Angkatan Muda Keadilan Raub

Angkatan Muda Keadilan Raub Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Angkatan Muda Keadilan Raub, Political Party, Raub.

09/04/2026

🚨 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AMK BERA 2026 🚨

Semua anggota Angkatan Muda Keadilan adalah DIWAJIBKAN hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… 11 April 2026 (Sabtu)
πŸ•€ 9:30 pagi
πŸ“ Zara Glam Hall, Bera Pahang

πŸ“² Peringatan penting:
Sila semak dan jelaskan yuran keanggotaan anda terlebih dahulu melalui aplikasi ADIL sebelum hadir bagi melancarkan urusan pendaftaran dan pengesahan kehadiran.

βœ… Imbas QR pada poster untuk pengesahan kehadiran
βœ… Pastikan aplikasi ADIL telah dikemaskini
βœ… Hadir awal bagi memudahkan proses semakan

Kehadiran anda amat penting demi memperkukuh suara anak muda dalam saf perjuangan.

Jangan lupa mesyuarat dulu, lepas tu kita terus ke jamuan raya bersama-sama ✨

04/04/2026

Selamat Ulang Tahun ke-27 Parti Keadilan Rakyat

Angkatan Muda Keadilan Pahang akan terus mempertahankan perjuangan, menegakkan keadilan dan membawa suara rakyat.

Reformasi! Demi Rakyat, Untuk Malaysia!

26/03/2026

Selamat Menyambut Hari Polis kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia.

Angkatan Muda Keadilan Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen pasukan PDRM dalam menjaga keamanan, keselamatan serta kedaulatan negara.

Sesungguhnya, tugas yang dipikul bukanlah mudah. Namun, keberanian dan dedikasi tuan-tuan dan puan-puan menjadi benteng utama kesejahteraan rakyat.

Semoga PDRM terus cekal, berintegriti dan dihormati dalam menjalankan amanah demi negara tercinta.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada”

Syawal menjelma lagi, membawa bersama kehangatan kasih, kemaafan dan harapan baharu. πŸŒ™βœ¨Dalam kesibukan kita mengejar keh...
20/03/2026

Syawal menjelma lagi, membawa bersama kehangatan kasih, kemaafan dan harapan baharu. πŸŒ™βœ¨

Dalam kesibukan kita mengejar kehidupan, inilah masanya untuk kembali kepada yang paling penting β€” keluarga, sahabat, dan hubungan sesama insan.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Jika ada salah dan silap, yang terlihat mahupun tidak, saya memohon ampun dengan penuh keikhlasan.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa ketenangan dalam hati, kebahagiaan dalam rumah, dan keberkatan dalam setiap langkah.

BASKARAN MUNIANDY

KETUA AMK CABANG RAUB
NAIB KETUA 3 AMK NEGERI PAHANG





20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M πŸŒ™βœ¨

Dalam semangat Malaysia MADANI, marilah kita bersama memperkukuh nilai ihsan, hormat dan perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Aidilfitri adalah saat terbaik untuk kita menyantuni sesama insan, merapatkan jurang dan menyemai kasih sayang tanpa mengira perbezaan.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan dan menguatkan lagi tekad kita untuk membina masyarakat yang inklusif, sejahtera dan berdaya maju.

Maaf Zahir & Batin 🀍
Ikhlas daripada
Norafiza Ahmad Zaidi
Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Bera

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Pahang.

Kita meninggalkan Ramadan yang penuh dengan didikan kesabaran, keinsafan dan nilai kemanusiaan.

Semoga segala amalan yang kita lakukan sepanjang bulan mulia ini diterima dan terus menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan, tetapi juga ruang untuk kita memperkukuh kebersamaan, mempererat silaturahim dan menyemai semangat perpaduan antara kaum.

Dalam kepelbagaian yang kita miliki, kekuatan kita terletak pada saling menghormati, memahami dan hidup dalam harmoni.

Sebagai anak muda, marilah kita terus memainkan peranan untuk menjaga keharmonian ini dan bersama-sama membina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, ketenangan dan harapan baharu kepada kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Hilmy Yakap
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang

17/03/2026

Program Sinar Syawal MADANI Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026 membawa sinar kegembiraan kepada 3,000 penerima apabila mereka diraikan dalam majlis yang berlangsung di Jakel Kuantan, Pahang.

Mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan pakaian hari raya bernilai RM200 kepada setiap penerima.

Ikuti berita terkini di https://www.astroawani.com/


Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/seramai-3000-penerima-nikmati-sumbangan-sinar-syawal-madani

15/03/2026
07/03/2026

Mesyuarat Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang Bil. 5 bagi sesi 2025–2028 telah diadakan secara dalam talian dengan penyertaan pimpinan AMK dari seluruh negeri Pahang.

Mesyuarat ini berlangsung dalam suasana penuh komitmen, kesatuan fikrah dan semangat juang anak muda yang terus istiqamah memperkukuh perjuangan parti di bumi Pahang.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, perancangan program Temu Anwar bersama Anak Pahang, penganjuran Raya MADANI Peringkat Negeri Pahang, serta persediaan menghadapi Kongres Nasional Keadilan yang dijadualkan berlangsung di Melaka pada bulan Jun nanti.

Walaupun mesyuarat dilaksanakan secara maya, semangat pimpinan AMK Pahang tetap utuh. Anak muda terus menjadi tenaga penggerak yang berani, progresif dan berprinsip dalam memastikan agenda reformasi terus subur serta perjuangan keadilan terus relevan di hati rakyat.

Dengan semangat kebersamaan dan jiwa anak muda yang membara, AMK Pahang akan terus mara, memperkukuh organisasi, mendekati rakyat dan mengangkat aspirasi generasi muda demi masa depan yang lebih adil dan sejahtera.

Address

Raub
27600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan Raub posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share