SMK SATAK

SMK SATAK SMK SATAK : BERUSAHA...BERJAYA

Permanently closed.

LAGU SEKOLAH :

BERBAKTI DAN BERUSAHA

Berbakti Dan Berusaha
Menuju Ke Arah Jaya
Tunaikan Bakti Yang Mulia
Demi Bangsa Dan Negara.....Negara

Semangat Bersatu Padu
Menjadi Generasi Cemerlang…..Cemerlang
Ke Arah Wawasan Yang Dituju
Sekolah Satak Yang Gemilang…..Gemilang
Ulang (2x)

X-PLORACE MISI: EJEN MERDEKA21/8/2026 | PELAJAR MENENGAH----------------------------------------------------------------...
21/08/2026

X-PLORACE MISI: EJEN MERDEKA
21/8/2026 | PELAJAR MENENGAH
----------------------------------------------------------------

​Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar menengah yang telah berjaya menyempurnakan Misi: Ejen Merdeka hari ini!

​Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah menunjukkan semangat kerjasama pasukan dan pengetahuan sejarah yang mantap di 6 checkpoint.

​Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru serta jawatankuasa bertugas yang memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.

​Satu Misi, Satu Pasukan, Satu Jiwa Merdeka! 🤝🔥

🏃‍♀️🏃‍♂️ TAHNIAH & SYABAS! 🏆✨Tahniah kepada atlet-atlet SMK SATAK atas penyertaan dan kejayaan dalam Kejohanan Olahraga ...
21/08/2026

🏃‍♀️🏃‍♂️ TAHNIAH & SYABAS! 🏆✨

Tahniah kepada atlet-atlet SMK SATAK atas penyertaan dan kejayaan dalam Kejohanan Olahraga MSSP Pendidikan Khas Negeri Pahang 2026 yang berlangsung pada 18–20 Ogos 2026.

Teruskan melangkah, teruskan mencipta kejayaan! 💪🔥
Anda kebanggaan SATAKIANZ! 💙💛

Terima kasih guru pengiring : Cikgu Farhani & En.Farhan

🇲🇾 MISI WIRA MERDEKA: MENGHIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM DIRI MURID 🇲🇾21/8/2026 | DATARAN ASRAMA | MURID RENDAHSukses...
21/08/2026

🇲🇾 MISI WIRA MERDEKA: MENGHIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM DIRI MURID 🇲🇾

21/8/2026 | DATARAN ASRAMA | MURID RENDAH

Sukses! Perlaksanaan Misi: Wira Merdeka berbentuk sukaneka telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, interaktif dan berunsurkan pembelajaran.

Antara misi yang berjaya dicapai ialah:

🇲🇾 Misi 1: Kenali Bendera Malaysia
Murid dapat mengenali bentuk Jalur Gemilang serta memahami kepentingan menghormati lambang negara.

🧩 Misi 2: Susun Jangan Tak Susun
Murid dapat meningkatkan fokus, ketelitian dan koordinasi mata-tangan.

🗺️ Misi 3: Negeri Apa Tu??
Murid dapat mengenali bendera negeri-negeri di Malaysia serta kedudukannya di dalam peta Malaysia, selain meningkatkan pengetahuan berkaitan negara kita.

🫷 Misi 4: Awas! Jangan Gerak!
Murid dapat meningkatkan jati diri sebagai Rakyat Malaysia yang tak mudah terpengaruh dengan ancaman luar.

✨ Keseluruhannya, Misi Wira Merdeka bukan sekadar aktiviti permainan, tetapi menjadi medium untuk membina semangat patriotisme, kerjasama, disiplin, keyakinan diri dan kecintaan terhadap Malaysia dalam kalangan murid.

🇲🇾 Berani, Bersatu, Berilmu — Wira Merdeka!





💔 Sejenak Menyangka Abang Telah PergiDalam suasana simulasi menyelamat mangsa terperangkap bersama pihak Bomba dan Penye...
21/08/2026

💔 Sejenak Menyangka Abang Telah Pergi

Dalam suasana simulasi menyelamat mangsa terperangkap bersama pihak Bomba dan Penyelamat, satu detik yang menyayat hati telah berlaku.

Melihat abangnya terbaring di atas pengusung, adik kepada mangsa menyangka abangnya benar-benar telah meninggal dunia. Tanpa berfikir panjang, dia terus menerpa mendapatkan abangnya, dengan wajah yang jelas penuh cemas dan sebak. 😢

Hati seorang adik, walaupun hanya simulasi, perasaannya ketika itu benar-benar nyata.

Guru segera datang menenangkan dan memeluknya, memberikan kefahaman bahawa itu hanyalah lakonan dalam simulasi keselamatan. Alhamdulillah, dia akhirnya berjaya ditenangkan. ❤️

Satu momen kecil, tetapi cukup menyentuh hati… mengingatkan kita bahawa kasih sayang adik-beradik itu begitu tulus, sehingga sebuah simulasi pun mampu membuat hati mereka bergetar. 🥺

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang bermakna dan mengajar kita semua tentang pentingnya ilmu keselamatan dan keberanian dalam menghadapi kecemasan. 🚒❤️

20/08/2026
IMBAS KEMBALI🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP 2026🏃‍♀️🏃‍♂️Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta SMK Satak yang telah...
20/08/2026

IMBAS KEMBALI

🏆 KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP 2026🏃‍♀️🏃‍♂️

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta SMK Satak yang telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSP 2026 yang berlangsung pada 19 hingga 23 Julai 2026 bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

👨‍🏫 Guru Pengiring:
• Cikgu Zulfadzli
• Cikgu Ardilla

🏃‍♀️ Peserta:
• Finia a/p Lee
• Helena a/p Lee
• Masnadira Binti Majid
• Elly Fauziyana a/p Fauzie
• Nor Samira
• Norhaisa a/p Tatoi
• Nur Intan Alika Binti Abdullah

🥉 Pencapaian:
✨ Nur Intan Alika Binti Abdullah– Tempat Ke-4 dalam acara Larian 3000m.

Setinggi-tinggi tahniah atas semangat juang, usaha dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua peserta. Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. 💪🏃‍♀️🏆

**Syabas dan tahniah!** 🎉
**SMK Satak – Berusaha... Berjaya!** 🌟

🚒🔥 DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN SMK SATAK 2026 🔥🚒Alhamdulillah, selesai aktiviti Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama ...
20/08/2026

🚒🔥 DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN SMK SATAK 2026 🔥🚒

Alhamdulillah, selesai aktiviti Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 20 Ogos 2026 (Khamis).

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk demonstrasi memadam kebakaran, operasi menyelamat, perkongsian keselamatan serta pameran peralatan bomba. 🚒🧯

Terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat atas ilmu dan pengalaman yang sangat bermanfaat buat warga SMK Satak. ❤️

🔥 Keselamatan Tanggungjawab Bersama!

ANJURAN : UNIT KESELAMATAN & LATIHAN KEBAKARAN HEM

Address

Raub
27610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SATAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SMK SATAK:

Shortcuts

Share