Sekolah Rendah Agama Kuang : SRA Kuang

Sekolah Rendah Agama Kuang : SRA Kuang Selamat Datang ke Facebook Sekolah Rendah Agama Kuang. Fb ini berperanan sebagai medium maklumat kep Bangunan sekolah ini dibina menggunakan papan kayu lama.

SEJARAH SEKOLAH RENDAH AGAMA KUANG (SRA KUANG)

Sekolah Rendah Agama Kuang (SRA Kuang) diasaskan pada tahun 1950 oleh Mufti Selangor iaitu Ustaz Hassan bin Omar di atas tanah wakaf seorang penduduk Kuang. Pada mulanya, ianya dikenali sebagai Sekolah Arab yang mempunyai 120 orang di batu 18 1/4 Kuang (sekarang ini tapak tersebut dijadikan stesen minyak Caltex). Tenaga pengajar sekolah ini seramai 6

orang termasuk Guru Besar, Ustaz Hamim. Pelajar sekolah ini terdiri dari penduduk Kuang, Kundang, Sungai Plong, Merbau Sempak dan Paya Jaras. Pembelajaran sekolah ini berkonsepkan Sijil Khas 1 dan Sijil Khas 2. Pada tahun 1962, sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Agama Arab yang berkonsepkan Sijil 4 Thanawi. Pada masa ini, bilangan tenaga pengajar bertambah kepada 8 orang termasuk Guru Besar, Ustaz Bukhori. Menjelang tahun 1971, bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun berikutnya sehinggalah pada Januari 1976, sekolah ini telah dinaiktaraf kepada Sekolah Rendah Agama Kuang (SRA Kuang) di bawah pimpinan Guru Besar, Ustaz Mohd Zahari bin Abdul Rahim. Sekolah ini dinaiktaraf hasil dari kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang dipengerusikan oleh Ustaz Suhaimi bin Jajuli, Yang Dipertua PIBG ketika itu. Sekolah ini bertukar lokasi ke Batu 18 3/4 Kuang yang berdaftar di bawah nombor pendaftaran JAIS 3J(9)02/03 di atas tapak bangunan Jabatan Pertanian dan bersebelahan dengan Pusat Haiwan Kuang. Bilangan murid meningkat kepada 250 orang dan bilangan guru seramai 10 orang. Lanjutan daripada itu, SRA Kuang dilengkapi dengan 10 bilik darjah dan pelajar-pelajar berkelayakan telah mengikuti peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDE) yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam (JAIS). Pada tahun 1989, SRA Kuang ditambah fasilitinya dengan penambahan bangunan 2 tingkat yang mengandungi 5 bilik darjah, bilik guru dan pejabat. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Exco Selayang, YB Miskam. Bilangan pelajar terus meningkat kepada 400 orang manakala tenaga pengajar bertambah kepada 15 orang, termasuk guru tetap DGA 29. Peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDE) juga telah ditukar kepada Sijil Peperiksaan Rendah Agama (SPRA)


Dalam suasana pertambahan pelajar sehingga mencecah kepada 800 orang dan tenaga pengajar bertambah seramai 25 orang, pada tahun 1996,SRA Kuang telah menerima perubahan buku teks (sukatan pelajaran baru) dan pada tahun berikutnya, pelajar-pelajar tahun enam mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA). Pada tahun 2006, SRA Kuang telah mempunyai murid seramai 867 orang dan 40 orang guru. Pihak sekolah juga telah mengadakan perubahan dalam struktur organisasi pentadbirannya. Ini diputuskan dalam mesyuarat pemuafakatan syura, PIBG san unit-unit khas di dalam kurikulum dan Hal Ehwal Murid yang ditetapkan JAIS. Tahun 2007, bilangan pelajar mencecah 1000 pelajar namun begitu pada tahun 2008 sehingga kini bilangan pelajar semakin berkurangan disebabkan penubuhan sekolah-sekolah rendah agama berhampiran kediaman masing-masing. Pada tahun 2014, bilangan pelajar di SRA Kuang hanya berjumlah 631 orang dan tenaga pengajar seramai 27 orang.

Sekitar Majlis Penetapan Sasaran PSRA & UPKK 2025-bittaufiq wannajah semua calon PSRA & UPKK
06/09/2025

Sekitar Majlis Penetapan Sasaran PSRA & UPKK 2025
-bittaufiq wannajah semua calon PSRA & UPKK

Sekitar Program KAMIL Peringkat Daerah- tahniah kepada murid yang berjaya membawa nama sekolah
06/09/2025

Sekitar Program KAMIL Peringkat Daerah
- tahniah kepada murid yang berjaya membawa nama sekolah

KAMIL Peringkat Daerah Gombak di SRA Bandar Country Home- Tahniah kepada pemenang
05/09/2025

KAMIL Peringkat Daerah Gombak di SRA Bandar Country Home
- Tahniah kepada pemenang

Sekitar Perasmian Bulan Kemerdekaan & Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2025
05/09/2025

Sekitar Perasmian Bulan Kemerdekaan & Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2025

05/09/2025

Selawat dan salam ke atas junjungan, tanda cinta kepada Rasulullah SWT.

Salam Maulidur Rasul dari kami warga SRA Kuang

Program Cakna : Buli dan Kesejahteraan Sekolah Anjuran Unit HEM SRA Kuang.~ Terima kasih kepada Pegawai Seranta Tuan Moh...
19/05/2025

Program Cakna : Buli dan Kesejahteraan Sekolah Anjuran Unit HEM SRA Kuang.
~ Terima kasih kepada Pegawai Seranta Tuan Mohd Najib atas kesudian hadir ke SRA Kuang

30/03/2025

Salam Aidilfitri 1446H
Mohon maaf zahir dan batin.

"Taqabbalallahu min na wa minkum"

Salam Aidilfitri dari kami warga SRA Kuang, mohon maaf zahir & batin.
28/03/2025

Salam Aidilfitri dari kami warga SRA Kuang, mohon maaf zahir & batin.

26/03/2025

Alhamdulillah selesai Program Khatam Quran Tadarus Ihya Ramadan 1446H

25/03/2025
WQH 2025
25/03/2025

WQH 2025

AlhamdulillahMabruk
25/03/2025

Alhamdulillah
Mabruk

Address

Rawang
48050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Agama Kuang : SRA Kuang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sekolah Rendah Agama Kuang : SRA Kuang:

Share

Category