LubeMobile2U

LubeMobile2U Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from LubeMobile2U, Emergency rescue service, Pusat Perniagaan Adenium, Rawang.

TIPS PEMERIKSAAN KENDERAAN: Apa lagi yang perlu diselenggara selain minyak enjin dan penapis minyak sebelum memulakan pe...
12/04/2018

TIPS PEMERIKSAAN KENDERAAN: Apa lagi yang perlu diselenggara selain minyak enjin dan penapis minyak sebelum memulakan perjalanan jauh?

Setiap kali perkara yang tidak diingini berlaku – kereta rosak dalam perjalanan – terutamanya ketika musim perayaan, satu soalan selalu muncul dari orang sekeliling terhadap pemilik kereta, “Kau tak servis kereta ke sebelum jalan jauh?”

“Servis kereta” dalam pemahaman orang kita ialah menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin. Bila Hari Raya hampir tiba, selain dari Bazar Ramadan, Uptown dan pusat membeli-belah lain, bengkel dan pusat servis kereta antara premis yang cukup sibuk dan sering dikunjungi pelanggan.

Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita untuk “menservis kereta” setiap kali menjelang Hari Raya. Yang peliknya, pada bulan-bulan lain, ada sebahagian dari pemilik langsung tidak mengendahkan tentang “servis kereta”. Hanya menjelang Hari Raya, barulah mereka teringat untuk “menservis kereta”. Anda jangan terkejut, ada juga yang menganggap dengan hanya menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin perjalanan akan menjadi selamat.

Sebenarnya menukar minyak enjin dan penapisnya hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk memastikan perjalanan anda pada musim perayaan ini selamat. Jika anda menghantar kereta anda ke pusat servis pengedar sah, setiap kali sesi servis berkala dilakukan, pemeriksaan keseluruhan pada kereta anda turut akan dilakukan dan anda akan dibantu dengan khidmat nasihat dari Penasihat Servis yang bertugas.

Pada musim perayaan juga, selalunya pusat servis bertauliah ini akan mengadakan kempen pemeriksaan percuma, lengkap dengan ‘check sheet‘ yang akan dikeluarkan setelah kereta anda diperiksa.

Untuk mereka yang tidak lagi menghantar kereta mereka ke pusat servis seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu lebih berhati-hati. Bengkel biasa selalunya tidak mempunyai Penasihat Servis untuk membimbing anda serta memberitahu maklumat terperinci kepada mekanik apa yang perlu diperiksa pada kereta anda. Akhirnya, permintaan anda untuk menservis kereta hanyalah dilakukan sekadar menukar minyak pelincir dan penapis.

Jadi apa yang anda perlu tahu berkenaan pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi perjalanan yang jauh? Secara amnya, dua bahagian perlu diperiksa iaitu bahagian dalam ruang enjin dan bahagian bawah kenderaan.

Pemeriksaan pada bahagian ruang enjin

1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin

Ini untuk mereka yang telah membuat penukaran minyak enjin terlebih dahulu sebelum ini. Pastikan minyak enjin berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’ pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika perlu. Juga perlu dipastikan minyak enjin tersebut tidak bercampur dengan air (menjadi seakan warna teh tarik). Jika itu berlaku, berita buruk buat anda kerana air dari sistem penyejukkan enjin telah bocor ke dalam enjin, dan sudah tentu enjin anda perlu dirombakrawat (overhaul).

2. Periksa tahap dan keadaan bendalir brek

Pastikan minyak brek juga berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’. Jika didapati bendalir tersebut berada pada tahap terlalu rendah dan anda dapati pedal brek anda perlu dipam terlebih dahulu sebelum mendapat tekanan yang diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran berlaku pada sistem hidraulik brek anda. Kehilangan tekanan juga boleh disebabkan kerana wujudnya udara dalam sistem hidraulik brek, maka proses bleeding perlu dilakukan untuk membuang udara dalam sistem tersebut.

Jika tiada kehilangan tekanan dirasakan tetapi bendalir tersebut berada pada tahap rendah, ini bermaksud pad brek anda sudah menipis. Tambahkan bendalir brek, tetapi jangan sehingga pada paras maksimum jika pad brek masih boleh digunakan. Ini kerana bendalir brek tersebut akan melimpah keluar jika pad brek baharu ditukar kelak.

Minyak brek perlu ditukar sekiranya ia kelihatan sangat kotor atau ia telah digunakan dalam jarak 40,000 km atau dua tahun. Bendalir brek adalah diasaskan dari bahan glikol, dan ia cenderung untuk menyerap air dari atmosfera. Jadi jika terlalu lama minyak brek tidak ditukar, ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sepenuhnya dan mungkin juga menyebabkan pengaratan berlaku dalam sistem brek yang bukan sahaja akan menyebabkan kebocoran, ia mungkin juga akan menyebabkan omboh pada angkup dan pam brek tersekat (jammed).

3. Periksa tahap dan keadaan bendalir transmisi automatik (ATF)

Tidak semua transmisi automatik mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap ATF ini. Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick.

Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas p**a, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.

Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).

Semak buku manual anda untuk mengetahui berapa jarak perbatuan yang telah ditetapkan untuk menukar ATF (secara amnya ATF perlu ditukar dalam jarak 40,000 km sekali). ATF juga perlu ditukar sekiranya ia sudah terlalu kotor. Juga pastikan sistem kotak gear anda kerana untuk kotak gear automatik CVT (menggunakan bendalir CVTF) dan kotak gear klac berkembar menggunakan bendalir yang berlainan.

4. Periksa tahap dan keadaan bendalir stereng kuasa

Stereng kuasa juga menggunakan sistem hidraulik. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.

5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant)

Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.

Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk p**a, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.

6. Periksa keadaan semua hos

Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.

7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting)

Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).

Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar setiap 100,000 km, manakala untuk tali sawat pemasaan p**a adalah berbeza mengikut pengeluar (rujuk buku manual kereta anda).

8. Pemeriksaan terhadap bateri

Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.

Ia berbeza dengan Proton Iswara yang baterinya boleh bertahan sehingga lima tahun kerana parasitic load yang terhasil hanyalah pada sistem memori radio dan sistem penggera.

Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.

SERVIS1

Pemeriksaan di bahagian bawah kenderaan (undercarriage)

1. Periksa kebocoran minyak/cecair bendalir di lantai tempat letak kereta

Ini merupakan pemeriksaan asas yang paling mudah sebelum memeriksa bahagian bawah kenderaan anda di bengkel (dengan mengangkat kereta menggunakan lift), periksa sama ada atau tidak minyak atau cecair bendalir menitik dari kereta anda ke lantai. Jika ada, mahu atau tidak, segeralah ke bengkel untuk membuat pemeriksaan yang lebih teliti.

2. Periksa keadaan keseluruhan bawah kenderaan

Setelah kereta diangkat, pemeriksaan yang lebih jelas boleh dilakukan sama ada terdapat kebocoran pada mana-mana sistem, keadaan paip ekzos, paip sistem brek dan keadaan casis bahagian bawah itu sendiri.

3. Pemeriksaan terhadap sistem suspensi

Pemeriksaan secara visual turut boleh dilakukan terhadap sistem suspensi contohnya keadaan penyerap hentak (terdapat kebocoran atau mungkin telah bengkok), keadaan semua bushing pada sambungan-sambungan sistem suspensi.

Satu lagi pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk memastikan suspensi anda berada dalam keadaan baik atau tidak ialah letak kereta anda pada permukaan rata kemudian tekan badan kenderaan sekuatnya. Sekiranya kereta anda melantun lebih daripada tiga kali, ini bermaksud penyerap hentak anda berada dalam keadaan yang teruk dan perlu ditukar.

umwt-tyre-fair

4. Pemeriksaan terhadap roda dan tayar

Setelah kereta diangkat, keadaan roda dan tayar dapat diperiksa dengan lebih jelas. Setiap tayar boleh dipusing untuk diperiksa sama ada terdapat paku atau benda lain tercucuk pada tayar yang menyebabkan tayar sentiasa perlu dipam.

Periksa juga keadaan bunga tayar. Secara ringkas:

Tayar yang hanya habis pada kedua-dua bahagian bahu adalah disebabkan tayar berjalan dengan keadaan tekanan angin yang tidak mencukupi.
Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian tengah adalah kerana tekanan angin tayar yang terlalu tinggi.
Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian sebelah sisi, atau bunga tayar kelihatan seperti dihiris-hiris, adalah kerana penjararan roda (wheel alignment) yang tidak betul.
Tayar hadapan haus lebih cepat berbanding tayar belakang – ini adalah normal kerana bahagian hadapan mempunyai beban yang lebih (enjin, transmisi dan sebagainya). Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menukarkan kedudukan tayar, tayar bahagian belakang dialihkan ke hadapan dan begitu juga sebaliknya untuk tayar bahagian hadapan. Tayar belakang yang ditukarkan ke hadapan perlu diseimbang semula (balancing) untuk mengelakkan stereng bergegar apabila mencapai kelajuan tertentu.
Ketika memusingkan tayar, anda turut boleh memeriksa sama ada rim bengkok atau tidak, dan juga keadaan galas roda (wheel bearing) yang akan menyebabkan komponen suspensi lain (seperti gegelung pegas) akan bergetar jika ia sudah rosak.

5. Pemeriksaan visual terhadap pelapik brek (brake pad)

Jika anda menggunakan rim aloi dengan jejari yang jarang, anda boleh membuat pemeriksaan ini tanpa membuka tayar. Setiap pad brek mempunyai sebatang plat besi penanda kadar maksimum penggunaannya. Plat tersebut akan bersentuhan dengan cakera brek dan menyebabkan bunyi geseran antara besi dengan besi terhasil menandakan pad perlu ditukar.

Sebaiknya, tukarlah pad brek sekirannya penanda tersebut hampir mengenai cakera untuk memanjangkan jangka hayat cakera brek anda, dan yang paling penting keselamatan ketika anda dalam perjalanan yang jauh.

6. Pemeriksaan terhadap tahap dan keadaan minyak gear transmisi manual

Transmisi manual tidak mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap minyaknya. Ia boleh diperiksa dengan membuka skru lubang untuk mengisi minyak tersebut pada kotak gear. Secara am, minyak gear transmisi manual ini perlu ditukar sekitar 50-60k km sekali (rujuk buku manual kereta anda untuk jarak yang lebih tepat).

Namun setelah semua pemeriksaan ini dijalankan, anda perlu faham, manusia hanya merancang dan Tuhan yang akan menentukan segalanya. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diperiksa oleh mekanik atas batas-batas tertentu.

Kipas radiator elektrik misalnya, anda bertuah sekiranya ia tidak berfungsi (perlu diketuk, barulah ia berfungsi semula) semasa pemeriksaan dilakukan, dan ditukar ketika itu juga. Motor kipas ini tidak diketahui berapa lama jangka hayatnya, bila ia akan rosak, serta tiada tanda-tanda awal kerosakan.

Apa yang paling penting, servis dan pemeriksaan ini perlu dilakukan segera dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Ini kerana dikhuatiri alat ganti yang diperlukan tidak dapat diperolehi dalam masa terdekat dan juga ia membantu anda untuk mengatur semula kewangan anda sekiranya perbelanjaan yang diperlukan untuk pembaikkan melebihi bajet raya anda.

Anda juga dinasihati jangan mengamalkan budaya memeriksa kereta anda hanya pada musim perayaan, ini akan menyebabkan anda hanya menyedari ‘kerosakan terkumpul’ pada kereta anda ketika banyak perkara lain lagi yang perlu dilakukan menggunakan wang. Selenggaralah kereta anda mengikut jadual yang telah disarankan dalam buku manual yang dibekalkan pengeluar.

Bayangkan anda menservis kereta anda pada hari terakhir sebelum anda p**ang ke kampung, setelah diperiksa, pam stereng kuasa anda bocor dan kedai alat ganti terdekat tidak mempunyai stok. Lebih memburukkan keadaan, harganya melebihi bajet raya anda untuk p**ang ke kampung, jadi bagaimana?

Hubungi kami-
013-5188421

@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Perodua  Alza 🛢️🛢️💧Aisin 10w-40-Minyak garbox perodua-spark plug NGK-Air filter-Coolant ToyotaTerima kasih kerana memili...
12/04/2018

Perodua Alza 🛢️🛢️💧Aisin 10w-40

-Minyak garbox perodua

-spark plug NGK

-Air filter

-Coolant Toyota

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421

@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Perodua Viva 💧Perodua 5w-30Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.NAK SERVIS KERETA?Kami menyediakan...
12/04/2018

Perodua Viva 💧Perodua 5w-30

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421

@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

TIPS PENTING PENJAGAAN SISTEM BREK KERETAsedikit tips tentang penjagaan brek. Rasanya semua orang pun tahu tentang kepen...
21/03/2018

TIPS PENTING PENJAGAAN SISTEM BREK KERETA

sedikit tips tentang penjagaan brek. Rasanya semua orang pun tahu tentang kepentingan brek bagi sebuah kereta kan? Memandu kereta tanpa brek ataupun dengan brek yang rosak ibarat mengambil jalan pintas ke alam barzah.

Sama seperti komponen lain, brek juga akan memberikan tanda-tanda awal bila ia mula bermasalah. Macam penyakit manusia jugalah, mesti ada simptom tertentu yang akan membuatkan anda bergegas ke hospital.

Pemandu yang bijak akan sentiasa peka dengan isyarat yang diberikan oleh kereta mereka. Brek yang diselenggara dengan baik juga akan menyelamatkan nyawa. Jika ada sebarang masalah dikesan, sebaiknya anda segera membawa kereta anda ke bengkel yang mahir untuk diperbaiki.
Sebaik-baiknya sistem brek kereta anda diperiksa sekurang-kurangnya setahun sekali tetapi ada masa yang sama jangan membiarkan brek anda tanpa sebarang pemeriksaan jika ia mula memberi tanda-tanda kerosakan.

Berikut adalah tanda-tanda biasa yang harus anda beri perhatian tentang brek kereta anda. Mengabaikannya bermakna anda akan menyusahkan diri anda dan mungkin juga orang lain.

1) Bunyi bising : Bunyi geseran, kisaran ataupun bunyi berdenting sewaktu menggunakan brek. Tidak kira macam mana bunyi sekalipun asalkan ia mula berbunyi sewaktu anda mengenakan brek harus diberikan perhatian segera.
2) Hilang Imbangan : Kereta anda hilang imbangan ataupun seperti di tarik ke bahagian kiri ataupun kanan jalan sewaktu mengenakan brek.
3) Pedal rendah : Pedal brek perlu ditekan sehingga menyentuh lantai kereta sebelum mula mencengkam.
4) Pedal tinggi : Anda perlu menekan sekuat hati sebelum brek mula mencengkam.
5) Terlalu sensitif : Brek diaktifkan terlalu cepat walaupun dengan sentuhan ringan pada pedal brek.
6) Gegaran : Pedal brek bergegar dan bergetar walaupun anda membrek dalam keadaan biasa.
7) Amaran lampu : Lampu amaran brek menyala pada paparan penunjuk papan pemuka kereta anda.
Kesemua tanda-tanda yang disebutkan di atas merupakan tanda-tanda yang diberikan oleh sistem brek kereta anda tentang masalah yang bakal mendatang. Jangan sesekali mengabaikannya kerana ia merupakan satu tindakan yang cukup merbahaya. Brek merupakan komponen yang akan mengalami kehausan dan harus diganti dan diselenggara bila tiba masanya.

Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan brek haus dengan cepat walaupun anda menggunakan pad brek yang berkualiti tinggi antaranya :

1) Tabiat pemanduan : Pemanduan yang agresif akan mengakibatkan kehausan yang cepat pada pad brek.
2) Keadaan operasi : Kehausan juga bergantung kepada pengoperasian kenderaan. Jika menggunakannya untuk tugas-tugas berat ataupun di kawasan di mana muka buminya bergunung-ganang, semestinya ia juga akan menjejaskan pad brek anda lebih cepat.
3)Jenis kereta: Alamak, kalau dah pakai Nissan GT-R takkanlah kita harap kadar kehausan pad brek akan sama seperti Axia kan?
4) Kualiti pad brek : Pad brek kereta datang dalam pelbagai kualiti dengan jenama yang pelbagai. Jika anda berkemampuan apa salahnya mendapatkan pad brek yang lebih berkualiti untuk peningkatan prestasi brek yang lebih baik.

credit by mekanika.com

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Untuk tempahan atau pertanyaan boleh terus hubungi :-

013-5188421
@
Whatsapps-
http://www.wasap.my/60135188421/LM2U

Proton Preve 💧Petronas 10w-30Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.NAK SERVIS KERETA?Kami menyediak...
20/03/2018

Proton Preve 💧Petronas 10w-30

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421
017-6186558
@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Toyota Avanza  💧Aisin 10w-40Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.NAK SERVIS KERETA?Kami menyediaka...
20/03/2018

Toyota Avanza 💧Aisin 10w-40

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421
017-6186558
@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Hyundai I10 💧Castrol 10w-40Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.NAK SERVIS KERETA?Kami menyediakan...
15/03/2018

Hyundai I10 💧Castrol 10w-40

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421
017-6186558
@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Land Rover 4.6 💧Shell 15w-40Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.NAK SERVIS KERETA?Kami menyediaka...
15/03/2018

Land Rover 4.6 💧Shell 15w-40

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421
017-6186558
@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Toyota Avanza 💧Petronas 10w-30Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.NAK SERVIS KERETA?Kami menyedia...
15/03/2018

Toyota Avanza 💧Petronas 10w-30

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421
017-6186558
@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Perodua Myvi 💧Perodua semi 5w-30                            Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.N...
15/03/2018

Perodua Myvi 💧Perodua semi 5w-30


Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421
017-6186558
@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Perodua Kelisa 💧Petronas 10w-30Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.NAK SERVIS KERETA?Kami menyedi...
15/03/2018

Perodua Kelisa 💧Petronas 10w-30

Terima kasih kerana memilih & mempercayai servis dari kami.

NAK SERVIS KERETA?

Kami menyediakan khidmat tukar 👇🏻
✔️Minyak Engin
✔️Minyak Gearbox
✔️Spark Plug
Terus ke rumah anda

Hubungi kami-
013-5188421
017-6186558
@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Mudah | Jimat kos | 20 Pemeriksaan percumaServis kereta anda terus ke tempat anda. Servis kereta anda semasa anda makan,...
15/03/2018

Mudah | Jimat kos | 20 Pemeriksaan percuma
Servis kereta anda terus ke tempat anda. Servis kereta anda semasa anda makan, kedai, bermain ....
Jimat kos -Harga bermula dari Rm125 sahaja. Harga terendah di bandar dan menggunakan produk berkualiti tinggi.

Hubungi kami-
013-5188421

@
Whatsapps-
www.wasap.my/60135188421/LM2U

Address

Pusat Perniagaan Adenium
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

0135188421

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LubeMobile2U posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share