U M N O Bahagian Selayang

U M N O Bahagian Selayang Page Rasmi UMNO Bahagian Selayang | P097 Selayang | N13 Kuang | N14 Rawang | N15 Taman Templer

Tidak ada kontradiksi di antara apa yang TS Rashid Hussain katakan dan apa yang TS Madinah katakanSuatu sepina mungkin t...
03/09/2026

Tidak ada kontradiksi di antara apa yang TS Rashid Hussain katakan dan apa yang TS Madinah katakan

Suatu sepina mungkin telah diisu dan diserahkan ke atas TS Madinah seperti yang didakwa oleh TS Rashid. Sebab itu TS Madinah hadir ke lokasi prosiding pada hari dan masa yang ditetapkan di dalam sepina

Setelah menunggu berjam-jam, TS Madinah dimaklumkan oleh Urusetia RCI bahawa beliau boleh balik dan tidak diperlukan untuk memberi keterangan di hadapan RCI

Jadi di mana kontradiksinya? Kedua-dua mereka menceritakan dua babak yang berbeza garis masa di dalam episod yang sama

Hakikatnya TS Madinah tidak dikemukakan sebagai saksi di hadapan RCI walaupun beliau disepina untuk hadir

Satu aspek menarik di dalam penjelasan TS Rashid; iaitu “TS Madinah ingin masuk bersama Dr Mona…prosedur RCI tidak membenarkan 2 saksi sekaligus”
RCI berautoriti untuk memaksa kehadiran saksi. Kuasa itu adalah kuasa statutori dan kuasa inheren (sedia ada) sesuatu RCI. Kenapa TS Madinah tidak dikuatkuasakan oleh RCI untuk memberi keterangan bersendirian tanpa Dr Mona?

RCI governs its own proceedings. Bukan TS Madinah yang menentukan rukun dan tatacara prosiding RCI

02/09/2026

LIVE FB

ZIARAH KASIH | 1 September 2026 (Selasa) | 4.00 PetangAlhamdulillah, pada petang ini Dato' Khairul Walid, Naib Ketua UMN...
02/09/2026

ZIARAH KASIH | 1 September 2026 (Selasa) | 4.00 Petang

Alhamdulillah, pada petang ini Dato' Khairul Walid, Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang, telah berkesempatan mengadakan Program Ziarah Kasih bagi menziarahi dua ahli UMNO yang sedang diuji dengan musibah kemalangan.

Ziarah pertama ialah ke kediaman En. Che Ahmat bin Saidin, seorang warga emas, aktivis masyarakat setempat di Taman Selayang Mutiara serta ahli UMNO Cawangan Pinggiran Sri Cendana. Turut mengiringi beliau ialah En. Yaakub Samsusah, Ketua UMNO Cawangan Pinggiran Sri Cendana bersama barisan AJK cawangan.

Dalam sesi ziarah ini, telah disampaikan sedikit bantuan keperluan dapur serta sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.

Ziarah diteruskan ke rumah En. Mohd Azrul Effendi, yang juga ahli UMNO Cawangan Pinggiran Sri Cendana dan baru-baru ini turut ditimpa kemalangan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan yang baik serta mempermudahkan segala urusan buat En. Che Ahmat bin Saidin dan En. Mohd Azrul Effendi.

24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidurrasul

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Baginda dan ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Surah Al-Ahzab ayat 56

23.8.2026Program Siri Gerak Kerja Pilihan Raya Umum ke 16 DUN Rawang telah diadakan di dua tempat, iaitu di Dewan UMNO B...
24/08/2026

23.8.2026
Program Siri Gerak Kerja Pilihan Raya Umum ke 16 DUN Rawang telah diadakan di dua tempat, iaitu di Dewan UMNO Bandar Country Home (Zon 1) pada sebelah pagi dan di sebelah petang di Dewan PAWE Kg Kenanga (Zon 2).

Program gerak kerja melibatkan Jabatan Pilihan Raya, Jabatan Penerangan & Biro Tugas2 Khas UMNO Bahagian Selayang, turut hadir Dato'Ketua Bahagian, Timbalan, Setiausaha & Ketua Wanita Bahagian.

11.08.2026 | SelasaPODCAST BASETV : JATUH HUKUM.Untuk episod kali ini,  BaseTV telah menjemput Datuk Nurul Hidayah Ahmad...
12/08/2026

11.08.2026 | Selasa

PODCAST BASETV : JATUH HUKUM.

Untuk episod kali ini, BaseTV telah menjemput Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Kak Long) EXCO Wanita UMNO dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datok hadir ke studio BaseTV di bangunan UMNO Bahagian Selayang sebagai panel jemputan.

Turut menjadi panel jemputan ialah Dato' Waheeda Fairuz EXCO Wanita UMNO Malaysia dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Selayang.

Dato' Hasnal Rezua Merican p**a seperti biasa menjadi tetamu residen
podcast BaseTV.

Tajuk diskusi kali ini ialah Pilihanraya Era Siber & Digital : Wanita Umno - Kekal Peranan Tradisi atau Teroka Peranan Baharu.

Sdra. Azmee Hj Masrus Ketua Penerangan UMNO Selayang bertindak sebagai host podcast.

Terima kasih diucapkan kepada semua panel jemputan kerana sudi bersama BaseTV

Nantikan siaran rakamannya yang akan ke udara disemua platform medsos BaseTV pada Jumaat 15 Ogos 2026.



11.08.2026. Ziarah Prihatin Ketua U M N O Bahagian Selayang, Dato' Hasnal Rezua Merican - Penyelaras DUN N13 Kuang di Ho...
11/08/2026

11.08.2026. Ziarah Prihatin Ketua U M N O Bahagian Selayang, Dato' Hasnal Rezua Merican - Penyelaras DUN N13 Kuang di Hospital Seremban. Aktiviti ziarah kepada Saudara Mohd Khairuddin bin Hanapiah, Ketua UMNO Cawangan Petunia, Bdr Tasik Puteri yang uzur kesihatannya. Ziarah turut disertai Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Selayang, Saudara Khairi bin Abdullah.

Walaupun Saudara Mohd Khairuddin merupakan seorang pesakit dialisis dan telah berpindah di Seremban, beliau adalah antara Ketua Cawangan yang sangat memberi komitmen terhadap tugasnya sebagai Ketua Cawangan Petunia yang terletak di Bandar Tasik Puteri Rawang. Selain itu apa jua program anjuran UMNO Bahagian Selayang akan beliau hadiri walaupun pada hari yang sama beliau menjalani rawatan dialisis.

Warga UMNO Bahagian Selayang mendoakan agar beliau dipermudahkan urusan kesihatannya.

08.08.2026 | SabtuLENSA UMNO BAHAGIAN SELAYANG : MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PUCHONG.Delegasi UMNO Bahagian Selay...
08/08/2026

08.08.2026 | Sabtu

LENSA UMNO BAHAGIAN SELAYANG : MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN PUCHONG.

Delegasi UMNO Bahagian Selayang (UBS) diketuai oleh Dato' Hasnal Rezua Merican Habib Merican hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong 2026 mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Mesyuarat yang telah diadakan di Dewan MBSJ Puchong Utama dan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Turut serta, Tn Abd Aziz Hanifi Timbalan Ketua, Dato' Khairul Walid Naib Ketua , Sdra Azizan Buyung Setiausaha dan beberapa orang saf pimpinan UBS.

Keluarga besar UBS merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Dato' Satim Diman dan saf kepimpinan UMNO Bahagian Puchong kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat.

Moga mesyuarat ini dijadikan platfom percambahan minda dalam mengangkat agenda perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA).


-ABU



2.8.2026Dato’Ketua Bahagian menghadiri jemputan dari Tuan MB Raja ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 MIC & Majlis Meng...
04/08/2026

2.8.2026

Dato’Ketua Bahagian menghadiri jemputan dari Tuan MB Raja ke Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-80 MIC & Majlis Menghargai Jasa Bakti Pemimpin-Pemimpin MIC Bahagian Selayang yang di adakan di Pepe @ Takun Retreat Club, Rawang.

Majlis telah dirasmikan oleh Dato T. Murugaiyah, Naib Presiden MIC, turut hadir En.Felix Setiausaha MCA Bahagian Selayang & barisan kepimpinan yang lain.
Tahniah diatas penganjuran Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 80 MIC Bahagian Selayang.

30 Julai 2026 | KhamisKLIAMENYAMBUT KETIBAAN JENAZAH ALLAHYARHAM SAUDARA AHMAD SHAH KE BUMI MALAYSIADato' Hasnal Rezua M...
30/07/2026

30 Julai 2026 | Khamis
KLIA

MENYAMBUT KETIBAAN JENAZAH ALLAHYARHAM SAUDARA AHMAD SHAH KE BUMI MALAYSIA

Dato' Hasnal Rezua Merican, Ketua UMNO Bahagian Selayang merangkap Penyelaras DUN Kuang dan saudara Shah Zanuriman Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang telah hadir bersama-sama keluarga Allahyarham Ahmad Shah ke Kompleks MAS Kargo KLIA untuk menyambut kep**angan jenazah Allahyarham dari Korea Selatan

Malam sebelumnya, Dato' Ketua Bahagian sempat menghubungi dan menjemput Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan (Tok Mat) Menteri Luar untuk turut hadir mempermudah cara serta menyantuni keluarga Allahyarham. Namun disebabkan jadual kempen yang padat bersangkutan PRN Negeri Sembilan, Tok Mat telah mewakilkan Setiausaha Politik beliau, YBhg Dato' Ton Zalani untuk hadir ke Kompleks MAS Kargo KLIA bagi membantu melunaskan urusan

Alhamdulillah, segala urusan berjalan dengan lancar dan proses perlepasan jenazah dapat disempurnakan dalam tempoh 1 jam selepas pesawat mendarat. Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Bandar Tasik Puteri dengan menggunakan van jenazah kendalian Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Selayang. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid tersebut selepas Solat Isya’ dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri

Terima kasih diucapkan kepada Datuk Ton Zalani serta rombongan, beberapa orang AJK Bahagian dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian serta Ketua UMNO Cawangan Dataran Puteri, Tuan Amir Arshad di atas kehadiran dan bantuan yang dihulurkan

Dato’ Ketua UMNO Bahagian Selayang merangkap Penyelaras DUN Kuang, mewakili keluarga besar UMNO Bahagian Selayang serta seluruh warga Kuang merakamkan ucapan takziah kepada Tuan Ahmad Ros dan Puan Zulfah Fadliani seisi keluarga di atas kep**angan abadi Allahyarham. Didoakan mereka tabah dan redha di dalam mengharungi ujian getir Allah SWT

Didoakan Allahyarham Ahmad Shah ditempatkan di kalangan para solihiin serta para siddiqiin dan Jannatul Firdaus menjadi penempatan abadinya

Al-Fatihah.

Address

Rawang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when U M N O Bahagian Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share