Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa

Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa *Facebook RASMI PULAPOL Bukit Sentosa

*Alamat:
Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa,
Seksyen BS 2,
48300, Rawang,
Selangor. Tel: 03-60995211

-Mula operasi 2011
-Bekas tapak Kolej Swasta (Kolej Komuniti Aman)
-KDN ambil alih selepas 7 tahun dibiarkan kosong & menjadikan tapak Pusat Latihan PDRM

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐๐‹๐€๐Š-๐Œ๐๐€ ๐Š๐Ž๐๐’๐“๐€๐๐„๐‹ (๐‹๐„๐‹๐€๐Š๐ˆ) ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ–๐Ÿ’ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Dimaklumkan bahawa ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก akan...
25/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐๐‹๐€๐Š-๐Œ๐๐€ ๐Š๐Ž๐๐’๐“๐€๐๐„๐‹ (๐‹๐„๐‹๐€๐Š๐ˆ) ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ–๐Ÿ’ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Dimaklumkan bahawa ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข โ€“ ๐Ÿ’.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐’๐ž๐ค๐ข๐ญ๐š๐ซ ๐๐š๐๐š๐ง๐  ๐Š๐š๐ฐ๐š๐, ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐’๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ฌ๐š

Ahli keluarga dibenarkan membawa makanan dan minuman untuk dinikmati bersama pelatih.

โš ๏ธ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ญ๐š๐ง : Sebarang barang terlarang seperti ๐ซ๐จ๐ค๐จ๐ค, ๐ฏ๐š๐ฉ๐ž, ๐ฆ๐ข๐ง๐ฎ๐ฆ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐š๐ฅ๐ค๐จ๐ก๐จ๐ฅ, ๐ฌ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ฃ๐š๐ฆ dan barangan yang menyalahi undang-undang adalah ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐‘๐€๐๐† ๐’๐€๐Œ๐€ ๐’๐„๐Š๐€๐‹๐ˆ dibawa masuk.

Kerjasama semua pihak amat dihargai. Semoga pertemuan ini menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim serta memberi semangat kepada para pelatih sepanjang menjalani latihan.

24/08/2026
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐€๐ ๐’๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ–๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐Ž๐‘๐ƒ๐ˆ๐ ๐๐ˆ๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐“๐Ž๐’๐€ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ) | ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ญ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‘๐จ๐จ๐ฆ & ๐‹๐จ...
24/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐€๐ ๐’๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ–๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐Ž๐‘๐ƒ๐ˆ๐ ๐๐ˆ๐ ๐€๐‡๐Œ๐€๐ƒ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐“๐Ž๐’๐€

๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ) | ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ญ๐ซ๐ž๐ฌ๐ฌ ๐‘๐จ๐จ๐ฆ & ๐‹๐จ๐›๐ข ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ๐š๐ง

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setelah sekian lama menabur bakti dan mencurahkan khidmat dalam pasukan, warga PULAPOL Bukit Sentosa hari ini meraikan persaraan SI 118014 Nordin bin Ahmad dalam satu majlis penuh bermakna dan sarat dengan kenangan.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.45 petang hingga 4.45 petang bertempat di Distress Room dan Lobi Pentadbiran PULAPOL Bukit Sentosa. Majlis ini turut dihadiri oleh Supt Md Aruwan bin Md Amilah @ Harun, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, DSP Kamariah binti Jamalaudin, Timbalan Latihan PULAPOL Bukit Sentosa, ASP Norul Emelia binti Zulmalik, Ajutan PULAPOL Bukit Sentosa, serta barisan pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis, pegawai awam polis serta ahli keluarga SI Nordin.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas segala jasa, sumbangan, dedikasi serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh SI Nordin sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dalam pasukan.

Dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan, YDH Tuan Komandan turut menyampaikan Surat Penghargaan dan cenderamata kepada SI Nordin sebagai tanda penghargaan serta kenang-kenangan atas segala jasa dan sumbangan beliau.

Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah untuk meraikan persaraan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara SI Nordin dan seluruh warga kerja PULAPOL Bukit Sentosa, di samping meninggalkan kenangan manis sebelum beliau melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐๐ข๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐’๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ–๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐จ๐ซ๐๐ข๐ง ๐›๐ข๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐.
Segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan akan sentiasa dikenang. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta dipermudahkan dalam setiap urusan di hari-hari mendatang.

Terima kasih atas segala khidmat bakti. Selamat bersara dan selamat menikmati kehidupan baharu!

Jurugambar : Konst Muhammad Zulfadzli bin Zulkefli






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‡๐‘๐Œ๐ˆ๐’ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ) | ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐’๐ž๐ซ๐›๐š๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐’๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ฌ๐š Pada jam 11.00 pa...
21/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‡๐‘๐Œ๐ˆ๐’ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ) | ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐’๐ž๐ซ๐›๐š๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐ฎ๐ค๐ข๐ญ ๐’๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ฌ๐š

Pada jam 11.00 pagi telah berlangsungnya penutupan Kursus HRMIS Siri 1/2026 di bilik serbaguna PULAPOL Bukit Sentosa. Kursus ini berlangsung selama lima hari, bermula 17 hingga 21 Ogos 2026 bertempat di Makmal Komputer, Bangunan Akademik, PULAPOL Bukit Sentosa, Selangor.

Kursus ini telah disertai oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PULAPOL Bukit Sentosa. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan secara teori dan amali berkaitan penggunaan Sistem HRMIS 2.0, sekali gus meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam pengurusan sistem tersebut.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh DSP Kamariah binti Jamaludin, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Bukit Sentosa, dan turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan serta Ketua-Ketua Unit PULAPOL Bukit Sentosa.

Majlis berlangsung dalam suasana yang lancar dan teratur mengikut atur cara yang telah ditetapkan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan harian dengan lebih cekap, sistematik dan berkesan.

Jurugambar : Kpl Mohamad Sopi bin Mat Hashim



๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ | ๐‰๐”๐๐†๐‹๐„ ๐“๐‘๐„๐Š๐Š๐ˆ๐๐† ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐‚๐‡๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ) | ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐‚๐ก๐ข๐ฅ๐ข๐ง๐ , ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐ฎ๐›๐ฎ ๐๐ก๐š๐ซ๐ฎ Pada ...
20/08/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“ | ๐‰๐”๐๐†๐‹๐„ ๐“๐‘๐„๐Š๐Š๐ˆ๐๐† ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐‚๐‡๐ˆ๐‹๐ˆ๐๐†

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ) | ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐‚๐ก๐ข๐ฅ๐ข๐ง๐ , ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐ฎ๐›๐ฎ ๐๐ก๐š๐ซ๐ฎ

Pada jam 8.00 pagi Program Gaya Hidup Sihat PULAPOL Bukit Sentosa telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan meriah. Seramai 85 orang warga PULAPOL Bukit Sentosa yang terdiri daripada pegawai dan anggota telah menyertai aktiviti jungle trekking dan river tracking di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran, sarapan pagi serta taklimat dan penerangan daripada pegawai Pejabat Perikanan dan Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor. Seterusnya, para peserta melakukan sesi pemanasan badan sebelum memulakan perjalanan meredah kehijauan alam semula jadi.

Sepanjang aktiviti berlangsung, para peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan daya tahan, malah turut berpeluang mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta membina keyakinan diri dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.

Aktiviti ini turut memberi peluang kepada warga PULAPOL Bukit Sentosa untuk menikmati keindahan alam semula jadi Sungai Chiling sambil mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Syukur, program telah berlangsung dengan lancar dan selamat tanpa sebarang kemalangan serius atau kecederaan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat untuk kekal sihat, cergas dan ๐‘“๐‘–๐‘ก ๐‘“๐‘œ๐‘Ÿ ๐‘‘๐‘ข๐‘ก๐‘ฆ terus menjadi amalan dalam kalangan warga PULAPOL Bukit Sentosa.

โ€œ๐๐š๐๐š๐ง ๐’๐ข๐ก๐š๐ญ, ๐Œ๐ข๐ง๐๐š ๐‚๐ž๐ซ๐ ๐š๐ฌ, ๐“๐ฎ๐ ๐š๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐š๐ฅ๐ข๐ญ๐ข.โ€

Jurugambar : Kpl Mohamad Sopi bin Mat Hashim



19/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN PULAPOL BUKIT SENTOSA BAGI BULAN OGOS 2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐“๐Ž๐’๐€ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Bukit Sentosa, 19 Ogos 2026 (Rabu) - Pada jam 8.00 pagi te...
19/08/2026

๐๐„๐‘๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐“๐Ž๐’๐€ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐”๐‹๐€๐ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bukit Sentosa, 19 Ogos 2026 (Rabu) - Pada jam 8.00 pagi telah berlangsung Perhimpunan Bulanan PULAPOL Bukit Sentosa bagi Bulan Ogos 2026 bertempat di Padang Kawad PULAPOL Bukit Sentosa.

Perhimpunan pada kali ini telah dianjurkan oleh Cawangan Pengajian Akademik PULAPOL Bukit Sentosa dan telah dihadiri oleh YDH SUPT Md Aruwan bin Md. Amilah @ Harun, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, ASP Norul Emelia binti Zulmalik selaku Ajutan PULAPOL Bukit Sentosa, barisan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam serta Pelatih PLAK MQA Bil. 84 Siri 5/2026.

Seramai 252 orang telah hadir menjayakan perhimpunan yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan berdisiplin.

Dalam amanatnya, YDH Komandan merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada Cawangan Pengajian Akademik selaku urus setia penganjuran perhimpunan. Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada para penerima Sijil Penghargaan Ogos 2026 atas komitmen, usaha gigih dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugas.

YDH Komandan turut menekankan kepentingan integriti, disiplin dan profesionalisme sebagai asas utama dalam menjalankan amanah serta menjaga imej Polis Diraja Malaysia (PDRM). Warga PULAPOL juga diseru untuk terus meningkatkan kompetensi melalui latihan, kursus dan pembelajaran berterusan agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran kepolisan semasa.

Selain itu, aspek kerjasama berpasukan, kebajikan warga kerja, semangat kekitaan serta keselamatan turut diberi penekanan. Setiap warga PULAPOL diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dalam setiap aktiviti latihan, penggunaan kemudahan serta pergerakan kenderaan.

Perhimpunan bulanan ini bukan sahaja menjadi medium penyampaian amanat dan maklumat, malah menjadi wadah untuk memperkukuhkan semangat berpasukan, meningkatkan disiplin dan integriti serta menghargai warga kerja yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Bulanan PULAPOL Bukit Sentosa bagi Bulan Ogos 2026 telah berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan ini. Semoga semangat kebersamaan dan kecemerlangan terus diperkasakan demi memastikan PULAPOL Bukit Sentosa terus unggul dalam melahirkan warga PDRM yang kompeten, berintegriti dan profesional.

Jurugambar : Kpl Mohamad Sopi bin Mat Hashim



๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐…๐”๐“๐’๐€๐‹ ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐“๐Ž๐’๐€ & ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐”๐๐” ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š) | ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐’๐ฎ๐ค...
18/08/2026

๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‡๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐…๐”๐“๐’๐€๐‹ ๐๐”๐‹๐€๐๐Ž๐‹ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐“๐Ž๐’๐€ & ๐Œ๐€๐Š๐“๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐”๐๐” ๐๐‡๐€๐‘๐”

๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š) | ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ญ๐š๐› ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐ฎ๐›๐ฎ ๐๐ก๐š๐ซ๐ฎ

Pada jam 3.00 petang telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Futsal antara PULAPOL Bukit Sentosa dan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu bertempat di Kompleks Sukan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran ACP Mohd Sabri bin Abdullah, Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu dan SUPT Md Aruwan bin Md. Amilah @ Harun, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, bersama barisan pegawai kanan, pegawai rendah polis serta pegawai awam daripada kedua-dua institusi.

Perlawanan ini bukan sekadar medan untuk beraksi di gelanggang, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan dan memperkukuhkan kerjasama antara warga PULAPOL Bukit Sentosa dan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan, bacaan doa dan gimik perasmian oleh kedua-dua Komandan sebelum para pemain turun berentap dalam tiga kategori iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan Pilihan Komandan.

๐Ÿ”ฅ KEPUTUSAN PERLAWANAN
โšฝ Lelaki Terbuka
PULAPOL Bukit Sentosa 2๏ธโƒฃ โ€“ 4๏ธโƒฃ Maktab PDRM KKB
โšฝ Wanita Terbuka
PULAPOL Bukit Sentosa 0๏ธโƒฃ โ€“ 3๏ธโƒฃ Maktab PDRM KKB
โšฝ Pilihan Komandan
PULAPOL Bukit Sentosa 7๏ธโƒฃ โ€“ 3๏ธโƒฃ Maktab PDRM KKB

Walaupun keputusan memihak kepada kedua-dua pasukan dalam kategori yang berbeza, kemenangan paling utama adalah terjalinnya ukhuwah, semangat kesukanan dan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua institusi latihan.

Sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang, disiplin dan kesukanan yang tinggi. Program berlangsung dalam suasana harmoni dan meriah serta tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga PULAPOL Bukit Sentosa dan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu yang telah menjayakan program ini. Semoga jalinan persahabatan dan kerjasama yang terjalin terus kukuh pada masa akan datang.

โ€œ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐œ๐ž๐ซ๐ ๐š๐ฌ๐š๐ง, ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ก๐š๐›๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š.โ€

Jurugambar : Konst Muhamad Luqman Hakim bin Mohd Roslan



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐“๐ˆ๐…๐ˆ๐„๐ƒ ๐’๐„๐‚๐”๐‘๐ˆ๐“๐˜ ๐†๐”๐€๐‘๐ƒ (๐‚๐’๐†) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Bukit Sentosa, 14 Ogos 2026 (Jumaat) - Pada ...
14/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐‚๐„๐‘๐“๐ˆ๐…๐ˆ๐„๐ƒ ๐’๐„๐‚๐”๐‘๐ˆ๐“๐˜ ๐†๐”๐€๐‘๐ƒ (๐‚๐’๐†) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Bukit Sentosa, 14 Ogos 2026 (Jumaat) - Pada jam 3.00 petang telah berlangsungnya Majlis Penutupan Program Latihan Certified Security Guard (CSG) Siri 15/2026 yang bertempat di Dewan Auditorium 1, PULAPOL Bukit Sentosa.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Supt. Md. Aruwan bin Md. Amilah @ Harun, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, dan turut dihadiri oleh YBhg. ACP (B) Zakaria bin Adam, Timbalan Pengerusi PIKM Negeri Selangor, En. Tengku Muhammad Norudin bin Tengku Kamal selaku Urus Setia PIKM, Ketua-Ketua Cawangan serta Ketua-Ketua Unit PULAPOL Bukit Sentosa.

Program latihan yang berlangsung selama 6 hari, bermula 9 hingga 14 Ogos 2026, telah disertai seramai 114 orang peserta. Sepanjang program, para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan tugas dan tanggungjawab sebagai pengawal keselamatan, termasuk aspek peraturan, undang-undang serta pengetahuan yang diperlukan ketika menjalankan tugasan di lapangan.

Selain pembelajaran secara teori, para peserta turut menjalani latihan berbentuk fizikal seperti latihan kawad, penggunaan cota dan seni mempertahankan diri. Latihan ini penting bagi mempersiapkan peserta dari segi ketahanan fizikal, disiplin serta keupayaan menghadapi cabaran dan risiko sepanjang menjalankan tugas.

Alhamdulillah, kesemua 114 orang peserta telah berjaya menamatkan program latihan dengan jayanya. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Program Latihan Certified Security Guard (CSG) Siri 15/2026 atas komitmen dan kesungguhan sepanjang menjalani latihan.

Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam melaksanakan tugas dengan penuh disiplin, profesionalisme dan tanggungjawab.

Jurugambar : Kpl Mohamad Sopi bin Mat Hashim



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐„๐Š๐Ž๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐Ž๐๐ƒ๐”๐’๐ˆ๐… ๐’๐„๐Š๐“๐Ž๐‘ ๐€๐–๐€๐Œ (๐„๐Š๐’๐€) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”14 Ogos 2026 | Dewan Serbaguna PULAPOL Bukit Se...
14/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐„๐Š๐Ž๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐Ž๐๐ƒ๐”๐’๐ˆ๐… ๐’๐„๐Š๐“๐Ž๐‘ ๐€๐–๐€๐Œ (๐„๐Š๐’๐€) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

14 Ogos 2026 | Dewan Serbaguna PULAPOL Bukit Sentosa

Pada jam 10.30 pagi telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Siri 1/2026 bertempat di Dewan Serbaguna PULAPOL Bukit Sentosa.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH Supt Md Aruwan bin Md. Amilah @ Harun, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, yang turut menyampaikan sijil kepada wakil peserta kursus serta menyampaikan amanat dan ucapan penutupan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan pegawai kanan PULAPOL Bukit Sentosa serta peserta kursus.

Kursus ini telah menghimpunkan seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada warga PULAPOL Bukit Sentosa dan Bukit Aman. Sepanjang pelaksanaan kursus, para peserta telah diberikan pendedahan serta pengetahuan berkaitan pelaksanaan EKSA dalam usaha mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif, kemas, bersih, selamat dan sistematik.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diterapkan dalam pelaksanaan EKSA di tempat kerja masing-masing.

Jurugambar : Kpl Mohamad Sopi bin Mat Hashim



Address

BS SEK 2
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share