31/01/2026
Tahniah & syabas buat Kelab Belia Muafakat Kahang (MBK) atas pencapaian cemerlang menerima Penarafan 3 Bintang daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ⭐⭐⭐.
Walaupun kelab ini masih baru ditubuhkan, namun kejayaan ini membuktikan komitmen, kesungguhan serta pengurusan yang mantap dalam membangunkan aktiviti belia di Kahang.
Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh YB ADUN Kahang, Tuan R. Vidyananthan, sekaligus menjadi satu detik bersejarah dan kebanggaan buat seluruh warga MBK.
Terus melangkah maju MBK — belia bersatu, Kahang gemilang! 💪✨