06/12/2019
Batu karang menyebabkan sakit belakang yang teruk yang digambarkan lebih teruk dari sakit waktu bersalin. Batu karang boleh terbentuk pada buah pinggang (Nephrolithiasis) atau di salur ureter di antara pundi kencing dan buah pinggang(Ureterolithiasis).
Sakit belakang ini berlaku kerana penyumbatan pada salur ureter. Apabila sakit merebak ke bahagian ari-ari, kebiasaanya batu karang telah berada di pundi kencing.
Antara sebab utama berlakunya penyakit batu karang ini adalah kekurangan air dimana air kencing menjadi pekat dan memudahkan pembentukan batu karang.
Ia tidak berlaku dalam masa yang singkat, batu karang mengambil masa 6 bulan hingga setahun sebelum menunjukan simptom.