25/10/2026
π³ KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP JKR REMBAU 2026 π³
Bukan sekadar memburu strike, tetapi mengeratkan ukhuwah dan mengukuhkan semangat berpasukan!
Alhamdulillah, Kejohanan Bowling Tertutup JKR Rembau yang berlangsung di Lite Superbowl Seremban Prima telah menjadi satu ruang untuk meluangkan masa bersama, mengeratkan silaturahim serta mencipta kenangan indah di luar suasana kerja.
Lebih bermakna, aktiviti ini turut menghimpunkan Jurutera Daerah, Jurutera Bangunan dan Jurutera Jalan bersama warga JKR Rembau dalam suasana santai, ceria dan penuh kemesraan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta memeriahkan aktiviti ini. Semoga semangat kebersamaan, kerjasama dan kekitaan yang terjalin terus mekar dalam setiap langkah.
Pin jatuh, gelak tawa bergema, ukhuwah terus terpelihara! π³β¨
Stronger Together, Serving the People.