PAS Hulu Selangor

PAS Hulu Selangor Parti Islam Semalaysia Kawasan Hulu Selangor

Daulat Tuanku.
02/06/2026

Daulat Tuanku.

JANGAN LUPA PENGAJARAN 13 MEI 1969, DETIK SEJARAH HITAM NEGARA - YANG DI-PERTUAN AGONG

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan seluruh lapisan rakyat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara.

“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati, serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

“Jangan kita lupa sejarah hitam negara, peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, dan hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini,” titah Seri Paduka Baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini (1 Jun).

Sultan Ibrahim bertitah menegaskan bahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai aku janji dan ikrar seorang warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.

“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia. Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.



02/06/2026

Tak dapat pengiktirafan dalam negara, tapi dapat daripada luar negara pun jadi lah ya.

Semoga anak-anak yang terdidik di PASTI terus menjadi generasi yang rabbani.

Tahniah semua warga PASTI, khas buat mereka di Jabatan PASTI Negeri Terengganu.

02/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, taufik dan hidayah-Nya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memayungi negara dengan adil dan penuh kebijaksanaan.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
PAS Selangor

31/05/2026
Buat yang sedang diuji…
31/05/2026

Buat yang sedang diuji…

Buat yang sedang diuji masalah kesihatan…
Kepada yang sedang menjaga ahli keluarga yang sakit….

Jangan putus harap. Kebergantungan hanya pada Allah SWT. Namun usaha perlu diteruskan. Jangan segan mencari ‘support system’ dengan berkongsi beban psikologi melalui luahan hati kepada saudara mara dan jiran yang dipercayai.

Daripada situ, boleh diusahakan jalan-jalan lain berkaitan keperluan kewangan, perubatan & lain-lain. Selebihnya kita serah pada Allah SWT.

Hidup di dunia, destinasi persinggahan mencari redha Allah sebelum kita dijemput ke destinasi yang pasti.

Muiz Mahyuddin

P/s: Para Pegawai Pusat Khidmat DUN Hulu Bernam menyampaikan katil hospital wakaf di Felda Sungai Tengi.

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.Salam takziah buat keluarga adik Akif Imran.
28/05/2026

Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.
Salam takziah buat keluarga adik Akif Imran.

Proverty, kemiskinan.
28/05/2026

Proverty, kemiskinan.

It is dishonest to blame PAS for every social problem in its states while treating identical problems elsewhere as 'complex national challenges'.

28/05/2026

Address

No. 3-1 Jalan Adenium 2G/13 Pusat Perniagaan Adenium
Rawang
48300

Telephone

0136758540

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Hulu Selangor:

Share