸŽง Jom dengarkan perkongsian kami!

๐Ÿ‘‰ Tonton sampai habis.
๐Ÿ‘‰ Tag kawan sekolah anda.
๐Ÿ‘‰ Share kepada ibu bapa dan guru.

Satu perkongsian mungkin menjadi sebab seseorang memilih untuk berkata: โ€œTIDAKโ€ kepada dadah. ๐Ÿ’™

Episod 1- PODCAST BICARA SINERGI PDRM RAUB DAN PPD RAUB

FARDHU AIN DAN PENGUASAAN AL QURAN PERKEP DAN ANAK-ANAK PDRM RAUBRaub - BAKA IPD Raub mengambil inisiatif dengan mengada...
20/09/2026

FARDHU AIN DAN PENGUASAAN AL QURAN PERKEP DAN ANAK-ANAK PDRM RAUB

Raub - BAKA IPD Raub mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas bagi memantapkan dan memperbetulkan bacaan - bacaan dalam solat dan bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul serta menggalakkan anak - anak hadir ke surau untuk solat secara berjemaah. Aktiviti ini diadakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat melibatkan PERKEP serta anak-anak IPD Raub di Surau Al-Amin IPD Raub, Pahang.

Semoga usaha ini diteruskan serta dapat membentuk warga PDRM yang cintakan Al-Quran dan masjid pada masa akan datang.


LAWATAN KEBAJIKAN KEATAS ANAK KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK DAN ANAK ANGGOTA BALAI POLIS RAUB, IBU PEJABAT PO...
18/09/2026

LAWATAN KEBAJIKAN KEATAS ANAK KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK DAN ANAK ANGGOTA BALAI POLIS RAUB, IBU PEJABAT POLIS DAERAH RAUB, PAHANG

Jumaat, 18 September 2026, Ydh Supt Mohd Shahril Bin Abdul Rahman Ketua Polis Daerah Raub bersama isteri Ybhg YM Puan Tuan Nur Isyahida Binti Tuan Ismail, Pengerusi PERKEP IPD Raub telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anak Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan anak anggota polis Balai Raub, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub di Wad Kanak-Kanak, Hospital Raub, Pahang.

Lawatan ke atas mereka dibuat atas tanda keprihatinan bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada ahli keluarga anggota di samping memperkukuh hubungan ukhwah di kalangan warga PDRM.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Puan Siti Rasyidah Binti Yaakop, Naib Pengerusi PERKEP IPD Raub serta Pegawai Rendah Polis IPD Raub.

Seluruh warga Polis IPD Raub turut mendoakan agar sakit diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt.

Address

Raub
27600

Telephone

+6093552222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share