Polis Daerah Rembau

Polis Daerah Rembau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Polis Daerah Rembau, Government Organization, Jalan Seremban/Tampin, Rembau.
(1)

20/08/2026
π‚πŽπŒπŒπ”ππˆπ“π˜ ππŽπ‹πˆπ‚πˆππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππŽπ‹π€ π’π„ππ€πŠ πƒπˆπ€ππ“π€π‘π€ πˆππƒ π‘π„πŒππ€π” 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐒𝐓𝐋𝐄 π‚π‡π„πŒππŽππ†Rembau, 19 Ogos 2026 - Tela...
19/08/2026

π‚πŽπŒπŒπ”ππˆπ“π˜ ππŽπ‹πˆπ‚πˆππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππŽπ‹π€ π’π„ππ€πŠ πƒπˆπ€ππ“π€π‘π€ πˆππƒ π‘π„πŒππ€π” 𝐃𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐒𝐓𝐋𝐄 π‚π‡π„πŒππŽππ†

Rembau, 19 Ogos 2026 - Telah diadakan Program Community Policing Perlawanan Persahabatan Bola Sepak diantara IPD Rembau dan Nestle Chembong bertempat di Padang Bola Sepak IKTBN Chembong, petang tadi.

YDH SUPT Ngiam Ooi Ming, Ketua Polis Daerah Rembau telah hadir bagi memberi sokongan dan semangat kepada kedua-dua pasukan dalam perlawanan persahabatan ini. Kehadiran YDH KPD Rembau juga mencerminkan komitmen serta sokongan berterusan pihak PDRM dalam menggalakkan aktiviti bersukan dan gaya hidup sihat dikalangan anggota.

Aktiviti sukan seperti ini juga dapat mewujudkan interaksi yang lebih mesra, meningkatkan kepercayaan kepada pihak PDRM, serta memperkukuhkan jaringan kerjasama dari segi aspek keselamatan dan kemasyarakatan.

Hadir sama YDH DSP Azmi bin Hj. Ali - Timb KPD, ASP Ahmad Huzaimi bin Abd Rashid - KBSJD, ASP Saravana Muttu a/l Arumugam - KBLog, INSP Muhammad Aiman Wong bin Abdullah - KBSJND, INSP Hamdan bin Ab Suki - KBPJKKD, INSP Mhd Nuairi bin Sorudin - KPB Chembong dan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis Daerah Rembau.




π˜πƒπ‡ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‘π„πŒππ€π” π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€ππŠ π’πˆπŒππ€ππ€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ (𝐁𝐒𝐍) ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€πRembau, 13 Og...
13/08/2026

π˜πƒπ‡ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‘π„πŒππ€π” π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€ππŠ π’πˆπŒππ€ππ€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ (𝐁𝐒𝐍) ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π

Rembau, 13 Ogos 2026 - YDH SUPT Ngiam Ooi Ming, Ketua Polis Daerah Rembau telah menerima kunjungan hormat daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) Negeri Sembilan di Bilik KPD Rembau, pagi tadi.

Delegasi yang diketuai oleh En. Shahrul Nizam bin Razi, Pengarah BSN Negeri Sembilan telah membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan aspek kerjasama, keselamatan, perkhidmatan perbankan dan nasihat mengenai jenayah siber iaitu scammer pada masa kini.

Kunjungan ini juga bertujuan mengeratkan hubungan serta memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik di antara pihak Bank Simpanan Nasional dengan pihak IPD Rembau. YDH KPD Rembau menzahirkan ribuan terima kasih di atas kunjungan hormat ini.

Hadir sama Pn. Izan Suhaila binti Mohd Ali - Ketua Jualan Negeri (BSN), Marwati binti Mohamad Ali - Pengurus Wilayah (BSN), Muhamad Syafiq bin Alwi - Pengurus Cawangan BSN Senawang, YDH DSP Azmi bin Hj. Ali - Timb. KPD Rembau, INSP Hamdan bin Ab Suki - KBPJKKD, INSP Kalpana a/p Ittharaji - KBSJKD, INSP Sarah binti Ismail - INSP Pelesenan IPD Rembau.



08/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 π‘π„πŒππ€π” πŠπ„ 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐒 π‡πŽπ“ π’ππ‘πˆππ†π’ π‘π„π’πŽπ‘π“, π‘π„πŒππ€π”, ππ„π†π„π‘πˆ π’π„πŒππˆπ‹π€π

Rembau, 7 Ogos 2026 - YDH SUPT Ngiam Ooi Ming, Ketua Polis Daerah Rembau telah membuat kunjungan ke Pedas Hot Springs, Rembau sebagai salah satu inisiatif community policing yang bertujuan mengukuhkan hubungan antara pihak PDRM dan Swasta.

Di dalam kunjungan ini, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan berkaitan aspek keselamatan, langkah-langkah pencegahan jenayah, pengurusan keselamatan pengunjung serta mekanisme penyaluran maklumat yang lebih berkesan sekiranya berlaku sebarang insiden.

KPD Rembau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Pedas Hot Springs Resort di atas layanan yang diberikan serta berharap hubungan yang baik dan kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi kepentingan keselamatan awam dan kesejahteraan masyarakat Rembau.

Hadir sama DSP Azmi bin Hj. Ali - Timb. KPD Rembau, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis IPD Rembau.




Address

Jalan Seremban/Tampin
Rembau
71300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Rembau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share