23/10/2022
MOTIVASI SEBAGAI PEKEBUN
Perjalanan sebagai pekebun Musang king.. (Momentum dalam Penanaman Musang King..)
Maklum tahu, pertanian merupakan satu perjalanan yg jauh.. Pokok durian hanya berbuah selepas 5-6 tahun dijaga dgn penuh kasih sayang.
Jangkamasa yg panjang kadang kala membuat petani lelah. Bukan saja kos maintanace yg tinggi tetapi tenaga yg semakin berkurang.
Itu belum termasuk risiko pokok yg diancam penyakit dan perosak. apa yg kita boleh buat utk mengekalkan momentum bertani.. disini saya tuliskan mengikut pengalaman The Kebun.
1. Jadikan kebun sebagai tempat bermain keluarga.. Penglibatan isteri anak anak dan keluarga dpt menyuntik semangat buat kita. Hujung minggu pastinya dinanti nanti oleh anak2 utk kekebun. Disitu mereka bebas kesana kemari dan yg penting tidak lekat dari gajet
2. Target jangka pendek utk dpt target jangka panjang. B*k membuktikan tanaman selingan dpt mengekalkan momentum bertani. Bukan saja dpt memberikan kepuasan tetapi dpt menambah pendapatan dan membantu aliran tunai kebun.
3. Uruskan cashflow yg baik. Aliran tunai yg baik membolehkan satu satu kebun “Self sustains”.. dgn hasil pendapatan selingan, kos operasi kebun dpt diserap dgn baik sementara menunggu hasil utama keluar. Penyediaan budget dan kertas kerja secara menyeluruh perlu dibuat pd peringkat awalan sebelum kebun ini dimulakan.
4. Libatkan agensi kerajaan, Agensi kerajaan seperti Jab pertanian, Jabatan Veterinar dan jabatan perikanan b*k membantu pekebun kecil selain risda, peladang dan lain lain agensi. Mulakan dgn skala yg kecil dan buktikan kemampuan kita dari segi pengurusan kebun yg baik dan mampu mengeluarkan hasil yg mampam. Buat sedikit laporan dan mula bentangkan pd agensi agensi ini utk lihat apa2 bantuan yg boleh diterima atau di intai intai..
5. Rebut peluang bantuan, Apabila kita dah buktikan bahawa kita telah memulakan projek pertanian dgn baik. Insyaallah agensi yg terlibat akan lebih semangat utk membantu.. ini kerana kita telah buktikan yg kita telah bersungguh mengusahakan kebun dan ketika ini lah b*k bantuan boleh dimohon. Boleh bersembang sembang dgn pegawai pegawai agensi di daerah masing masing. Pastikan semua perjalanan kebun direkod dgn baik.
6. Sentiasa tambah ilmu dan mencari ilmu, Bidang pertanian ini luas, sentiasa upgarde diri dgn ilmu ilmu yg baru. Tambah kemahiran, ilmu dan pemahaman kita mengenai teknologi pertanian, penyakit, pasaran dan sebagainya yg berkait dgn pertanian.
7. Berkongsi ilmu dan pengalaman, utk memberi semula kepada komuniti, perkongsian dari pengalaman kita boleh kongsikan secara formal atau tidak formal.. tidak formal melalui perkongsian melalui post2 sebegini di fb atau secara formal melalui kelas kelas dan lawatan praktikal di ladang.
8. Akhir sekali adalah masa bekerja. tiada jalan pintas.. nak berjaya kene disiplin. Isnin-jumaat 8am -5pm masa yg kebun perlukan anda. Kehadiran kita dikebun bukan saja memberi semangat buat pekerja, tetapi semangat buat keseluruhan kebun kita.
Selepas berusaha.. kita berserah pada Allah swt.. kita hanya berusaha.. hanya Yang Maha Esa yg menentukan.. moga usaha tani kita dipermudahkan dan diberkati 🤲🏼.. amin ya rabb..
Sedikit perkongsian dan motivasi untuk diri sendiri dlm bertani. Bertani bukan untuk org yg cepat boring atau nak hasil dgn pantas. Bertani utk golongan org yg sukakan kehijauan, tahap sabar dan dedikasi yg tinggi. Jgn mula bertanam kalau kita tidak boleh berikan komitmen diatas. Kelak, semangat hilang dan modal pun hangus.
AURA VALLEY FARM bagi Perjalanan yg jauh utk bergelar Petani musang King! INSYALLAH……