PAS Zon Sg. Buaya

PAS Zon Sg. Buaya Page PAS Zon Sungai Buaya. Wadah penyampaian maklumat aktiviti kebajikan, dakwah, dan isu semasa

Jom beramai² hadir
16/05/2026

Jom beramai² hadir

Jom bersama saya petang ini dalam "Himpunan Daulat Tuanku".

Sistem Raja Berpelembagaan wajib untuk kita pertahankan.

Ayuh tuan² puan² abang² kakak² adik² anak² saudara² kita turun beramai² bagi menyatakan sokongan kita kepada Tuanku Sultan Selangor.

📚 USRAH GABUNGAN PAS ZON SG BUAYA 💚Ilmu disemai, ukhuwah diperkukuhJom luangkan malam bersama dalam majlis ilmu yang san...
14/05/2026

📚 USRAH GABUNGAN PAS ZON SG BUAYA 💚

Ilmu disemai, ukhuwah diperkukuh
Jom luangkan malam bersama dalam majlis ilmu yang santai dan bermanfaat.

🗓 19 Mei 2026 (Selasa)
🕤 9.30 malam
📍 Homestay Cikgu T, Bdr Sg Buaya

✨ Semua dijemput hadir!


Jom kita ke HIMPUNAN DAULAT TUANKU
14/05/2026

Jom kita ke HIMPUNAN DAULAT TUANKU

𝗣𝗘𝗦𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔 𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨

Ayuh hadir dengan semangat, tetapi kekal tertib dan berdisiplin.

📍 SUK Selangor, Shah Alam
🗓 16 Mei 2026
⏰ 4.00 petang – 6.30 petang

Mohon semua peserta:

✅ Pakai kuning
✅ Bawa air mineral secukupnya
✅ Pastikan bateri telefon penuh
✅ Tidak membawa kanak-kanak
✅ Bersedia jika hujan
✅ Patuhi arahan keselamatan dan petugas
✅ Jangan bawa senjata atau objek berbahaya
✅ Elakkan provokasi, kekacauan dan pergaduhan

Datang dengan semangat.
Berhimpun dengan adab.
Pulang dengan maruah.

Daulat Tuanku

13/05/2026
11/05/2026

🔥 Bukan sekadar montaj, tetapi rakaman semangat perjuangan & kebersamaan PAS Zon Sg. Buaya.

“Yang kurang kita tampung, yang berat kita ringankan.”




🎥 Kredit Montaj: KPC Adam

📢 MESYUARAT AGONG TAHUNAN PAS ZON SG BUAYA 2026 Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agong Tahunan ...
11/05/2026

📢 MESYUARAT AGONG TAHUNAN PAS ZON SG BUAYA 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agong Tahunan PAS Cawangan Bandar Sungai Buaya kali ke-26 dan PAS Cawangan Kiambangsari kali ke-24 bertempat di Markas PAS Zon Sungai Buaya pada malam tadi.

Majlis telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Hulu Selangor, YB Tn Hj Mohd Hasnizan bin Harun yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan pemerkasaan organisasi, tarbiyah ahli serta persiapan menghadapi pilihanraya akan datang.

Antara intipati penting ucapan beliau:
✅ Kepentingan memperkemaskan struktur cawangan serta melengkapkan lajnah dan dewan.
✅ Ahli diseru memperkukuh ukhuwah melalui program santai dan kebersamaan keluarga kerana perjuangan perlu diwariskan kepada generasi seterusnya.
✅ Kehadiran program tarbiyah dan usrah ditegaskan sebagai kewajipan dalam membina kekuatan jamaah.
✅ Semua cawangan diminta bersiap siaga menghadapi PRU serta memperkukuhkan dana dan jentera pilihanraya.

YB Hasnizan turut mengingatkan bahawa, "Jawatan adalah amanah, bukan kelebihan. Yang kurang kita tampung, yang berat kita ringankan."

Majlis turut diserikan dengan tayangan montaj gerak kerja PAS Zon Sungai Buaya, penyampaian cenderahati serta suasana penuh semangat perjuangan dan ukhuwwah sesama ahli.

Semoga Mesyuarat Agong kali ini menjadi medan memperkukuh saf perjuangan, menyusun gerak kerja lebih tersusun dan meningkatkan kesiapsiagaan seluruh jentera demi Islam dan rakyat.

🔥 Rapatkan saf. Kukuhkan jamaah. Terus istiqamah berjuang.





☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulkaedah 1447H☆وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا"Dan ...
05/05/2026

☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulkaedah 1447H☆

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya" [Surah Aali-Imran 97]

ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang telah mencukupi syarat wajib haji. Namun, terdapat sebahagian golongan yang tidak mampu melakukan ibadah haji sedangkan ia berkemampuan dari segi kewangan disebabkan beberapa keuzuran dari aspek syarak atau tidak berkesempatan melaksanakan haji semasa masih hidup. Ia dinamakan badal haji.

haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya kemudian melaksanakan haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh, sama ada dengan upah atau tidak.

melaksanakan badal haji diharuskan oleh syarak menurut jumhur fuqaha. Hal ini berdasarkan kepada beberapa hadis antaranya riwayat daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma berkata:

"Seorang wanita dari kabilah Khath’am datang kepada Baginda pada tahun haji wada’ lalu berkata: Ya Rasulullah sesungguhnya ayahku telah diwajibkan untuk mengerjakan haji sedangkan dia dalam keadaan tua dan tidak mampu untuk duduk tegak di atas kendaraannya, bolehkah aku menunaikan haji untuknya? Nabi SAW menjawab: Ya (boleh!)" (HR al-Bukhari)

haji atau umrah yang fardu bagi orang lain menurut mazhab Syafi’i tidak membenarkan melainkan kepada beberapa golongan sahaja iaitu:

1-Seorang yang telah meninggal dunia dan memiliki kewajipan haji (haji wajib atau haji nazar) yang belum ditunaikan.

2-Seorang yang menghidapi penyakit yang tiada harapan untuk sembuh (al-zamanah).

3-Orang yang terlalu tua atau uzur.

4-Seorang yang lumpuh (mafluj) dan tidak mampu untuk bergerak.

seseorang itu masih seorang muslim ketika dia hidup, dia ada kemampuan dan memenuhi syarat wajib melaksanakan haji, maka perlu tunaikan haji dari harta yang dia tinggalkan.

, tiada badal haji bagi seseorang yang masih hidup dan berkemampuan melakukan sendiri hajinya (haji pertama kali). Kata Imam Ibn Qudamah: "Tidak boleh minta dilakukan badal haji yang wajib bagi sesiapa yang mampu melaksanakannya sendiri berdasarkan ijmak ulamak.

Ibn al-Munzir: "Telah ijmak para ulamak, siapa yang terpikul atasnya kewajipan haji dan dia p**a mampu melakukannya, wajib ke atasnya melaksanakan haji, tidak memadai dilakukan oleh orang lain untuknya" (Lihat: al-Mughni)

haji dilakukan untuk orang sakit yang tiada harapan sembuh atau tiada kemampuan dari sudut tubuh badan atau orang yang telah meninggal. Tidak untuk seorang fakir dan tidak berkemampuan disebabkan situasi politik atau keamanan.

Haji tidak boleh dilakukan untuk orang miskin harta. Ini kerana kewajipan haji gugur dari seorang yang fakir.

yang hendak melakukan badal haji mestilah telah melakukan haji fardhu untuk dirinya. Seorang wanita boleh melakukan badal haji untuk seorang lelaki, sepertimana boleh sebaliknya.

boleh seorang melakukan haji badal untuk dua orang dalam masa yang sama. Boleh buat haji untuk orang lain dan buat umrah untuk diri sendiri atau orang lain.

boleh seseorang melakukan badal haji kerana hendakkan keuntungan duniawi. Sebaliknya hendaklah di lakukan kerana ibadah dan berbuat baik kepada saudaranya yang tiada kemampuan tubuh badan.

paling afdhal ialah seorang anak melaksanakan badal haji untuk ayah dan ibunya. Setelah itu ahli keluarga terdekat yang lain. Jika diupah orang luar juga tidak mengapa.

boleh orang yang diwakilkan untuk buat haji, mewakilkan p**a kepada orang lain, melainkan setelah dipersetujui oleh orang yang minta dihajikan untuknya itu.

dicari seorang yang soleh, warak, amanah dan berilmu untuk diminta melakukan haji badal.

♡Selangkah menambah ilmu berkaitan haji♡

🐊Ust Naim
*Telegram Channel*
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

*page:*
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

📢 MESYUARAT AGONG TAHUNAN PAS ZON SG BUAYAالسلام عليكم ورحمة الله وبركاتهSetiap langkah perjuangan memerlukan kebersamaa...
04/05/2026

📢 MESYUARAT AGONG TAHUNAN PAS ZON SG BUAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Setiap langkah perjuangan memerlukan kebersamaan.
Setiap suara ahli membawa kekuatan kepada jamaah.

Justeru, marilah kita bersama hadir ke:

✨ Mesyuarat Agong Tahunan
✅ PAS Caw. Bandar Sg. Buaya (Kali ke-26)
✅ PAS Caw. Kiambangsari Sg. Buaya (Kali ke-24)

🗓 10 Mei 2026 (Ahad)
🕤 9.30 malam
📍 Markas PAS Zon Sg. Buaya

💰 Yuran Tahunan: RM3
🤝 Sumbangan Wajib: RM2

👕 Tema Pakaian: Baju PAS Zon | Baju PAS | Baju Hijau

🎤 Disempurnakan oleh:
YB Tn Hj Mohd Hasnizan bin Harun
YDP PAS Kawasan Hulu Selangor

📌 Agenda Ringkas:
• Pengesahan Minit
• Laporan Tahunan
• Penyata Kewangan 2025
• Pemilihan Wakil MAT
• Usul & Cadangan

👉 Kehadiran anda bukan pilihan, tetapi keperluan.

Ayuh hadir dan sama-sama memperkukuh saf perjuangan.



📌 USRAH GABUNGAN PAS ZON SG BUAYA | 28 April 2026 (SELASA)Alhamdulillah, usrah gabungan kali ini berlangsung dalam suasa...
30/04/2026

📌 USRAH GABUNGAN PAS ZON SG BUAYA | 28 April 2026 (SELASA)

Alhamdulillah, usrah gabungan kali ini berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan penghayatan. Pengisian Naqib menyentuh mengenai kisah Perang Tabuk, mengingatkan kita bahawa perjuangan di jalan Allah bukanlah mudah, ada penat, lapar, dan pengorbanan, namun semuanya tidak sia-sia di sisi Allah.

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 120 mengingatkan kita bahawa setiap kesusahan dalam perjuangan akan dihitung sebagai amal soleh. Inilah motivasi buat kita untuk terus istiqamah.

Antara pengajaran penting:
• Perjuangan mesti dengan wala’, akhirnya keputusan perlu satu hati
• Dalam perjuangan mungkin ada perbezaan, tetapi matlamat tetap menyatukan
• Syurga Darussalam dihuni oleh mereka yang bersih hati, tiada dengki, tiada iri
• Setiap orang ada cara berjuang..tenaga, masa atau harta.
Menariknya, pengorbanan sahabat dalam Perang Tabuk juga mengajar kita bahawa alasan dunia tidak boleh mengatasi tuntutan perjuangan.

Usrah kali ini bukan sekadar ilmu, tetapi medan mengikat hati-hati agar terus kuat dalam saf perjuangan.

Dan seperti biasa, ukhuwah makin erat dengan hidangan padu bihun sup gearbox KC Hj Khalili.. memang terbaik, menambah tenaga selepas pengisian!

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk berjuang dengan hati yang satu.

Tarbiah menyatukan, ukhuwah menguatkan 💚

Jangan biar hati kosong tanpa tarbiah!Usrah Gabungan PAS Zon Sg Buaya:📅 28 April 2026 (Selasa)🕘 9.30 malamTarbiah menyat...
22/04/2026

Jangan biar hati kosong tanpa tarbiah!

Usrah Gabungan PAS Zon Sg Buaya:
📅 28 April 2026 (Selasa)
🕘 9.30 malam

Tarbiah menyatukan, ukhuwwah menguatkan 🔥

Address

Markas Pas Bandar Sg Buaya
Rawang
48010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Zon Sg. Buaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share