Taska Auliyaa

Taska Auliyaa Taska Auliya bersijil dan berdaftar dibawah JKM. Taska yg mempunyai didikan awal terhadap kanak2 seawal baby sehingga 4 tahun.

03/12/2023
KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL? Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka....
04/01/2021

KENAPA ANAK 2 TAHUN BANYAK AKAL?

Dari kaca mata seorang anak kecil, dunia ini berada di luar kawalan dan capaian mereka. Mereka tidak berpeluang untuk membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, apa yang boleh dimakan, dengan siapa mereka boleh berkawan dan ke mana mereka boleh berkeliaran.
Semua keputusan ini dibuat oleh orang dewasa dan semestinya perlu dibuat oleh orang dewasa kerana anak-anak ini belum berpengalaman dan belum boleh menilai baik dan buruk.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama anak-anak yang berusia di antara 1-3 tahun sedang mengalami pembesaran dan perkembangan yang sangat pesat dalam semua aspek.
Perkembangan mereka perlukan sokongan daripada orang dewasa.

S**A KE SANA KE SINI.
Kanak-kanak usia ini sedang meneroka pelbagai cara untuk bergerak dari setempat ke setempat – berguling, merangkak, menyusur, berjalan, berlari, melompat dan memanjat.
Ini normal.
Mereka juga berupaya untuk memusing atau menarik tombol pintu dan membuka tudung balang atau botol.
Ini juga normal.
Sediakan ruang dan pelbagaikan aktiviti yang dapat membantu perkembangan fizikal ini.
Lapangkan rumah agar mereka boleh bernafas dan bergerak dengan bebas dan selamat.
Kurangkan atau tangguhkan dari membeli perabut dan perhiasan rumah di Shopee atau Lazada.

SAINTIS CILIK.
Pada fasa ini juga mereka aktif menggunakan sensori untuk meneroka dunia sekeliling mereka. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika penerokaan dengan kaedah mudah ‘trial and error’. Mereka tidak s**a di’suap’ dengan solusi kerana mereka mahu mencuba sendiri. Mereka akan melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bagi mereka berulang-ulang kali sehingga mencapai tahap masteri.
Ini juga normal.
Selagi aktiviti itu bermanfaat untuk perkembangan mereka, usah dihalang.
Biarkan mereka meneroka dan mencuba pelbagai aktiviti yang memberi stimulasi kepada sensori mereka. Walau bagaimanapun tetapkan batasan agar keselamatan mereka terpelihara.

SEUMPAMA BURUNG KAKAK TUA
Mereka juga sedang melalui fasa ‘language explosion’. Dengan pantas mereka menangkap apa yang didengari dari orang sekeliling dan juga dari media. Mereka akan menyebut semula seakan ‘latihan praktikal’ subjek bahasa dan komunikasi.
Ini juga normal.
Banyakkan bercakap DENGAN anak – bukan bercakap KEPADA anak sahaja dan pantau juga apa yang disebut dan didengari oleh anak.

Anak-anak 1-3 tahun banyak akal kerana mereka sedang berkembang dan membesar dengan sangat pesat. TANTRUM juga kerap berlaku pada fasa ini apabila mereka kecewa kerana ingin mencuba, inginkan kawalan dan inginkan autonomi.
Ini adalah sesuatu yang normal.

Apa yang tidak normal ialah ibubapa yang mengharapkan agar anak-anak usia ini berupaya untuk diam, patuh dan langsung tiada ‘protes’.

Tetapkan jangkaan yang realistik.
Fahami perkembangan, pembawaan dan keperluan anak.
Pelajari cara untuk menguruskan kerenahnya.

Aktiviti perkembangan awal matematik dan pemikiran logik penting bagi kanak-kanak kerana pada masa hadapan, kecerdasan k...
18/06/2020

Aktiviti perkembangan awal matematik dan pemikiran logik penting bagi kanak-kanak kerana pada masa hadapan, kecerdasan kuantitatif adalah kebolehan yang sangat diperlukan dalam semua jenis pekerjaan dan kehidupan. Pendidik juga digalakkan merancang aktiviti sendiri menggunakan bahan-bahan dalam persekitaran kanak-kanak untuk meningkatkan kemahiran awal matematik dan pemikiran logik mereka. Pembelajaran awal matematik boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti bermain, membaca, menyanyi, melakon peranan, penerokaan, nature walk, bermain pasir dan air, dan sebagainya. Semua aspek dalam persekitaran kanak-kanak ada perkaitannya dengan matematik dan pemikiran logik. Sebagai contoh: bermain dengan bongkah, lego, manik, butang, bola, pasir, air, wang syiling atau paket makanan sekiranya dijalankan dengan baik boleh membantu kanak-kanak memahami tentang bentuk, saiz, ukuran dan sebagainya. Kanak- kanak hendaklah sentiasa disoal dengan pelbagai soalan untuk menggalakkan mereka berfikir dan mena’akul.Jom kita buat aktiviti yang menarik minat kanak-kanak.

Pembuatan ABM bertemakan Nombor 😊 Ianya sesuai untuk dilaksanakan bersama-sama dengan anak-anak yang berusia 2 hingga 4 ...
18/06/2020

Pembuatan ABM bertemakan Nombor 😊 Ianya sesuai untuk dilaksanakan bersama-sama dengan anak-anak yang berusia 2 hingga 4 tahun. Selamat Mencuba!🎉

Pandai anak anak pasang puzzle fish sendiri . Mcm mcm bentuk diorang buat... very creative 👍🏻👍🏻👏🏻
04/02/2020

Pandai anak anak pasang puzzle fish sendiri . Mcm mcm bentuk diorang buat... very creative 👍🏻👍🏻👏🏻

Buat big book khas untuk ceritakan pada anak anak 🥰😘❤️Wasap.my/60183226465/taskaauliyaa
13/01/2020

Buat big book khas untuk ceritakan pada anak anak 🥰😘❤️

Wasap.my/60183226465/taskaauliyaa

Aktiviti untuk anak anak.Mari mengenal Bentuk Objek. 🥰Wasap.my/60183226465/taskarumahauliyaa
13/01/2020

Aktiviti untuk anak anak.

Mari mengenal Bentuk Objek. 🥰

Wasap.my/60183226465/taskarumahauliyaa

Assalammualaikum ibuayah yang dirahmati Allah.Terima kasih kerana berminat dengan Taska Rumah Auliyaa 💞Taska Auliyaa men...
11/12/2019

Assalammualaikum ibuayah yang dirahmati Allah.

Terima kasih kerana berminat dengan Taska Rumah Auliyaa 💞

Taska Auliyaa menawarkan perkhidmatan penjagaan kanak² berusia 0- 4 tahun.

Untuk makluman tuan/puan pendaftaran telah dibuka bagi sesi 2020.

Antara perkembangan yang dititik beratkan adalah seperti berikut :

👉🏻Perkembangan Fizikal - Moto Kasar dan Moto Halus
👉🏻Perkembangan Sahsiah Emosi dan Kerohanian
👉🏻Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik
👉🏻Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal - Role Play
👉🏻Perkembangan Deria Pemahaman dan Dunia persekitaran
👉🏻Perkembangan Kreativiti - Seni Kreatif dan Muzik

Taska Auliyaa berkonsepkan bermain sambil belajar.

Sesi waktu disediakan :
7:00 am - 6:00pm

Untuk maklumat lanjut boleh membuat temu janji atau menghubungi saya ditalian

018-3226465 ( pn natasha )

Wasap.my/60183226465/taskaauliyaa

Kanak2 mendengar muzik sambil mengetuk kotak ... 🥰 Perkembangan FizikalPerkembangan motor halusPerkembangan sahsiah sosi...
11/12/2019

Kanak2 mendengar muzik sambil mengetuk kotak ... 🥰

Perkembangan Fizikal
Perkembangan motor halus
Perkembangan sahsiah sosio emosi.

Warda & muhaimin 💞

Sayangilah Anak-anak ❤️
11/12/2019

Sayangilah Anak-anak ❤️

Address

Jalan Rawang-Batang Kali, Sungai Choh, Serendah
Rawang
48000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:30
Tuesday 07:00 - 17:30
Wednesday 07:00 - 17:30
Thursday 07:00 - 17:30
Friday 07:00 - 17:30

Telephone

+60183226465

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Auliyaa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Taska Auliyaa:

Share