Balai Polis Rembau Negeri Sembilan

Balai Polis Rembau Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Polis Rembau Negeri Sembilan, Government Organization, Jalan mahkamah, Rembau.

07/09/2020

HAK KEPADA ANGGOTA POLIS UNTUK MEMERIKSA KAD PENGENALAN & LESEN MEMANDU

Mohon kepada semua orang ramai supaya memberi kerjasama kepada mana-mana pegawai polis untuk memeriksa KAD PENGENALAN / LESEN MEMANDU kerana kami berhak untuk memeriksa identiti anda seperti yang di peruntukan di bawah undangΒ² yg sedia ada.

➑kad pengenalan
πŸ“ŒSeksyen 7(1) Akta Pendaftaran Negara 1959
-mana2 peg polis semasa menjalankan tugas diberi kuasa secara bertulis boleh memeriksa kad pengenalan mana2 org

➑lesen memandu
πŸ“Œseksyen 58 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1957
-Mana2 org yg memandu sesuatu kenderaan diatas jalan apabila dikhendaki oleh mana2 pegawai polis hendaklah mengemukan lesen memandu utk pemeriksaan oleh pegawai polis trsbt

TUGASΒ² ANGGOTA POLIS

Seksyen 3(3) Akta Polis 1967
1)mengekalkan undang-undang dan kententeraman awam
2)menjaga keamanan dan keselamatan
3)mencegah dan mengesan penjenayah
4)menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
5)mengumpul risikan keselamatan

KERJASAMA ANDA AMAT DI HARGAI

" POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA "

02/09/2020

SOP MAJLIS PERKAHWINAN BERKAITAN DENGAN JUMLAH TETAMU

Saya ingin bertanya berkaitan dengan jumlah tetamu yang
dibenarkan bagi Majlis Perkahwinan. Adakah masih 250 orang?

Jawapan :

Untuk makluman. Kehadiran tetamu hendaklah tertakluk kepada saiz keluasan ruang dan penjarakan fizikal.Tidak terikat kepada 250 orang. Tempat penganjuran majlis di dalam dewan atau tempat terbuka seperti dalam suasana kampung atau rumah persendirian. Dan memastikan tempat penganjuran majlis mempunyai pengudaraan yang baik.

SOP Majlis Sosial kemaskini 6 Ogos 2020 di laman web MKN

Sumber :https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/08/SOP-Majlis-Sosial-6-Ogos-2020.pdf

.

30/08/2020



MEMANDU DAN MEMOTONG SECARA β€œZIG-ZAG” ANCAM NYAWA PENGGUNA JALANRAYA

Keseronokan dan keterujaan sesetengah pemandu di Malaysia yang memandu di jalanraya umpama berlumba di litar boleh menyebabkan kemalangan dan meragut nyawa pengguna yang lain.

Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta penjara sehingga lima tahun. Jika pemandu adalah pemegang lesen memandu peercubaan (P), lesen boleh dibatalkan.






#30082020

28/08/2020

ππ„π‘πˆππ“π€π‡ πŠπ€π–π€π‹π€π ππ„π‘π†π„π‘π€πŠπ€π ππ„πŒπ”π‹πˆπ‡π€π (𝐏𝐊𝐏𝐏) πƒπˆπ‹π€ππ‰π”π“πŠπ€π π’π„π‡πˆππ†π†π€ πŸ‘πŸ πƒπˆπ’π„πŒππ„π‘ 𝟐𝟎𝟐𝟎

26/08/2020

Tayangan Khas sempena Hari Kemerdekaan yang akan menyorot laluan pendewasaan Sang Saka Biru dalam bersama membina jambatan kemerdekaan yang diiringi darah da...

22/08/2020

Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa, adalah tidak sopan untuk mana-mana pegawai atau anggota beruniform Polis melakukan aksi-aksi tarian atau lain-lain dalam aplikasi TikTok dan mana-mana aplikasi media sosial terkini kerana ia boleh memburukkan imej Pasukan.

Persembahan menggunakan uniform Polis bagi tujuan persembahan pentas atau tontotan umum mestilah mendapat kelulusan pihak pengurusan PDRM terlebih dahulu dan bukan dengan tujuan peribadi. Saya akan memberi perhatian serius mengenai perkara ini.

Address

Jalan Mahkamah
Rembau
71300

Telephone

+6066851222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Rembau Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Rembau Negeri Sembilan:

Share